CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1259|Reply: 1

Cucu Rompak, Pukul Nenek Sendiri Dengan Batu Bata

[Copy link]
Post time 6-12-2017 03:48 PM | Show all posts |Read mode
Tergamaknya cederakan nenek sendiri! Tapi itulah tindakan seorang lelaki yang memukul warga emas tersebut menggunakan batu bata sebelum merompaknya.


Kejadian yang berlaku di Bekasi, Jawa Barat itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di muka dan kepala.


Ketua Polis Bekasi Timur, Komander Parjana berkata, suspek yang dikenali sebagai Ali Mahmud, 23 berpura-pura melawat mangsa di rumahnya.


Menurut laporan  wartakota.tribunenews.com, sebaik pintu dibuka, Ali menyerang mangsa.


Gambar Hiasan


"Suspek telah mengambil Rp3 juta (RM854) dan 10 gram barang kemas milik mangsa."


Pembantu rumah mangsa, Nurhasanih, 30, menemui warga emas itu dan mendapatkan bantuan jiran sebelum mengejarkannya ke hospital.


Polis kini masih mengesan suspek yang berjaya melarikan diri.

"Kami telah mengarahkan pegawai polis untuk memburu suspek dan pada masa sama menggalakkan suspek supaya menyerah diri," tambahnya.


Sebagai bukti, polis telah merampas kain, batu bata  yang digunakan untuk mencederakan mangsa. Jika disabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara maksimum sembilan tahun. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2017 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada keturunan pun tak guna kalau kena rampok kena pukul cucu sendiri guna batu bata
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2026 02:14 AM GMT+8 , Processed in 0.043783 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list