Tiada provokasi tapi kami dikasari penyokong Najib, kata pelajarOmar Zin -
March 22, 2019 8:34 PM
KUALA LUMPUR: Pengerusi Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (Umany), Wong Yan Ke berkata mereka mempunyai hak untuk melakukan protes terhadap bekas perdana menteri, Najib Razak. Katanya, dia bersama 6 orang lagi rakannya sekadar menunjuk perasaan secara aman dan tidak melakukan provokasi. “Kita tak cakap apa-apa atau jerit apa-apa, cuma bila mereka meluru datang, mereka yang lakukan provokasi,” katanya kepada pemberita di balai polis Pantai hari ini. “Mereka datang dan koyakkan poster dan plakad kami, lepas itu mereka kepung dan mula menampar serta menumbuk saya. Ada juga yang cekik saya, saya hampir tak dapat bernafas.”
Wong Yan Ke.Ketika ini, 7 orang pelajar berada di balai untuk membuat laporan polis mengenai insiden melibatkan penyokong Najib berdekatan Restoran Amjal berhampiran Universiti Malaya tengah hari tadi. Sekumpulan pelajar menunjuk perasaan ketika program sembang santai Najib Razak bersama pelajar universiti berlangsung di restoran itu.
|