CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1880|Reply: 4

[Tempatan] Jinjang lari lokap kerana nak sambut birthday, akak senyum sinis dekk

[Copy link]
Post time 1-11-2018 03:00 PM | Show all posts |Read mode



PADAH melarikan diri dari lokap Balai Polis Taiping, minggu lalu atas alasan mahu menyambut hari lahirnya bersama teman wanita, pemasang jubin dijatuhi hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret Taiping, hari ini.

Tertuduh Pang Hung Boon, 37, mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Majistret Mohd Hairol Jemain menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati alasan diberikan tertuduh yang mengakui lari daripada lokap kerana ingin menyambut hari lahir bersama teman wanitanya adalah tidak munasabah.

Mohd Hairol turut mendapati alasan berkenaan mencacatkan objektif tertuduh ditahan sekali gus rayuannya untuk hanya dikenakan hukuman denda, ditolak.
ADVERTISING

Terdahulu, Hung Boon dibacakan pertuduhan oleh jurubahasa mahkamah dalam bahasa Hokkien dan mengaku melakukan kesalahan itu jam 7.32 malam pada 27 Oktober lalu.

Dia didakwa dengan sengaja melepaskan diri daripada jagaan lokap Balai Polis Taiping kerana ditahan secara sah bagi kesalahan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 (Langkah-Langkah Pencegahan Khas).

Hung Boon ditahan semula ketika sedang menaiki motosikal di Jalan Medan Kamunting 2, Kamunting, Taiping jam 4.45 pagi Isnin lalu.

Pertuduhan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Nor Raihan Rithwan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Hung Boon dalam rayuannya memaklumkan dia yang sudah bercerai perlu menjaga bapanya, teman wanita serta anaknya.

Pihak pendakwaan kemudian memohon mahkamah menolak rayuan tertuduh untuk hanya dikenakan denda kerana lelaki itu mempunyai empat rekod jenayah pada 2014, 2015 dan 2016.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 November 2018 @ 2:06 PM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2018 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Ye ye je alasan ko. Bopren sape lah ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2018 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
romantiknya...
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2018 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Priorities
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2018 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Haha akak pun senyum sinis baca tajuk thread n artikel. Dia ni mesti jujur tatau cari alasan nak nipu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
akku
kukuku89akku
Views : 505 Replies : 0
PANAS!!!Adik Ipar  Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
Burong_HantukPANAS!!!Adik Ipar Datuk Seri Mohamed Na
Views : 77023 Replies : 214
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28366 Replies : 128
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54759 Replies : 1063
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16190 Replies : 135
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277068 Replies : 1516
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13963 Replies : 16
Selamatkan guru elak terjerat hutang dan bankrap
langkahkaki4525Selamatkan guru elak terjerat hutang dan
Views : 15389 Replies : 6
akku
kukku1234akku
Views : 8082 Replies : 0
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18168 Replies : 17

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 03:10 AM GMT+8 , Processed in 0.290354 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list