CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1784|Reply: 8

[Tempatan] Tamat penantian emas

[Copy link]
Post time 23-8-2018 08:41 AM | Show all posts |Read mode



KUALA LUMPUR: Trio boling wanita negara, Esther Cheah, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman dan Syaidatul Afifah Badrul Hamidi cemerlang menamatkan penantian pingat emas kontinjen Malaysia di Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018, hari ini.

Pada aksi di Pusat Boling Jakabaring, Palembang itu, ketiga-tiganya mempamer persembahan bertenaga dengan mengumpul keseluruhan 4,326 jatuhan pin daripada 18 permainan keseluruhan.

Pingat perak diraih Taiwan dengan 4,255 jatuhan pin manakala Singapura berpuas hati memperoleh gangsa dengan 4,250 jatuhan pin.

Trio kedua Malaysia yang diketuai Shalin Zulkifli, Natasha Roslan dan Sin Li Jane begitupun hanya mampu menamatkan cabaran di kedudukan keempat selepas mengumpul 4,144 jatuhan pin.

“Kami benar-benar gembira memenangi emas ini kerana kami sudah berusaha dengan amat keras. Dengan sistem pemarkahan baharu, kami agak gemuruh tetapi kami mempercayai satu sama lain dan berada dalam landasan yang baik.

“Kali terakhir pasukan wanita memenangi emas di Sukan Asia adalah pada edisi 2006 di Doha, jadi kami menunggu amat lama untuk kejayaan ini,” kata Siti Safiyah.

Kali terakhir skuad negara memenangi emas di Sukan Asia adalah pada edisi 2010 di Guangzhou, China.

Empat tahun lalu di Incheon, Korea Selatan skuad negara hanya membawa pulang empat perak.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Ogos 2018 @ 7:29 PM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2018 11:11 AM | Show all posts
Wow!! Congratss ..
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2018 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah team! Good job
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2018 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Sukan pprt jah pon boling ni.. meanwhile sukan2 olympic yg diharapkan terus gagal..
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2018 11:15 AM | Show all posts
tahniah!

semoga lebih banyak emas Malaysia dapat lps ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2018 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahnaih.....

Antara sukan yg paling aku suka. Sekarang aku tgh ajar anak main boling. Aku cakap kat dia, belajar dan berlatih sungguh2. Kalau ade rezeki boleh wakil negara dah besar nanti. Jangan target tinggi sangat, sekadar wakil negara untuk pegi dan merasa jalan2 ke negara orang. Sbb semua sponser. Hahaha...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-8-2018 04:24 AM From the mobile phone | Show all posts
drivethru: Tahnaih.....Antara sukan yg paling aku suka. Sekarang aku tgh ajar anak main boling. Aku cakap kat dia, belajar dan berlatih sungguh2. Kalau ade rezek ...



Ayoo.. Fail parenting.. Mentaliti apekah yg cuols cuba tanamkan pd anak cuols? Perabis duit rakyat??
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2018 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Saidatul yg kembar tu kan.. apa jadi dgn kembar dia.. asal dia tak main sekali?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2018 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ohnoLia at 26-8-2018 05:56 PM
RatuDunia94 replied at 23-8-2018 11:14 AM
Sukan pprt jah pon boling ni.. meanwhile sukan2 olympic yg diharapkan terus gagal..


Indon ga peduli mana yang sukan level olympic atau ngak. Yang penting pungutan medal indon jauh lebih hadapan dari malaysia. Sudah hampir 15 emas...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mengumumkan..  Berakhirnya Hikayat Seekor Primadonna Wannabe
tumpanglalu74Mengumumkan.. Berakhirnya Hikayat Seeko
Views : 32206 Replies : 616
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3291 Replies : 39
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39519 Replies : 129
Kisah iblis betina yang tak pernah tidur pt.2
manoppKisah iblis betina yang tak pernah tidur
Views : 7581 Replies : 2
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 20600 Replies : 60
ALL TRAVEL SERVICE'S BY KUKKU
kukukud450ALL TRAVEL SERVICE'S BY KUKKU
Views : 1616 Replies : 0
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 45716 Replies : 57
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 356639 Replies : 3525
Wanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI Cha’ah buat netizen terkesima
YgBenarWanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI
Views : 63569 Replies : 74
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 4089 Replies : 100

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 08:53 AM GMT+8 , Processed in 0.512359 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list