CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 16082|Reply: 60

Misteri Dilaila Ada Dua Versi? Berikut Senarai Pawagam Untuk Versi 1 dan Versi 2

[Copy link]
Post time 24-2-2019 01:41 PM | Show all posts |Read mode
Pada 21 Februari yang lepas, filem Misteri Dilaila arahan Syafiq Yusof telah mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia. Filem ini mendapat sambutan yang hangat kerana plot ceritanya yang menarik dan tidak cliche seperti filem seram yang biasa. Filem lakonan Zul Ariffin, Elizabeth Tan dan Rosyam Nor ini mendapat maklum balas yang sangat positif daripada peminat tempatan.



Sumber Gambar: Rojak Daily



Yang menariknya, Misteri Dilaila dikatakan ada 2 versi yang ditayangkan di pawagam! Maksudnya, kalau korang tonton di TGV mungkin babak akhirnya adalah versi A, manakala jika korang tonton di GSC pula babak akhirnya pula adalah versi B. Apa pula ni? Taktik nak dapatkan duit penonton ke?!



Sumber Gambar: Rojak Daily



Sebenarnya Syafiq Yusof sangat bijak dalam perancangannya untuk filem Misteri Dilaila ini. Ini merupakan cara baru daripada pengarah tempatan yang mahu bereksperimen dengan peminat dan ianya sangat membuahkan hasil! Dengan plot filem yang sangat menarik dan mindblowned, sudah pasti peminat akan menonton kedua-dua versi filem tersebut.




Buat mereka yang tertanya-tanya, pawagam mana yang menyangkan versi 1 dan versi 2. Lepas ni korang dah tak perlu risau tertonton versi yang sama sebanyak 2 kali sebab sudah ada senarai pawagam yang menayangkan Misteri Dilaila untuk kedua-kedua versi.



Sumber Gambar: Twitetr FilemKita





Sumber Gambar: Twitter FilemKita





Sumber Gambar: Twitter FilemKita



Sedikit tips buat mereka yang baru nak tonton Misteri Dilaila, elakkan baca review filem ini di Facebook atau Twitter kerana sudah ramai yang buat konklusi mereka untuk filem ini sehingga ada yang bagi sinopsis terus, spoiler alert!


Buat mereka yang selama ini tidak gemar menonton filem tempatan kerana plotnya yang cliche, filem ini pasti akan mengubah pandangan anda terhadap filem kita!


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2019 02:07 PM | Show all posts
kerlass gitu ada pelbagai versi ending
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2019 02:11 PM | Show all posts
sape dh tgk? best tak?
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2019 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok da tgk versi 1. What de heck. X puas hati kene tgk versi 2 kat mines pulekk
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2019 02:33 PM | Show all posts
fealefea replied at 24-2-2019 02:26 PM
Ok da tgk versi 1. What de heck. X puas hati kene tgk versi 2 kat mines pulekk

ini macam boleh kutip 50 juta

Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2019 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
rosasen replied at 24-2-2019 02:11 PM
sape dh tgk? best tak?

Antara thriller dan seram. Semua dlm minda. Kereta yg dihumban mahal2. Lokasi x keluar dr rumah, balai dan jam fraser hill. Cerita mcm boleh diduga tapi tidakkk.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-2-2019 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
fealefea replied at 24-2-2019 02:26 PM
Ok da tgk versi 1. What de heck. X puas hati kene tgk versi 2 kat mines pulekk

Kan?benci betoi..kn p tgk v2
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2019 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila ada 2 versi, netizen mudah tercerita spoiler. Bila dah tahu jln cerita keterujaan utk menonton tu dah berkurang. Apasal tak buat 1 versi je. Lepas ni kalau semua penerbit ikut nak buat lebih 1 versi, jahanam.
Cerita ni bagus tp syg bila ada 2 versi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2019 02:57 PM | Show all posts
Versi mana yg best?
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2019 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
So 2 versi tu ending je ke yg berbeza atau hampir keseluruhan plot? Kalau ending je hmm mcm membazir duit je nk tgk cite yg sama 2x..
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2019 03:51 PM | Show all posts
baik tengok movie bahenol lagi best
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2019 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tengok. Boleh laaa..i suka ending dia.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2019 04:14 PM | Show all posts
whitePoison replied at 24-2-2019 03:56 PM
Dah tengok. Boleh laaa..i suka ending dia.

which version?
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2019 04:24 PM | Show all posts
fadz84 replied at 24-2-2019 03:42 PM
So 2 versi tu ending je ke yg berbeza atau hampir keseluruhan plot? Kalau ending je hmm mcm membazir ...

aku pun tunggu jawapan yang sama...  kalau setakat ending je lain, tak berbaloi...
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2019 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Ai tgk v1..any1 tgk v2?
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2019 04:28 PM | Show all posts
aku nak tengok tapi geli zul ariffin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2019 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
mimi77 replied at 24-2-2019 04:27 PM
Ai tgk v1..any1 tgk v2?

i watch v2. mind to share the ending?
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2019 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
So best ke tak? Review?
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2019 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok duit pi makan laaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2019 05:45 PM | Show all posts
alamak..tempting pulak nak tengok kedua-dua versi ni..huhu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 07:30 PM GMT+8 , Processed in 0.102791 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list