Ramai terkejut apabila melihat sebuah akaun Instagram berkongsi status yang pernah dimuat naik Izreen Azminda suatu ketika dahulu dengan tujuan untuk menghentam pelakon itu.
Pagi ini, kisah perceraian suaminya, Ude dan isteri pertama hangat diperkatakan dan Izreen tidak terkecuali daripada terpalit dengan 'drama' itu.
Sumber foto: Bharian Online.
Ude atau Muhammad Radzi Abdul Wahid sudah lebih empat tahun mendirikan rumah tangga bersama Intan Liyana sebelum mengambil keputusan menikahi Izreen pada November tahun lalu.
Menjadi isteri kedua bagaikan suatu kesalahan jenayah hingga Izreen terus-menerus dilabel wanita jahat dan dikecam hebat oleh netizen.
Sementara itu, akaun instagram eh.sentap.pula memuat naik ‘screenshot’ kapsyen dimuat naik Izreen yang seolah-olah ditujukan kepada seseorang.
Foto: Instagram
Pemilik akaun itu mengambil kata-kata tersebut seolah-olah ditujukan kepada bekas isteri pertama suami Izreen. Dia juga menyeru netizen lain untuk memulaukan drama dan produk-produk yang diwakili oleh Izreen. Malangnya, tindakan pemilik akaun itu disahut baik oleh netizen.
Foto: Instagram
Tanpa usul periksa, netizen melemparkan tohmahan dan menuduh Izreen menjadi punca penceraian suami dan isteri pertama biarpun pelakon itu telah menyatakan dia tidak terlibat dan tidak tahu mengenai perceraian tersebut.
Sama ada kebetulan atau tidak, diharapkan Izreen atau artis lain dapat menggunakan media sosial sebaiknya. Bukan apa, bimbang disalah tafsir oleh netizen dan mencetuskan spekulasi tak berasas. Kadangkala, berdiam diri tidak bermakna seseorang itu lemah dan bersalah. - CARI |