View: 5301|Reply: 38
|
Patutlah Kena Caj RM600, Rupanya Ambil Kari Kepala Ikan Saiz XL!!
[Copy link]
|
|
Kecoh di laman sosial tentang dakwaan seorang lelaki yang tidak berpuas hati selepas dicaj RM600 bagi empat mangkuk hidangan kari kepala ikan di sebuah restoran.
Rupanya hal ini selepas disiasat, barulah diketahui mengapa lelaki berkenaan dicaj sedemikian rupa. Dikatakan dia telah mengambil hidangan empat kepala ikan bersaiz XL untuk 17 orang makan, Harian Metro melaporkan. Padanlah!
Meskipun pihak restoran itu mendapat kecaman orang ramai kerana meletakkan harga yang terlalu tinggi namun siasatan KPDNKK menjawab segala persoalan.
Patutlah Harga RM600, Rupanya Ambil Saiz XL Untuk 17 Orang Makan!
Memetik Harian Metro, siasatan mendapati semangkuk kari kepala ikan yang dijual di restoran itu berharga dari RM50 hingga RM150 mengikut saiz X, M, L dan XL.
Pengarah Penguatkuasa KPDNKK, Datuk Roslan Mahyuddin juga berkata pihak restoran telah meletakkan tanda harga bagi setiap makanan dan minuman di situ.
"Bagaimanapun, mereka tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai (harga mengikut) saiz kepala ikan atau gambar yang jelas menunjukkan perbezaan antara harga setiap saiz kepala ikan itu.
"Dengan gambar yang jelas, pelanggan tidak akan keliru ketika membuat pembelian," katanya.
Bagi pihak restoran, ia telah dikenakan notis mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 agar memberi maklumat lanjut mengenai hidangan tersebut dalam masa 19 hari.
Patutlah Harga RM600, Rupanya Ambil Saiz XL Untuk 17 Orang Makan!
Pun begitu, Roslan turut kesal dengan tindakan pelanggan yang menularkan resit itu tanpa memberitahu butiran lengkap hingga menyebabkan masyarakat keliru.
"Mengenai gambar yang tular itu, saya kesal kerana pelanggan berkenaan hanya memuat naik gambar resit untuk hidang empat kepala ikan yang dicaj RM600.
"Ia seolah-olah hidangan untuk seorang sahaja, sebaliknya dalam keadaan sebenar, ia hidangan untuk 17 orang," katanya.
Dalam pada itu, tinjauan di laman sosial terdapat pelbagai reaksi berbeza di kalangan netizen.
Patutlah Harga RM600, Rupanya Ambil Saiz XL Untuk 17 Orang Makan!
Ada yang menganggap harga tersebut masih masih mahal untuk harga semangkuk.
Namun ada juga yang menyindir pihak lelaki itu, mahu makan kari kepala ikan merah dengan harga yang murah.
Apa pun, sentiasa bertanya dan jangan malu untuk mendapatkan harga makanan terlebih dahulu sebelum membeli agar tidak terkejut dengan harga-harga luar biasa ketika membayarnya nanti.- CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg gebang lebeh la klau btul. Sja nak glemer la tewwwww |
|
|
|
|
|
|
|
Kepala ikan ni dr tahun 1990 macam tulah harga. Ikut ikan, saiz. Nak viral punya pasal padahal baru kluar dari gua kelam. Harap depa yang macam ni disaman pihak berbabit. Use soc med with care. |
|
|
|
|
|
|
|
Kan aku dah kata. Sana ada tanda harga. Ada saiz. Dia bantai ambil 4 paling besar pastu merempan rempan. Pastu dia bilang dia penah makan kat tempat lain. Level pengarah tapi common sense tadak. |
|
|
|
|
|
|
|
nak murah gi makan kt kedai ketuanan
tp ahad selalu tutup... |
|
|
|
|
|
|
|
Kari kepala ikan dah berkurun mahal, apa lagi ikan merah. Kepala ikan merah mentah di pasar pudu yang becak tu pun mahal |
|
|
|
|
|
|
|
Nak murah makan kepala ikan kembong jelah! |
|
|
|
|
|
|
|
Saiz XL tu berapa kilo? Dah tu fresh ke yang dah simpan 3 bulan dalam fridge berangan nak caj 150 hengget? |
|
|
|
|
|
|
|
Ape yg sedap eh kepala ikan ni.bukan ade isi pon.selera org mcm2 . |
|
|
|
|
|
|
|
Sy xminat kari kepala ikan tp aware ler harga die memang mahal dr dulu lg...y mkn tu pun xkan ler x tanya berapa ringgit kalau amek saiz sekian,sekian...dah jd mcm macik daging tu..kecoh nak viral,kan dah memalukan diri sendiri.. |
|
|
|
|
|
|
|
estrelle replied at 24-11-2017 08:25 PM
Ape yg sedap eh kepala ikan ni.bukan ade isi pon.selera org mcm2 .
Sedap mkn yg liat2 kat kepala tu..haha.. |
|
|
|
|
|
|
|
dubuk replied at 24-11-2017 10:17 PM
biji mata sedap sedut
Biji mata xpenah lagi mkn..sebab ada 2biji je, bg org yang lebih tua la mkn..hihi |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baik aku tak makan kepala ikan. |
|
|
|
|
|
|
|
teringat gamid gurkha gosok gigi ikan.... |
|
|
|
|
|
|
|
pearl.silver replied at 24-11-2017 10:25 PM
Biji mata xpenah lagi mkn..sebab ada 2biji je, bg org yang lebih tua la mkn..hihi
Sape yg suka makan biji mata ni diaorang kata akan jadi cepat pelupa. Contohnya adik sy. Dia suka makan mata ikan dan selalu terlupa barang haha |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau ikut pemahaman MIL kita,kepala ikan kalau dimakan mmg blh jd pelupa.sbb tu kepala ikan mmg dia x kasi bdk2 yg tgh belajar mkn.biarpun kepala ikan kembung.Btw dr dulu harga kari kepala ikan mmg mahal.sedangkan yg saiz tapak tangan kita pun pernah kena caj rm90 semangkuk.sotong dgn udang jgn tanyalah,amik seekor pun blh cecah rm20 sepinggan.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|