Hero kacak yang masih 'single', Remy Ishak sememangnya masih 'hot' walaupun ramai pelakon baru bersilih ganti di kaca televisyen. Selain sibuk dengan penggambaran, Remy juga sempat meluangkan masa terbabit dalam program CSR di Melaka.
Terbaru, Remy telah membuatkan netizen tersenyum kelucuan dengan kapsyen pada post terbarunya. Apa tidaknya, mungkin kerana terlalu keletihan atau terlupa, Remy telah tersilap menulis nama artis wanita tersebut yang sepatutnya ditulis Farah Nabila tetapi ditulis sebagai Nabila Razali. Ya, kedua-duanya mempunyai persamaan nama.
Foto : IG Zulfarah_lovers
Sebaik gambar tersebut berada di sosial media, netizen berebut-rebut untuk membetulkan nama artis wanita yang dimaksudkan itu.
Yang lebih melucukan apabila ramai pula pengikut Instagram Remy menulis pelbagai nama lain dan ia pula disambung hingga meriah betul ruangan komen tersebut.
Memang kelakar membacanya.
Nabila Razali turut memberi komen yang sempat membacanya ketika bersahur.
Akhirnya Remy Ishak menjelaskan kekeliruan nama berpunca kerana dirinya tidak cukup tidur lalu memohon maaf atas kekhilafan dan kapsyen pun ditukar kembali.
Comel juga kesilapan 'typo' sebegini ya. Mengeratkan hubungan antara artis dan peminat lagi. - CARI |