CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24118|Reply: 297

[Tempatan] Krisis Negeri Pembangkang Perlis: 9 Adun BN boikot MB angkat sumpah, Sidang Medi

[Copy link]
Post time 24-5-2018 12:44 PM | Show all posts |Read mode
Edited by dauswq at 24-5-2018 02:06 PM

Azlan Man angkat sumpah MB Perlis, semua ADUN BN tak hadir

Diterbitkan 24 Mei 2018, 12:08 tengah hari  | Dikemaskini 24 Mei 2018, 12:30 tengah hari




   
Datuk Seri Azlan Man hari ini mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis di Balai Menghadap, Istana Arau bagi penggal kedua.
Ini sekali gus menamatkan penantian 14 hari selepas selesai Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Istiadat mengangkat sumpah jawatan berlangsung di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.
Bagaimanapun, timbul persoalan baharu apabila semua sembilan ADUN BN tidak hadir pada majlis mengangkat sumpah itu. Menurut portal Berita Harian Online, mereka difahamkan berada di Kuala Lumpur.

Sebaliknya, tiga ADUN Pakatan Harapan dan dua ADUN PAS hadir.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu, BN berjaya meraih 10 daripada 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala Pakatan Harapan hanya tiga kerusi dan PAS dua kerusi.

Semalam, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis menerusi satu surat jemputan kepada pihak media memaklumkan majlis istiadat pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan menteri besar Perlis akan berlangsung hari ini.
Ini selepas naib presiden Umno yang menjalankan tugas-tugas presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyembah menghadap Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, pada Rabu lalu.

Turut mengiringi Ahmad Zahid ialah naib presiden Umno yang menjalankan tugas-tugas timbalan presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Kegagalan membentuk kerajaan itu dikaitkan dengan krisis dalaman, bermula dengan tindakan pengerusi BN negeri Datuk Seri Shahidan Kassim menamakan adiknya Datuk Ismail Kassim sebagai menteri besar baru.

Bagaimanapun, Azlan Man dilaporkan tidak tahu menahu berkaitan perkara itu dan tidak dimaklumkan mengenainya.
Shahidan juga dijadualkan mengadakan satu sidang akhbar di Kuala Lumpur, petang ini.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2018 12:58 PM | Show all posts
plot cita katun nih.

tak sangka perlis sampai macam ni.   
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2018 01:01 PM | Show all posts
Shahidan letak proxy latuh...kalo macm ni dlm umno still ada napoleon...jgn harap nak berubah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2018 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
owenkatz replied at 24-5-2018 12:58 PM
plot cita katun nih.

tak sangka perlis sampai macam ni.

Kemungkinan pilihanraya negeri baru kot mcm sabah dulu hahaha

Ye tak? @chazey



Cc. @hzln @atira
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2018 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Geng shahidan kassim ni ade 9 adun perlis yg support proxy dia sbg mb. Jadi lebih majoriti mudah. Tp kerabat tak mau geng shahidan kassim ni.

Dengar2 diorg nak buat parti baru mcm parti warisan sabah

Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2018 01:06 PM | Show all posts
dah kenapa beria2 benor shahidan kassim tu???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-5-2018 01:06 PM | Show all posts
aduhai...sudah2lah shahidan kassim...buat malu je..iols rasa raja perlis mesti berduka kenapa rakyat nya x celik mcm negeri pantai barat yg lain.....dia pun kena tempias angin perubahan.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2018 01:08 PM | Show all posts
dah kerabat tak nak
apa la bangang
jadi la dari tak ada
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2018 01:08 PM | Show all posts
alahai. perlis sekangkang kera tu yang direbutkan.

c'mon!
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2018 01:12 PM | Show all posts
alahai peghelih tanah sekangkang kera, hasil pun takde, pun nak direbut
kalu kaya raya macam temasik logik lah juga nak direbut
kronik dah puak umngok ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2018 01:12 PM | Show all posts
hr tu tgk awani maza kata istana perlis ni "xjauh" dari PH. masa Tun M diperlakukan oleh kerabat lain raja perlis tetap jemput tun M hadir ke majlis keputraan baginda.. rasanya raja perlis mmg xnk la tu geng2 shahidan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2018 01:13 PM | Show all posts
dauswq replied at 24-5-2018 01:03 PM
Kemungkinan pilihanraya negeri baru kot mcm sabah dulu hahaha

Ye tak? @chazey

raja perlis tu mmg tak mau shahidan...
pelik betul dgn umno perlis ni..
yg pi letak pulak boneka shahidan ni apasal
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2018 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Raja perlis tu mmg xberapa ngam dgn shahidan.
Kalau adik dia naik, sama cam menaikkan shahidan balik
Tu pasal la raja xnak
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2018 01:15 PM | Show all posts
Dr Zuhdi PAS tak mau komen ka kjaan UMNO perlis ni kelam kabut??


mentang2 dah kawan



Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2018 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Hangpa nak pelik apa tu lah UMNO....  sudah2lah shahidan... hang letak adik hang pun takde maknanya federal bukan kepunyaan BN dah. BTW aku suka Raja Perlis nie, waktu TUN M kena macam2 dulu dia yang tak ambil pusing jemput Tun ke majlis2 dia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2018 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
lazim replied at 24-5-2018 01:12 PM
hr tu tgk awani maza kata istana perlis ni "xjauh" dari PH. masa Tun M diperlakukan oleh kerabat lai ...

Tp maza ni kawan baik shahidan dan juga disukai raja perlis. Kau rasa?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2018 01:17 PM | Show all posts
bodoh tak bodoh set2 ni

Krisis pelantikan MB Perlis imbau nostalgia 2008


Adha Ghazali
[email protected]





HARI ini genap dua minggu pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), menyaksikan Perlis selaku satu-satunya negeri yang bergerak tanpa dikemudi seorang Menteri Besar.

Seperti biasa sejak tiga PRU lalu, Perlis sekali lagi berdepan krisis kepemimpinan apabila wujud konflik dalam soal pelantikan jawatan nombor satu pentadbiran kerajaan negeri itu.



Selain pertikaian antara dua 'kem' dalam Barisan Nasional (BN) Perlis, bidang kuasa Istana Diraja Arau juga perlu diambil kira sebagai kuasa penentu dalam soal pelantikan Menteri Besar Perlis.

Untuk rekod, Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Shahidan Kassim mengumumkan mandat parti untuk melantik adik beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambun Tulang, Datuk Ismail Kassim sebagai Menteri Besar, menggantikan Datuk Seri Azlan Man yang juga ADUN Bintong.

Azlan selaku penyandang bagaimanapun mengakui tidak menerima maklumat mengenai perkara itu. Malah lebih mengejutkan, nama ADUN Tambun Tulang yang diberikan BN negeri dikatakan sukar diperkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Memperlihatkan kedudukan ini, wajar sekali diimbau pasca PRU-12 pada 2008 yang dianggap sebagai detik pemula kepada krisis kepemimpinan dalam UMNO dan BN Perlis.

Ketika itu, wujud gerakan membabitkan majoriti sekumpulan ADUN Perlis untuk menggantikan Shahidan yang menjawat kedudukan Menteri Besar selama tiga penggal sejak 1995.

Lapan ADUN BN Perlis ketika itu 'berkelana' hampir seminggu di beberapa lokasi rahsia sekitar ibu negara, dengan nasi bungkus dikatakan menjadi antara juadah utama.

Motifnya, mengelak daripada dikesan konco Shahidan yang ketika itu bersungguh-sungguh berusaha untuk mengesan bagi 'memujuk' mereka supaya melupakan hasrat menukar kepemimpinan di Perlis.

Hasilnya selepas kira-kira dua minggu Perlis melalui hari tanpa Menteri Besar, mandat awal diberikan BN kepada Shahidan bertukar arah, sebelum watikah pelantikan dikeluarkan dengan tertera nama ADUN Bintong, Datuk Seri Md Isa Sabu.

Kuasa Raja Perlis
Menilai senario, tidak mustahil apa yang berlaku pada 2008 akan berulang sekali lagi. Malah tidak mustahil keadaan kini mungkin sekali lagi tidak akan berpihak kepada Shahidan.

Pada 2008 Shahidan sudah menerima watikah pelantikan daripada Perdana Menteri untuk dilantik sebagai Menteri Besar.

Bagaimanapun Undang-Undang Tubuh Negeri Perlis menetapkan Raja hendaklah melantik seorang yang pada fikiran baginda mendapat kepercayaan ramai iaitu majoriti ADUN bagi mengetuai majlis kerajaan negeri. Itu yang berlaku ketika itu.

Dalam situasi hari ini, Ismail berada di posisi sama apabila diumum Shahidan sebagai calon Menteri Besar yang didakwa direstui pucuk pimpinan BN, namun Raja Perlis berhak mempertimbangkan calon lain yang difikirkan sesuai menerajui negeri.

Titah Raja Perlis beberapa hari selepas PRU-14 wajar diambil kira. Baginda memaklumkan ramai ADUN di Perlis dipilih rakyat melalui PRU-14 tidak dikenali, lantas baginda memerlukan masa untuk menilai dan mengenali mereka terlebih dahulu.

Pertimbangan utama baginda termasuk agar Menteri Besar dilantik tidak hanya memenuhi kehendak individu atau puak tertentu sahaja, sebaliknya mengambil kira kepentingan rakyat Perlis secara keseluruhan.

Perlis walaupun kekal dalam penguasaan BN, statusnya kini sebagai negeri pembangkang perlu juga diambil kira, terutama dalam keadaan negeri yang banyak bergantung kepada dana daripada pentadbiran peringkat Pusat.

Utamakan rakyat

Pelbagai spekulasi timbul sebelum ini termasuk ada yang mengandaikan beberapa ADUN BN Perlis bakal 'kalih' (ubah) untuk menghapuskan status negeri sebagai pembangkang.

Malah, ada sumber mengatakan rundingan sedang berlangsung untuk mewujudkan kerajaan perpaduan di Perlis, dianggotai wakil rakyat Pakatan Harapan (PH), PAS dan segelintir daripada BN, demi matlamat sama.

Apa pun langkah yang diambil, amanat Raja Perlis supaya kerajaan dibentuk dan Menteri Besar yang dilantik membawa manfaat kepada rakyat, harus diutamakan.

Terbaru semalam, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menjalankan tugas Presiden UMNO dan Pengerusi BN, menghadap Raja Perlis di Istana Diraja Arau.

Diharap pertemuan itu bakal menamatkan kekusutan yang timbul dalam soal pelantikan Menteri Besar Perlis kelapan ini.

Tidak kisah siapapun dipilih, sama ada Azlan atau Ismail, yang penting semua ADUN harus sepakat menerima mandat diputuskan.

Cabaran Perlis untuk mendepani hari-hari sebagai negeri pembangkang cukup besar.

Perlis mula mengalami krisis menteri besar melalui PRU 2008 apabila Shahidan digantikan Md Isa melalui pertembungan dua kem BN yang berlarutan hampir dua minggu.

Pada 2008, Azlan yang ketika itu menang kerusi DUN Pauh dilantik menggantikan Md Isa melalui PRU-13.

Pada PRU-14 Rabu lalu, BN menang 10 daripada 15 kerusi DUN, manakala PH pula memenangi tiga kerusi dan baki dua lagi milik PAS.







Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2018 01:18 PM | Show all posts
tahun ni raja perlis buka istana bila?
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2018 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Raja  raja patut berkecuali bukan berpihak ke mana mana parti politik ..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2018 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dauswq at 24-5-2018 01:21 PM
atira replied at 24-5-2018 01:13 PM
raja perlis tu mmg tak mau shahidan...
pelik betul dgn umno perlis ni..
yg pi letak pulak boneka ...


Seingat aku shahidan ni pengerusi bn  perlis. Jadi, dia dah letak orang-orangnya jd calon bn di perlis. Azlan man ni asalnya dipindahkan dr  dun pauh ke kerusi tak selamat di bandar, di dun bintong berharap dia kalah di pru nanti. Dan lebih teruk lagi, najib tak tapis di peringkat atasan tak mcm kak wan tapis semasa jemin letak orang2 dia di selangor tempoh hari.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:45 PM GMT+8 , Processed in 0.074539 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list