View: 4378|Reply: 62
|
Saya Tidak Boleh Terima Tuan Ibrahim Mengkafirkan Saya- Tun Mahathir
[Copy link]
|
|
sumber : https://1.bp.blogspot.com
Dalam entri terbaharu di blognya chedet.cc kelmarin, Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan rasa sedih dan kecewa terhadap sikap Timbalan Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang melemparkan kata-kata kesat terhadap beliau dan menuduhnya kafir tetapi tidak menjawab perkara utama yang dibangkitkan.
Katanya, beliau menghormati Tuan Ibrahim sebagai satu-satunya pemimpin PAS yang rasional, namun berasa sedih dengan jawapannya terhadap tulisan beliau.
“Memaki saya, iaitu saya ini perompak dan penyamun, mencerita berkenaan kezaliman saya dan bermacam lagi tidak sedikitpun menimbul kemarahan saya. Memanglah musuh saya tidak akan puji saya. Membuat tuduhan yang tidak berasas memang cara musuh untuk menang dalam pilihanraya."
“Tetapi mengkafirkan saya tidak boleh saya terima. Ia dilarang oleh Islam, dilarang dalam Al-Quran. Ia berdosa dan orang yang mengkafirkan orang Islam akan dapati dakwaan mereka akan kembali kepada mereka. Ini yang dijanji dalam Al-Quran."
“Tidak perlu dakwa saya tidak berbahasa Arab. Tidak perlu kata saya bukan orang agama, tidak berijazah dalam agama Islam.”
Bekas Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun itu membangkitkan persoalan apakah orang terpelajar dalam agama Islam seperti Tuan Ibrahim, yang mendakwa diri sebagai ulama, boleh menerima dakwaan bahawa sesiapa yang tidak menyertai PAS adalah kafir.
“Raja-raja kita pun tidak menyertai PAS. Sudah tentu orang Islam yang seramai 1.7 bilion diseluruh dunia, mengikut dakwaan PAS adalah kafir."
“Pengkafiran inilah yang memecah belah orang Melayu Islam yang semua percaya dan mengikut amalan agama Islam yang sama dan mengucap dua kalimah syahadah dan berada dalam mazhab Ahlul Sunnah Wal Jamaah, berimam kepada Imam Shafei,” katanya.
Beliau sekali lagi menjelaskan bahawa sebelum PAS wujud, tidak ada perpecahan disebabkan kelainan agama di kalangan orang Melayu Islam.
Sementara itu, Dr Mahathir turut berkata, apabila PAS bekerjasama dengan DAP, parti itu tidak pula mendakwa ianya menjadikan PAS kafir, sebaliknya ia adalah ‘tahaluf siyasi’ – bahasa Arab – atau ‘kerjasama politik’.
“Hanya dengan mengguna Bahasa Arab tidak menjadikan perbuatan PAS itu Islam,” katanya.
Beliau sekali lagi mengemukakan persoalan supaya difahami oleh Tuan Ibrahim:
i) Apakah Tuan Ibrahim percaya bahawa sesiapa yang tidak menyertai PAS tidak Islam.
ii) Apakah orang Melayu kafir sebelum adanya PAS.
iii) Apakah ibubapa orang PAS kafir kerana dilahir sebelum adanya PAS.
iv) Apakah PAS tidak kafir apabila bekerjasama politik dengan DAP.
v) Mengikut PAS, UMNO kafir. Jika PAS bekerjasama dengan UMNO apakah PAS menjadi kafir.
vi) Amanat Hadi dakwa pemerintahan Malaysia kafir dan melawan dengannya adalah jihad dan kematian dalam perlawanan ini menjadikan si mati syahid. Apakah Tuan Ibrahim terima dakwaan dalam amanat Hadi?
vii) Jika pemerintahan yang didirikan oleh UMNO dahulu kafir, apakah pegawai-pegawainya, termasuk mufti dan orang-orang yang dipimpin dan dinasihat oleh mereka kafir.
viii) Apakah Tuan Ibrahim percaya 14 pengikut Ibrahim Libya mati syahid dah 4 orang polis mati sebagai orang kafir yang bekerja dengan Kerajaan kafir?- CARI |
|
|
|
|
|
|
|
tuuu diaaaa skreteri Tuhan dh turun dari langit utk bgtau sapa yg kafir {:sing |
|
|
|
|
|
|
|
PAS & mengkafirkan org berpisah teda |
|
|
|
|
|
|
|
Sorry ya Spidey sebagai seorang bukan Muslim kurang faham dengan trend sesetengah orang Muslim sekarang.
Asalkan kita tidak sehaluan dengan mereka dalam beberapa perkara terus kena gelar kafir, murtad, dll.
Tak boleh ke cuba jangan libatkan kepercayaan atau pegangan agama orang lain?
Perlu ke sampai kita kafirkan orang lain yang sesama agama dengan kita cuma kerana ada sedikit percanggahan pendapat?
Sejak bila Tuhan melantik anda untuk kafirkan orang lain? |
|
|
|
|
|
|
|
hmm..aku tak nampak pun statement Ust. Tuan Ibrahim "mengkafirkan" Dr M..
JAWAPAN TIM PRESIDEN PAS KEPADA TUN M
Salam berbahagia Tun Dr Mahathir Mohamad,
PAS melihat Umno sebagai perompak dan penyamun sudah berdekad-dekad lamanya.
Untuk makluman Tun, Umno dilihat sebagai perompak dan penyamun ini bukankah baru sekarang. Dari dulu lagi PAS berlawan kerana pelbagai kerosakan yang dilakukan oleh Umno-BN di negara ini.
Malah, di zaman Tun, Umno sudahpun menjadi perompak dan penyamun, cuma Tun tidak sedar. Sesiapa yang mempertikaikannya perlu berdepan dengan senjata yang bernama ISA yang sedia digunakan Tun dengan sewenang-wenangnya. Malah sehingga hari ini, semua rakyat masih melawan sistem yang ditinggal Tun termasuk Tun sendiri.
Ketika Tun menjadi Perdana Menteri, pembangkanglah paling hebat ditekan, ditindas sehingga pelbagai tragedi berlaku. Royalti minyak Kelantan tidak diberi, malah royalti minyak Terengganu dijadikan wang ehsan sejurus PAS mengalahkan Umno di Terengganu.
Di zaman Tun, semua timbalan Tun yang Tun rasa tak sesuai dipecat dengan pelbagai tuduhan. Sebahagian mereka kerana menentang rasuah, salahguna kuasa dan kronisme yang berlaku di waktu itu. Kini istilah itu bertukar kepada kleptokrasi. Gunalah apa istilah sekalipun hakikatnya penyelewengan terus berleluasa. Ia menjadi budaya di dalam Umno yang kekal sehingga hari ini sehinggalah Tun sendiri pun terasa meluat melihatnya.
Di bawah PM Datuk Seri Najib Razak, Umno-BN hampir tumbang di PRU13.
Rakyat mempunyai peluang keemasan untuk menumbangkan BN bersama Pakatan Rakyat di PRU13, tapi ketika itu Tun memilih bersama Umno melalui Perkasa untuk mengekalkan kekuasaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan juga BN.
BN kekal berkuasa sehingga hari ini adalah disebabkan Tun dan juga sistem yang berat sebelah yang dikekalkan oleh Tun. Umno yang ada hari ini adalah hasil didik Tun.
Sudah berdekad-dekad lamanya sejak Merdeka. PAS melawan Umno. Di zaman Tun, kamilah yang lawan Tun. Ketika Tun memilih Tun Abdullah Badawi sebagai PM, kami tetap melawan Umno dan terus melawan Umno meskipun kami hampir kehilangan segalanya. Ketika Tun memilih Najib menjadi PM, kami membantah dan terus melawan Umno sehingga hari ini.
Malah susah dinafikan bahawa PAS adalah pembangkang utama kepada Umno sejak sebelum Merdeka sehingga kini. PAS merupakan parti yang terus berkembang dengan keahlian hampir sejuta, dengan hampir lapan ribu cawangan dan 195 kawasan seluruh negara.
Kini baru dua tahun Tun menjadi pembangkang, Tun baru terasa peritnya menjadi pembangkang. Hari ini, Tun mahu menurunkan Najib sebagai PM setelah menyedari kerosakan yang ada. Malah, Tun bersetuju Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi PM ke 8. Alangkah baiknya kalau Tun sedar 20 tahun lebih awal, bukankah Anwar kini sudah menjadi PM, Najib tidak menjadi PM, keluarga Datuk Seri Anwar tidak perlu melalui keperitan yang berlanjutan sehingga hari ini dan rakyat tidak perlu bersusah-payah bergelut hari ini di bawah kerosakan yang dibawa oleh pemimpin-pemimpin Umno-BN pilihan Tun?
Bagi PAS, menurunkan Najib sahaja tidak cukup. Selama ini, kami menentang agar rakyat bangkit menukarkan Umno-BN dan menggantikannya dengan parti yang akan menukar sistem yang korup dan rasuah dengan dasar Islam yang diturunkan Allah untuk keselamatan negara dan rakyat yang berbilang kaum ini.
Hari ini, Tun menuduh PAS kononnya menyokong Umno kerana kecewa apabila PAS tidak mahu bersama dalam Pakatan Harapan. Kerana itu PAS dituduh, difitnah dan diserang.
Biasa PAS diserang oleh Umno, nampaknya kini bertambah satu lagi kumpulan yang bersama Umno menyerang PAS. Namun, PAS tidak gentar. Serangan-serangan ini menunjukkan betapa paniknya Tun dan PH pada kebangkitan kepada sokongan PAS ketika ini.
PAS akan terus melawan Umno di PRU14 seperti pilihanraya-pilihanraya yang lalu. Suka hatilah siapa yang ingin masuk gelanggang di kerusi-kerusi tradisi PAS untuk menjadikan ia peperangan tiga penjuru, itu hak demokrasi masing-masing.
Perjuangan PAS tidak pernah berubah. PAS meletakkan Islam di tangga teratas di dalam perjuangannya kerana ia agama yang lengkap, adil dan sempurna. Kami tidak menerima Islam hanya sekadar ibadah dan aqidah kerana Allah memerintahkan kita menganut Islam seluruhnya.
Kalau nak dituduh PAS perosak, lihatlah cermin dahulu siapa yang konsisten, siapa yang sentiasa U-turn.
Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
12 September 2017 |
|
|
|
|
|
|
|
Sokong ni bro spidey...Mungkin dia igt apa yg dia blajar tu lvl tertggi sehiggakan boleh mengkafirkan sesama umat islam yg lain.
|
|
|
|
|
|
|
|
baru aq tau ibrahim ialah tuhan |
|
|
|
|
|
|
|
Ibrahin kaki murtad membebel pun mau layan ka. Dasar pak nyanyok |
|
|
|
|
|
|
|
Walaupun aku tak berapa suka che det ni atas beberapa sebab tapi aku x setuju istilah kafir mengkafir ni. Benda ni tersangatlah dilarang dan diharamkan oleh islam. Semoga tuan ibrahim dpt bertaubat dgn segera. Sedih tengok org islam bergaduh sebab hal politik taik ayam |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin ada statement Ust yang lain tak?
|
|
|
|
|
|
|
|
Semua orang melayu suka nak jadi Tohan |
|
|
|
|
|
|
|
hanya orang islam saja dapat jejak kaki ke dalam surga. Kafir macam mana baik pun jangan harap dapat jejak kaki dalam surga. Islam insan terpilih !!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
tun jgn jadi bodoh...ibrahim nak pancing undi dgn memainkan sentimen kafir...mcm juga umno mainkan sentimen melayu dan islam...dap dgn sentimen cina...ini semua permainan org2 politik...usah bersedih tun, tun dulu pun ape kurangnya... |
|
|
|
|
|
|
|
Tahnye,sesedap je nak mengkafirkan orang,melampau |
|
|
|
|
|
|
|
@dodolgemok
Dasar gila isim nak kapirkan org kan pas ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
knp la smpai kafir mengkafirkan org |
|
|
|
|
|
|
|
kan gigih bebenor nak cek dosa pahala orang lain, menerakakan orang lain, mengkapirkan orang lain
|
|
|
|
|
|
|
|
Tuan ibrahim ni dah jadi tuhan sis |
|
|
|
|
|
|
|
lin_z replied at 19-9-2017 01:32 PM
kan gigih bebenor nak cek dosa pahala orang lain, menerakakan orang lain, mengkapirkan orang la ...
Apabila kita kapeerkan dia balik, tau pulak dia marah. Haha. |
|
|
|
|
|
|
|
Akhlaken replied at 19-9-2017 12:01 PM
hmm..aku tak nampak pun statement Ust. Tuan Ibrahim "mengkafirkan" Dr M..
Mahathir ni memang dari dulu suka play victim
Tu orng panggil dia Keling |
|
|
|
|
|
|
| |
|