Tiga orang jurudandan rambut selebriti terkenal Julian Farel, Paul Cucinello dan Jenny Cho mendedahkan berapa kerap kita perlu mencuci rambut menggunakan syampu dan perapi.
Ini kerana kadang kala kita menggunakan sepanjang masa disebabkan rasa segar dan mudah menggayakan rambut.
Kredit foto: Carian Google
Ada yang jarang menggunakan syampu dan perapi manakala ada yang menggunakannya sepanjang hari. Persoalannya, berapa kerapkah kita perlu mencuci rambut?
Ini petua tiga selebriti ini mengenai kekerapan mencuci rambut;
1. Rambut Normal
Walaupun tidak ada kekerapan yang standard untuk rambut normal disebabkan masing-masing mempunyai rambut berbeza, secara umumnya ramai di antara kita menggunakannya dengan kadar berlebihan dan perlu dikurangkan.
Kredit foto: Carian Google
2. Rambut Berminyak
Sebenarnya tidak seperti tanggapan ramai, rambut berminyak tidak boleh dicuci terlalu kerap, kerana kulit kepala akan kehilangan minyak pelembab semulajadinya dan mengakibatkan rambut menjadi kering dan rapuh. Sekiranya anda menghadapi masalah ini, anda dinasihatkan mencuci hanya dua atau tiga kali seminggu.
Kredit foto: howrid.com
3. Rambut Rosak
Sekiranya rambut anda rosak disebabkan terlalu digayakan, menggunakan pengering, pewarna dan mesin meluruskan rambut, anda digalakkan mencuci rambut sekali atau dua kali seminggu.
Kredit foto: Carian Google
4. Rambut Kering
Pemilik rambut kering digalakkan mencuci dengan syampu hanya satu atau dua kali setiap minggu tetapi dibenarkan menggunakan perapi setiap hari. Sekiranya anda bersenam dan bimbang rambut berpeluh dan berbau, hanya cuci menggunakan air.
Kredit foto: Dry Hair
Selain daripada itu, mereka bertiga juga menggesa wanita yang mempunyai rambut bermasalah untuk memilih produk rawatan mengikut jenis rambut masing-masing sama ada pelembab, syampu khas merawat rambut rosak atau pemilik rambut berwarna.
Mereka juga menggalakkan anda menggunakan syampu dengan betul iaitu memberi fokus kepada hujung rambut bukannya akar.
Kredit foto: Carian Google
Semoga perkongsian tiga orang pakar ini memberikan manfaat kepada anda. -CARI |