CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8607|Reply: 63

[Tempatan] Business kawasan bandar. Servis Lipat Kain. dua jam RM50

[Copy link]
Post time 25-4-2019 07:11 AM | Show all posts |Read mode
Rezeki lipat kain




“SAYA tidak pernah malu melakukan kerja ini, meskipun sering dipersenda,” kata ibu tunggal, Afifahtul Munawarah Kassim, 32, mengenai khidmat melipat kain disediakannya.

Ibu kepada empat anak berusia tujuh hingga 14 tahun itu berkata, khidmat melipat kain yang dilakukannya itu lazimnya menerima permintaan daripada golongan wanita bekerjaya.

Katanya, kesibukan bekerja menjadi punca golongan itu, terutama di bandar raya Johor Bahru mendapatkan khidmat tukang lipat baju sepertinya.

“Kebanyakan pelanggan saya, terutama wanita menghadapi masalah untuk melipat pakaian kerana kesuntukan masa hingga ia terperuk di dalam bakul dalam tempoh berbulan-bulan di rumah mereka.

“Ia termasuk wanita profesional dan bekerjaya, selain dilema itu turut dihadapi suri rumah kerana sibuk menguruskan keluarga hingga tertekan apabila melihat timbunan kain yang menggunung,” katanya ketika ditemui wartawan Harian Metro.

ANTARA pakaian yang dihantar pelanggan kepada Afifahtul Munawarah. FOTO Mary Victoria Dass

Afifahtul Munawarah berkata, dia bersyukur berpeluang melakukan kerja itu kerana dapat menambah pendapatan keluarga, meskipun terpaksa berdepan timbunan baju yang banyak.

“Mereka (pelanggan) bukan malas melipat kain tetapi kesuntukan masa.

“Seorang pelanggan saya yang juga suri rumah mendapatkan perkhidmatan lipat kain sebulan sekali, biasanya memang ia (pakaian) berbukit hingga memakan masa sekurang-kurang enam jam untuk melipat semua baju dan kain mereka.

“Suri rumah berkenaan tidak dapat lipat kain kerana terlalu sibuk, termasuk mengurus orang tuanya yang sakit, menjaga makan minum suami dan anak,” katanya.

Afifahtul Munawarah berkata, dia menawarkan khidmat itu sejak setahun lalu dan ia ternyata membantu golongan yang memerlukan khidmatnya itu berehat bersama keluarga pada hujung minggu.

Menurutnya, kini dia memiliki kira-kira 20 pelanggan tetap di sekitar Bandar Seri Alam, Plentong, Ulu Tiram, Bandar Dato’ Onn, Larkin, Bandar Baru Uda, Kempas dan Tampoi.

Katanya, sebelum ini dia sudah melakukan pelbagai perniagaan, tetapi semuanya tidak bertahan lama.

“Bermula daripada situlah, saya mengambil inisiatif untuk menawarkan perkhidmatan berkenaan.

“Saya mendapati kebanyakan wanita berkerjaya menghadapi kekangan masa untuk melipat pakaian, tetapi mempunyai masa untuk mencucinya.

“Dengan modal sifar, saya memulakan perkhidmatan berkenaan dan bergerak menggunakan motosikal,” katanya.

Katanya, pekerjaan itu dilihat lebih fleksibel dan membolehkannya mengatur masa untuk menghantar dan membawa membawa pulang semua anaknya dari sekolah.

“Dengan berkat kesungguhan saya dan semangat tidak berputus-asa, kini saya mampu menjana pendapatan bulanan kira-kira RM900 sebulan,” katanya.

Afifahtul Munawarah berkata, pendapatan berkenaan membolehkannya menampung keperluan harian anaknya, selain bersyukur kerana menerima bantuan kanak-kanak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berjumlah RM400 sebulan.

“Saya tidak belajar kemahiran ini, namun hanya berlatih sendiri termasuk di rumah sendiri.

“Saya mengambil masa kurang 10 saat bagi melipat setiap helai baju dan apa yang penting saya memastikan lipatannya kemas seperti baju baru baru dibeli dari kedai.

“Bagi setiap dua jam, saya mengenakan upah RM50 dan RM100 bagi 4 jam. Biasanya saya menguar-uarkan perkhidmatan berkenaan menerusi aplikasi WhatsApp dan laman sosial Facebook (FB) menerusi page Servis Lipat Kain Mak Ifah,” katanya.

Afifahtul Munawarah berkata, dia juga bersedia memberi nasihat kepada wanita yang ingin menjadikan perkhidmatan lipat kain sebagai kerjaya berdasarkan pengalamannya.

“Ada pihak yang mempersenda kerjaya saya ini, namun saya tidak pernah berasa malu bagi melakukannya kerana selain mendatangkan hasil saya juga membantu golongan wanita, terutama yang sudah berumah tangga.

“Harapan saya adalah untuk memperluas perkhidmatan ini pada masa depan bagi menampung permintaan ramai termasuk dengan menubuhkan syarikat berkaitan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 April 2019

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2019 07:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Good luck Afifah...
Gigih dia membesarkn anak2...
Moga Allah murahkn lg rezeki dia...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 07:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Siapa yg perlekeh dia offer servis ni, hujung2 tgk kain bertimbun mesti terpikir nk hantar juga. Servis ni sgt bagus
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 07:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat barat sana ade pengurus almari hurkeh. Tp uols lupe istilahnya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 07:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Bijak
Servis yg bagus dan mahal gak upahnya

Okla tu
Mmg renyah pun lipat baju
I paling fail lipat baju laa
Gigih gak la lipat asalkan kemas skit
Tak reti lah nak lipat mcm beli kat kedai tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
bagus akak ni... dkt koadim tu patut ade servis lipat kain nih
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-4-2019 07:50 AM | Show all posts
I mmg amik servis akak ni utk lipat baju kt rumah parent di Bandar baru uda.. ok lh servis terbaik..akak tu pon ok sgt... dlm masa yg sama kita dpt bantu akak tu sbb dia mmg org susah
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus lah..
Utk elakkan mak.mertua mengata uols pemalas..baik htr ke kat servis ni..
Kekadang mulut hanat kata pemalas ni bukan tengok apa sebab disebalik baju menggunung tu..
Dalam ada jin ka..apa pa..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2019 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
ana replied at 25-4-2019 07:50 AM
I mmg amik servis akak ni utk lipat baju kt rumah parent di Bandar baru uda.. ok lh servis terbaik.. ...

Dia datang rumah kita ke @ kita kena hantar baju2 tu kat premis akak ni?
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06 replied at 25-4-2019 07:27 AM
Kat barat sana ade pengurus almari hurkeh. Tp uols lupe istilahnya.

dalam movie blended, watak drew barrymore tak silap jadi pengurus almari ni lah.. gigih sheolls ngetry baju customer
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Setiap baju ada hanger dah tak payah lipat. Apa lipat2 lagi, 2 Kali kerja taw
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Pakai mesin lipat kain apa nama foldimate
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 08:45 AM | Show all posts
moga akak ni dimurahkan rezeki...

ko tengok ni sohai....banyak je cara nak cari rezeki...drpd dok melalak dlm fb
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ekselen at 25-4-2019 08:52 AM

Baguslah....at least dia ada inisiatif nk usaha ada income sendiri walopon ada bantuan lain.. Tp pun mmg mls bab2 melipat baju ni..tp kena buat jgk kalo tak nanti baju berkeronyok...hihi
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 08:51 AM | Show all posts
aku paling malas lipat baju
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus servis ni lagi kurang penat drp cleaning.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2019 08:53 AM | Show all posts
bagus service cani..out of the box

semoga dimurahkan rezeki yg melimpah ruah

Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat group bandar baru bangi ade ibu tunggal muda selalu post offer servis lipat kain n gosok baju
Siap minta bayaran seikhlas hati, dia mai umah org la wat kije bawak sekali anak dia kecik umur 3 tahun.
Muda lg dia iols rasa mungkin awal 20an.sbb mmg nampak muda remaja lagi.
Rasa kesian gak sbb dia selalu gak post cari keje bagai, termasuk jaga anak org time weekend bagai.
Aritu dia ade kata ade yg nak amik kesempatan mcm lelaki la suh dtg umah tp ade niat lain.
So org nasihat kalau pi lipat baju or iron baju kat umah org pastikan ade org pompuan gak dlm umah tu.
Lipat baju ni penat gak, sakit belakang dibuatnya.
Iols tak reti lipat baju stail kedai iols lipat stail gulung mcm lipat suar kecik tu je yg mcm org lipat nak masuk lam backpack huhu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 09:06 AM | Show all posts
ok ape karier akk ni.... sambil lipat baju sambil layan drama depan tv...

kalau aku,  tgk marathon running man 4 jam pun blum tentu setel separuh bakul... hujung2 punggah balik masuk bakul tolak tepi sambil lurus kaki
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2019 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
maharani_gebu replied at 25-4-2019 09:06 AM
ok ape karier akk ni.... sambil lipat baju sambil layan drama depan tv...

kalau aku,  tgk maratho ...

Khueen. Iols akn asah balik bakat menonton tv iols
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 09:59 PM GMT+8 , Processed in 0.397088 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list