|
|
Sebulan dia hilang terus, Instagram pun dinyahaktif membuatkan ramai peminat tercari-cari ke manakan Zul Arifin menghilang.
Namun dia kini kembali membuka laman sosial berkenaan dan apa yang menarik perhatian adalah imej barunya.
Dalam gambar tersebut, pelakon lelaki kacak ini memakai jubah dan penutup kepala, ghutra.
Difahamkan ketika itu dia berada di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Dalam entri tersebut, Zul, 31 mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peminat yang sentiasa mendoakan kesejahteraan dia dan arwah ibunya, Robiah Nasir.
Pada 5 Disember lalu, ibunya disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung.
Apa lagi, ruangan komen dibanjiri dengan komen peminat yang merinduinya.
 Foto: IG Zul Ariffin
"Harap awak baik-baik sahaja!! Kami rindukan awak, Zul Ariffin. Tolong jangan hilangkan diri lagi daripada laman sosial lagi dan salam takziah atas pemergian ibu tercinta," komen noraisyah_bahar.
"Waalaikumsalam... Selamat kembali bos @zul_ariffin dengan semangat baru yang lebih baik. InsyaAllah, selamat bercuti," kata _rara_y.
"Alhamdullillah... semoga dipermudahkan segala urusanmu. Semoga ibumu ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman," tulis seri_ifa pula.
Kami doakan semoga Zul sentiasa tabah dalam menjalani kehidupan ini. -CARI |
|