Sepasang suami isteri masing-masing berusia 40 dan 41 tahun parah ditikam jiran selepas membuang barang ke dalam rumah suspek, lapor Astro AWANI.
Dalam kejadian yang berlaku di Flat Padang Tembak, Air Itam, Georgetown jam 1 pagi, Ahad itu, suspek, 45, berang dengan tindakan jirannya hingga menikam kedua-dua mangsa di bahagian dada, perut dan siku kanan mereka.
Kredit foto: AWANI/Ihsan PDRM
Sementara itu, suspek dilaporkan patah hidung, bengkak mulut dan pipi serta luka di bahagian jari.
Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca apabila suspek berang pasangan yang tinggal di tingkat enam itu melempar barang masuk ke rumahnya di tingkat lima sebelum tercetus pertengkaran mulut di antara mereka.
Situasi semakin tegang apabila wanita berkenaan bertindak memukul kepala suspek dengan tin biskut dan menolak ibunya sehingga terjatuh.
Gagal mengawal amarahnya, suspek yang ketika itu sedang memotong buah menikam wanita berkenaan sebelum bergelut dengan suami mangsa yang kemudiannya ditikam di dada dan perut.
Senjata digunakan suspek
Kredit foto: AWANI/Ihsan PDRM
Menurut laporan, masih masih belum stabil dan kini mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Che Zaimani Che Awang yang mengesahkan kejadian berkata, siasatan awal mendapati ketiga-tiga mereka sebelum ini sering bergaduh berhubung perkara kecil.
Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah dan Seksyen 148 kanun sama kerana merusuh. - CARI |