CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17168|Reply: 124

Pemandu Grab Dibunuh

[Copy link]
Post time 24-6-2018 10:13 AM | Show all posts |Read mode



PEMANDU Grab ditemui meninggal dunia dipercayai dibunuh, di dalam kereta miliknya di kawasan parkir Taman Selayang Makmur, Selayang, Gombak, malam tadi.

Dalam kejadian 8.20 malam itu, lelaki berusia 27 dan berasal dari berasal dari Nilai, Negeri Sembilan, dijumpai di tempat duduk belakang kereta Perodua Myvi berkenaan.

Ketika ditemui, lelaki itu dalam keadaan terlingkup dengan bahagian kepala mengenai lantai kenderaan itu, manakala kakinya di atas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Superintendan Tey Kong Seng berkata, sebelum kejadian, pihaknya dimaklumkan oleh bapa tiri lelaki terbabit untuk membuat pemeriksaan di dalam kereta mangsa.

Beliau berkata, susulan itu, anggota polis Unit Rondaan Bermotosikal (URB) ke lokasi.

"Sebaik tiba, anggota berkenaan menemui mangsa di dalam kenderaan berkenaan.

"Anggota perubatan dari Hospital Selayang yang tiba tidak lama kemudian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tey berkata, siasatan awal mendapati tiada kesan kecederaan ketara ditemui pada badan mangsa.

"Bagaimanapun, terdapat kesan melecet pada leher mangsa. Kami tidak menemui sebarang senjata di lokasi kejadian.

"Pemeriksaan lanjut mendapati tiada kamera litar tertutup (CCTV) di sepanjang jalan masuk ke lokasi kejadian.

“Malah, tiada saksi yang melihat kejadian berkenaan," katanya yang memaklumkan pemeriksaan turut dibantu oleh Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Beliau berkata, pihaknya merampas dua telefon bimbit, kasut, stokin dan baju-T yang ditemui di dalam kereta berkenaan.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Jun 2018







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2018 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah, kalau betul kena rompak, salam takziah buat keluarga arwah. Dlm misi mencari rezeki yg halal mcm ni, dianiaya pulak.

Tp betul, awang hitam ni scarry weh! Dah lah grab driver tak boleh view penumpang yg bakal diambil. Mana keadilannya.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2018 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Tolong tembak terus awang hitam sampai mati jika mereka terlibat dalam pembunuhan rakyat tempatan. .....

Benci pendatang asing ...sebab banyak buat jenayah dan menakutkan rakyat tempatan. ...
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2018 10:32 AM | Show all posts
salam takziah. Sedihnya, siapa la yg setan sgt  buat keje mcm ni. aku doakan pembunuh arwah ni kena gelek dgn lori tanker
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2018 10:36 AM | Show all posts
sedihnya berita2 camni, semoga kematian arwah mendapat pembelaan sewajarnya...

takziah untuk family arwah

setuju dengan pendapat untuk membolehkan driver view siapa penumpang yg bakal diambik tu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2018 10:37 AM | Show all posts
kena buat sesuatu pd penumpang2 yg mendaftar dgn grab

sbb nk dftar senang je, xyah detail semua...

tp nk dftar sbg driver grab mcm2 details grab mintak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-6-2018 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa sbb sampai nak bunuh grab driver... taknak bayar ke atau mmg nak merompak?
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2018 10:43 AM | Show all posts
harap operasi julai nti bersihkan sekali negro... bukan bangla je...semua pendatang
chef wan jgn meroyan plak kata rasis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2018 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni la risiko yg pemandu grab / uber kna fikir.. yela penumpang ntah sape2 pastu minta hntar pun kadang2 ntah ke mana (tgh2 mlm / awal pgi plk tu).. mmg bahaya..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2018 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Last customer tentu bayar cash sbb tu berani bunuh orang. Maklumat ada setakat email dan no tel. Tak rasa log in dgn fb. Kalau guna Grabpay kena snap gmbr IC/ pasport.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2018 10:54 AM | Show all posts
Siannye...
Seksa mati kene cekik ni.
Budaknye pun nmpk comel je
Nk mencuri tu curi je la
Jgn le smpi bunuh
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2018 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
sedih mak paknya..dahla baru lepas raya..
innalillahiwainna ilaihirrojiun
allahumaghfirlaha warhamha..wa'afihi wakfuanha.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2018 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
lasagnaklcc replied at 24-6-2018 10:40 AM
Apa sbb sampai nak bunuh grab driver... taknak bayar ke atau mmg nak merompak?

Kalau nak rompak takde lah tinggal ponsel bimbit bagai,
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2018 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirojiun. Harap yg bunuh tu cpt2 la kena tgkp
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2018 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Acik kepam dok kata pemandu tak boleh view penumpang, dah tu masing-masing dok tuduh nigger yang bunuh bagai tahu dari mana? Dapat ilham dari elohim kah??
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2018 12:17 PM | Show all posts
al fatihah salam takjiah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2018 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Takut kena liwat je.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2018 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
kesiannya al fatihah. nk kata dirompak phone masih ada.. mungkin ada berlaku pergaduhan dlm kereta tu yg membuatkan mangsa dibunuh.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2018 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
al fatihah utk mangsa..semoga ditempatkan dikalangan org beriman..#jejakpenjahat#jejakawanghitan
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2018 12:34 PM | Show all posts

tu la
sbb arwahnye agak good looking
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:16 PM GMT+8 , Processed in 0.087129 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list