View: 5520|Reply: 21
|
Nicki Minaj Pertahan Kekasih Baru Daripada Tuduhan Rogol, Bunuh
[Copy link]
|
|
Nampaknya, kekasih baru Nicki Minaj tidak mendapat restu peminatnya. Hubungan cinta penyanyi rap itu yang baru mengesahkan gosipnya dengan Kenneth Petty di Instagram, dikecam kerana Kenneth dikatakan mempunyai rekod jenayah termasuk merogol dan membunuh.
Kredit foto: Cosmopolitan
Menurut sumber TMZ, Kenneth merupakan seorang pesalah laku seks dengan dua rekod jenayah. Pada 1995, Kenneth yang ketika itu beruusia 16 tahun didapati bersalah kerana cuba merogol seorang gadis bawah umur. Selepas keluar dari penjara, Kenneth sekali lagi didakwa kerana terbabit kes bunuh.
Kredit foto: TMZ
Bagi kesalahan cubaan merogol, Kenneth meringkuk selama empat tahun di dalam penjara New York. Pendakwa menuduh Kenneth cuba merogol wanita tersebut dengan objek tajam. Bagi kesalahan membunuh pula, Kenneth dipenjarakan selama tujuh tahun dan hanya dibebaskan pada 2013.
Kredit foto: RadarOnline
Tidak jelas bagaimana Nicki dan Kenneth berkenalan, tetapi ramai membuat spekulasi mereka berdua adalah kenalan lama dari Queens. Nicki mengesahkan perhubungan mereka apabila memuat naik sebuah gambar intim di Instagram.
Kredit foto: Instagram
Tidak berdiam diri, Nicki mempertahankan teman lelaki barunya itu.
"Dia berusia 15 ketika dituduh merogol, manakala gadis itu berusia 16 tahun. Mereka sepasang kekasih ketika itu.
"Warga Internet, kamu tidak boleh menentukan cara hidup saya, hidup kamu sendiri tidak terurus," ujarnya membalas kritikan beberapa peminat.
Betullah kata orang, kerana seorang lelaki, wanita sanggup mempertahankan apa sahaja walaupun terbukti bersalah. Semoga Nicki sedar sebelum terlambat. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
kerana cintha sanggup butakan mata, ingatkan ummah krt je yang berkonsepkan asal berlaki |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu rasa cam lawa je niki ni skrg tgok huduh pulak makin gemok n makin ghetto |
|
|
|
|
|
|
|
berbaloi ker mempertahankan boipren itu? |
|
|
|
|
|
|
|
Minah ni mmg murah pun. Koser. Baik layan Cardi. |
|
|
|
|
|
|
|
Ferr_Remy: Minah ni mmg murah pun. Koser. Baik layan Cardi.
Kan baik layam cardi B
Si Nikki ni asik nak gaduh
And plasticl surgery punggung and betis sampai dah mcm apa ntah besar dia |
|
|
|
|
|
|
|
bad boy baru best kekdahnyaa.... |
|
|
|
|
|
|
|
Ape laaa ko hadap sgt dgn penjenayah ni. Duit berkepuk pegi la cari yg helok sikit latar blkgnya |
|
|
|
|
|
|
|
ok je kalau nak kata cardi B lebih baik dilayan dari NM ni...
tapi nak kata sebbnya, NM asek nak gaduh
CB juga tiada bezaz nyas
|
|
|
|
|
|
|
|
tu la dia... bad boy kalau jenis2 lain tak per je... kalau bad jenis rogol2 dgn objek ni...
badevil boy tu, plisss
|
|
|
|
|
|
|
|
Both Cardy n NM sama jer perangai. Both suka cari gaduh, both perangai cam hooker. Lagu dorg je yg boleh layan, tapi kadang2 lagu pun cam haram. |
|
|
|
|
|
|
|
ai bc deyols pnh kapel time nicky 16 thn. Now sambung semula.
Byk juga rekod jenayah heols. Percubaan rogol tu pun guna objek tajam. |
|
|
|
|
|
|
|
Takkan nak kena sendiri baru menyesal. But that’s your problem. Money cant buy you class kalau dah perangai ghetto |
|
|
|
|
|
|
|
apadehal. abang niki pun ada kes rogol, mangsa budak bwh umur plak tu... dia terang2an bekap lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
armin replied at 22-12-2018 02:43 AM
Takkan nak kena sendiri baru menyesal. But that’s your problem. Money cant buy you class kalau dah ...
Nicki & Ariana ni sma je prangai, knon nak prtahankn hak kaum prmpuan tpi hakikatnya hauk. |
|
|
|
|
|
|
|
borrow replied at 21-12-2018 09:32 PM
ai bc deyols pnh kapel time nicky 16 thn. Now sambung semula.
Byk juga rekod jenayah heols. Percu ...
Ngilu bca part ni, nk pkai sharp object. |
|
|
|
|
|
|
|
awexgaban7 replied at 20-12-2018 10:23 AM
bad boy baru best kekdahnyaa....
Bad boys ain't no good, good boys ain't no fun. - "Mr Wrong" Mary J. Blige. |
|
|
|
|
|
|
|
Kan. Org mcm ni nak dibuat shuben? choy jah.
|
|
|
|
|
|
|
|
borrow replied at 2-1-2019 10:23 PM
Kan. Org mcm ni nak dibuat shuben? choy jah.
Simpang 44 bala. |
|
|
|
|
|
|
| |
|