View: 5754|Reply: 62
|
[Tempatan]
PAS Setuju ECRL Diteruskan, korang bagaimana?
[Copy link]
|
|
Edited by Modngengade at 21-5-2018 07:58 AM
KUALA NERUS - Kerajaan negeri pimpinan Pas bersetuju Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) diteruskan memandangkan ia memberi keuntungan ekonomi kepada kerajaan dan rakyat di negeri itu.
Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berharap agar kerajaan pusat yang kini dipimpin Pakatan Harapan (Harapan) memberi pertimbangan lebih serius bagi memastikan projek berkenaan dapat diteruskan.
"Secara umumnya kita (Kerajaan Terengganu pimpinan Pas) berpandangan sebarang projek yang memberi keuntungan ekonomi kepada negeri dan rakyat kita alu-alukan.
"ECRL adalah termasuk dalam projek yang boleh menjana perkembangan ekonomi terutamanya pada hentian satelit tempat-tempat tertentu, di mana stesen ini diadakan.
"Jadi ia (ECRL) wajar diteruskan dengan syarat tidak membebankan ekonomi kerajaan dan rakyat Terengganu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas membuat lawatan ke tapak bazar Ramadan Batu Enam, Bukit Tunggal,di sini, petang semalam.
Ahmad Samsuri yang turut ditemani isteri, Tuan Faizah Tuan Abdul Rahman tiba di lokasi itu kira-kira jam 5.30 petang dan meluangkan masa hampir 30 minit bermesra dengan peniaga dan pengunjung di bazar berkenaan.
Projek ECRL sepanjang 688 kilometer bernilai RM55 bilion yang menghubungkan antara Kelantan dan Pelabuhan Klang, Selangor dijangka siap pada 2024 dibangunkan oleh Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL).
Setakat ini, projek yang dibangunkan oleh kerajaan BN dibawah pimpinan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sudah melebihi 13 peratus siap sejak pembinaan bermula November tahun lalu dengan hampir kesemua kem induk ECRL di bawah Fasa 1 siap dibina iaitu di Tunjung (Kelantan), Kampung Raja, Kuala Nerus, Dungun, Kemaman (Terengganu), Mentakab dan Bentong (Pahang), membabitkan 44 terowong dengan terowong terpanjang di Pahang sepanjang 16.9 kilometer.
|
|
|
|
|
|
|
|
kau punya poll tu biased la
letak je la teruskan
stop
atau why bother
baru la senang nak vote |
|
|
|
|
|
|
|
Cadangan me..duit royalti minyak diguna utk tampung kos ecrl.. |
|
|
|
|
|
|
|
stop. xde kaitan dgn aku konsepnya. hrp duit tu gn utk projek lain yg seluruh rakyat malaysia blh rasa. ni dino je rasa |
|
|
|
|
|
|
|
buat la.. penat hadap jem tambah2 pulak masa raya ke cuti ke... kalau kos tinggi ejas la kasi lebih sesuai, semudah abc cadangan iols |
|
|
|
|
|
|
|
Ai sokong jer. Pantai Timur weols neh dah terketinggalan dari Pantai Barat. |
|
|
|
|
|
|
|
nak terus pun voleh tak nak pun voleh
ada naik je
|
|
|
|
|
|
|
|
harap review balik dan teruskan dengan kos yg lebih effective |
|
|
|
|
|
|
|
PAS mau nya tak sokong. Kalau projek tu kat selangor rasanya dia org la yg pertama kata membazir.
Sebab bukan negeri yg mereka perintah.
Bg aku kena kaji betul2... kos, pulangan balik, penyertaan syarikat tempatan termasuk la peluang pekerjaan, kemampuan utk membayar balik oleh kerajaan bersama hasil dri ecrl tsb. Mungkin bukan projek yg menguntungkan, tetapi memberi manafaat kepada penduduk dan tidak membebankan kewangan negara dalam tempoh yg panjang. |
|
|
|
|
|
|
|
TT patut letak pilihan #3 Pas akan tanggung semua kos |
|
|
|
|
|
|
|
Ecrl ni keretapi laju... takkan bawak barang pakai ketapi laju kot... dah sah2 ketapi penumpang... bila dah laju.. kos dah tentu mahal... maybe dah sama dgn harga kapaltobang sebab tgk kos campur 11 bilion kos yg dah lesap masuk pun dah tahu berapa tambang nanti.... jadi.. sapa nak naik... jadilah gajah putih... yg kerajaan kena ikat leher dengan ah long china komunis bayar hutang tak abis2... ketapinya tak laku...
Korang boleh guna akal sket tak.. patut laa tun mahu jadi menteri pelajaran... ramai yg otak tak mampu berhubung... najib buat projek tuh sebab nak kebas duit bayar hutang 1mdb laa bongok.. |
|
|
|
|
|
|
|
Nak majukan pantai timur ni buat hiway 3 lane lurus pegi balik... boleh laa maju... senang lori bawak muatan.. jarak perjalanan naik kereta pendek dan lurus, jalan selesa..bangang... |
|
|
|
|
|
|
|
Kak mod, poll tu biassssseddddd, tak de pilihan. |
|
|
|
|
|
|
|
totokreturn replied at 21-5-2018 07:53 AM
Ecrl ni keretapi laju... takkan bawak barang pakai ketapi laju kot... dah sah2 ketapi penumpang... b ...
160km/h kira ketapi laju ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Setuju jah. Dgn syarat
Harga tiket lagi murah banyak dr naik aeroplane.
Departure time x complicated mcm aeroplane. Bukan kena check in bagai 2 3 jam sebelum berlepas. Process berlepas kalau boleh simple je lah mcm naik bas. Tunggu 15 30 min sebelum berlepas okey lah.
Dapatlah boring2 tu Weekend nak pekena nasi dagang ke ikan celup tepung ke nasi kerabu terus beli tiket online. Berdegup sampai ganu kelantan |
|
|
|
|
|
|
|
Cakap je lah korang jeles in the name of satan |
|
|
|
|
|
|
| |
|