Masih anda mengingati apakah soalan peperiksaan SPM pada zaman anda terutama Kertas BM?
Mungkin ya, mungkin tidak, tetapi yang pasti anda akan mengingati perasaan tidak puas hati dengan jawapan anda ketika itu.
Malangnya, zaman dahulu belum ada teknologi seperti Twitter sebagai medium untuk meluahkan rasa tidak puas hati tersebut seperti zaman ini.
Kredit foto: Carian Google
Minggu lalu bermulanya peperiksaan SPM 2019 dan ramai pelajar yang meluahkan rasa terkejut dengan soalan SPM Kertas BM sehingga pelbagai topik berkaitan menjadi trending, terutamanya soalan karangan mengenai #PIBG.
Kredit foto: Twitter
Dalam soalan tersebut, pelajar dikehendaki mencadangkan langkah-langkah untuk menarik minat lebih ramai ibubapa menghadiri mesyuarat Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG). Bagaimanapun, topik ini menjadi isu bagi pelajar, kerana ramai yang tidak menjangkakannya.
Malahan ramai yang tidak tahu apa itu PIBG, sehingga menyamakannya dengan permainan video games PUBG.
'I read PIBG as PUBG , wow so stupid #spm2019' kata seorang pelajar.
'My only fear about bm p2 is that i think i wrote PUBG instead of PIBG #spm2019' tambah seorang lagi.
'The rumusan was about PIBG and i wrote PUBG all the way..' luah seorang pelajar.
'I'm looking at spm 2019 memes and I'm so glad I don't have to take it shkfsj what even is pibg I only know pubg' tulis seorang lagi.
Kredit foto: Twitter
Kredit foto: Twitter
Ada juga yang menyesali kerana selama ini mereka sering terlupa untuk menyerahkan surat penggilan mesyuarat PIBG kepada ibu bapa masing-masing.
'Want to rant to my family about how my rumusan talks about PIBG and then got scolded because i never give any invitations for Mesyuarat Agong PIBG to my parents' tulis seorang pelajar.
Kredit foto: Twitter
Malahan, ada yang menyalahkan soalan Kementerian Pendidikan Malaysia kerana mengeluarkan tajuk yang tidak berkaitan dengan hidup mereka.
Kredit foto: Twitter
Persoalannya, bersetujukah anda bahawa soalan mengenai topik PIBG ini tidak releven dan lebih susah daripada SPM terdahulu? Atau pelajar sekarang tidak terdedah dengan isu-isu semasa di sekolah? - CARI |