Setelah sekian lama memendam rasa dan menyimpan rahsia mengenai perkahwinannya dengan bekas suami, Aidil Zafuan Abd Razak, pelakon Rita Rudaini akhirnya mendedahkan perkara tersebut dalam buku biografi, Kerana Aku Seorang Perempuan.
Buku itu telah dilancarkan bersempena dengan Pesta Buku Antarabangsa pada 1 Mei yang lepas di PWTC, Kuala Lumpur.
Foto: IG Rita Rudaini
Pelakon cantik itu juga turut berkongsi mengenai pelancaran buku tersebut di akaun instagram miliknya dengan kapsyen yang berbunyi:
"Dengan derita.. Dengan air mata.. Aku ditinggalkan dengan dua cinta..
Dua cinta yang mengubah segalanya.. Dua cinta yang mendamaikan rasa..."
Foto: IG Rita Rudaini
Ramai pengikutnya dilaman Instagram yang kagum dengan kekuatan Rita mengharungi segala rintangan dan ranjau dalam kehidupannya berminat untuk mendapatkan naskah istimewa tersebut.
Foto: IG Rita Rudaini
Tidak kurang juga ada yang turut berkongsi pengalaman hidup yang seakan sama dengan apa yang dihadapi oleh Rita yang ditinggalkan bekas suaminya.
Foto: IG Rita Rudaini
Namun, dalam pada kata-kata positif yang diterima, terdapat komen daripada seorang individu yang seakan tidak berpuas hati dengan pelancaran buku tersebut. Individu tersebut turut meninggalkan komen yang agak biadap hampir di setiap gambar buku yang dimuat naik oleh Rita.
Foto: IG Rita Rudaini
Kata-kata yang biadap dari individu tersebut mendapat reaksi daripada pengikut Rita yang cuba untuk menasihati individu yang dikatakan 'panas bontot' tersebut.
Rita bagaimanapun, enggan mengambil kisah mengenai komen daripada individu itu dan meminta individu itu untuk bertenang.
Foto: IG Rita Rudaini
Foto: NST
Rita dan Aidil telah bercerai dengan talak satu pada 5 September 2013 dan dikurniakan dengan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna yang kini di bawah jagaan Rita. -CARI |