[size=12.800000190734863px]Lelaki nekad rempuh kenderaan milik penarik kereta sampai hancur [video]
Bila Melayu Mengamuk Dengan Penarik Kereta
BIASANYA jika kenderaan sudah kena 'blocked' dengan penarik kereta, pemiliknya akan beralah dan menyerahkan kunci, seterusnya kenderaan berkenaan akan dibawa oleh si penarik (repossessor) untuk dipulangkan ke bank.
Namun lain pula dengan kejadian yang didakwa berlaku di Rawang Selangor kelmarin.
Walaupun kereta jenis Proton Saga FLX miliknya sudah dihalang oleh sebuah kereta Wira milik penarik kereta, seorang lelaki tetap tidak mengalah, sebaliknya nekad mengundurkan keretanya sehingga merempuh kenderaan milik penarik kereta tersebut berulang kali.
Rakaman kejadian itu tersebar di media sosial. Jelas kedengaran jeritan dipercayai isteri kepada lelaki berkenaan yang merayu agar suaminya berhenti daripada meneruskan tindakan nekadnya itu.
"Sudahlah bang, abang sudah bang," jerit isteri yang memakai tudung berwarna merah jambu di tempat kejadian.
Namun si suami sama ada tidak peduli dengan jeritan isterinya itu, atau tidak dengar kerana kesemua tingkap keretanya tertutup, terus menggerakkan keretanya ke hadapan dan ke belakang merempuh kenderaan di belakang berulang kali.
Akhirnya kereta yang dipandu berjaya memecahkan halangan sebelum ia dipandu pergi dari situ. Akibat perbuatan itu, kereta Wira milik penarik kereta hancur teruk di bahagian hadapan.
Di bawah ini video kejadian tersebut yang dipercayai dirakam oleh salah seorang daripada penarik kereta terbabit.
Apa ia dapat disimpulkan daripada kejadian ini, terbukti bahagian 'bumper' belakang Proton Saga FLX jauh lebih keras daripada bahagian hadapan Proton Wira. Sekian terima kasih
Post time 23-9-2017 04:34 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Tertekan la tu mn nk cekau duit.kereta satu je, umah jauh dari public transport cmne nk gerak.bertabah la bro, zaman ni zmn duit, ssh nk toleransi. Sebaik satu kereta ak dh abis byr.
Post time 23-9-2017 05:31 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Beli..xbayar hutang....tapi keta make up cecantik...
bila marah kena nak kena tarik...ko sanggup bwk lari keta..biarkan bini ko kat sintu...bodoh ..choiiii
Post time 23-9-2017 06:03 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Sesak mcm mana pun at least bayar la separuh dulu..ada duit nanti bayar lebih..yg penting setiap bulan ada transaksi payment dibuat..
Aku pun pernah sesak..bayar separuh dulu next month bayar lbih..so far bank tak pernah call kata ada outstanding pun.
Post time 23-9-2017 06:22 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Zaman skang ni zaman duit
Patutnya ko serah je la keter tu kat penarik keter.. Dah jadi 1 hal lak ada kes lain pulak.silap aribulan kene duk dlm lokap.. 1 hal lak bini ko nak cari duit utk bail out