View: 30504|Reply: 161
|
[Tempatan]
Satu Persatu Francais Terkenal Tutup Cawangan Di Malaysia
[Copy link]
|
|
Edited by spiderman80 at 8-7-2017 09:34 PM
KUALA LUMPUR, 7 Julai — Makin banyak jenama dan syarikat luar negara yang melabur di negara ini sejak beberapa tahun lalu terpaksa gulung tikar.
Tahun lalu, 68 cawangan bank daripada 63 institusi bank di seluruh negara ditutup, manakala 1,425 pekerja mereka diberhentikan dalam masa enam bulan.
Mungkin fakor kemerosotan nilai ringgit atau pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang membuat orang ramai lebih berjimat.
Walau apa sahaja alasan dan sebabnya, berikut beberapa francais yang ditutup:
1. Restoran Tim Ho Wan dari Hong Kong
Restoran dim sum popular ini memiliki dua cawangan di Malaysia, di pusat beli- belah Mid Valley dan 1Utama.
Digelar "restoran berbintang Michelin termurah di dunia", keuntungannya merosot RM895,642 pada tahun lalu.
Namun Tim Ho Wan masih beroperasi di Singapura, Thailand dan Filipina.
2. True Fitness dari Singapura
Pusat kecergasan ini, pada 9 Jun lalu, mengumumkan penutupan operasi di seluruh negara, sehari selepas menghentikan operasi di Thailand.
Dianggarkan 10,000 ahli terjejas ekoran penutupan cawangan di pusat beli-belah Jaya 33, Taipan Subang dan Sunway Giza.
Bekas pekerjanya mendakwa majikan gagal membayar komisyen RM66,000. Namun isu itu dilaporkan selesai pada hujung bulan lalu.
Pusat senaman itu masih dibuka di Taiwan dan China. Laman webnya mendakwa keahliannya lebih 200,000 orang.
3. Tous Les Jours dari Korea Selatan
Kedai roti ini, berilhamkan konsep Perancis, tiba-tiba mengumumkan di Facebook penutupan premis dalam tempoh tidak sampai 24 jam.
Tiada alasan diberikan sehingga mengelirukan pekerja. Ada yang menyangka ia hanya ditutup sementara selama sebulan. Namun sehingga kini ia tidak dibuka.
Ia memiliki empat cawangan sekitar Lembah Klang: Bangsar, Empire Damansara, WOLO Bukit Bintang dan Empire Subang.
Pemilikinya CJ Foodville mempunyai lebih 1,300 kedai di seluruh dunia, termasuk Indonesia, Filipina, Kemboja dan Vietnam.
4. Pumpkin Patch dari New Zealand
Jenama pakaian kanak-kanak ini menutup premisnya di sini tahun ini, bermula di Mid Valley pada Mac dan terakhir di 1Utama pada Mei.
Syarikat pemiliknya menanggung hutang NZ$80 juta (RM250 juta).
5. Delifrance dari Perancis
Mula beroperasi di Malaysia sejak 1990, dengan 20 cawangan kedai roti dan kafe di seluruh negara.
Pada 2013, ia menjenamakan semula sebagai Delifrance Bistro, namun pada 2016, jenama itu menutup semua operasinya.
Dimiliki syarikat Grands Moulins de Paris, ia memiliki ratusan francais di 20 negara.
6. Beg tangan dan aksesori Paris Hilton dari Amerika Syarikat
Jenama milik pewaris Hotel Hilton ini mula bertapak di Malaysia sejak 2008 di beberapa premis di Lembah Klang termasuk Pavilion Kuala Lumpur.
Selepas bintangnya mula malap, jenamanya tidak lagi dianggap barangan mewah dan mula dijual di Parkson dan Sogo.
Laman Facebook rasminya berhenti memuat naik promosi barangan terkini pada 2014. Namun barangan itu masih boleh didapati di gedung dalam talian Lazada.
7. Bulgogi Brothers dari Korea Selatan
Restoran barbeku ini kelmarin mengumumkan penutupan operasinya di premis terakhirnya di pusat beli-belah Paradigm, Petaling Jaya.
Bertapak sejak 2012, ia tidak menyatakan sebab penutupannya. Namun restoran itu masih boleh didapati di Seoul, Filipina dan Kanada. |
|
|
|
|
|
|
|
biasalah bisnes competition..byk lagi brand franchiser baru timbul, latest demand better quality etc.. |
|
|
|
|
|
|
|
boleh tahan bimbo jua penulis artikel ini. nak kencing acik2 kepam felda pprt bimbo boleh la dek
pumpkin patch, trur fitness itu bukan hanya katup di ibu pertiwi.
|
|
|
|
|
|
|
|
biasa lah batak2 politik ini. takat tulis artikel untuk kencing acik2 kepam bimbo felda pprt boleh la dek....
nak kencing weols2 yang reti membaca memang tak lah dek...
wrong target kekdahnya
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Changa at 7-7-2017 12:57 PM
delifrance itu sebelum GST pun dah sendu teramat...penutupan heshe takde kaitan dengan GST pun, dah business heshe tak boleh nak keep up with current trend kekdahnya...
yang lain2 kedai kpop jah yang hanya di buka di few places....tak semua ummah suka cekik makanan kpop ini, dan kedai kpop bersepah2 baharu buka merata tempat...banyak kompetensi untuk kategori kedai kpop ini.
tim ho wan cater untuk oriental yang makan babi jah dan hanya di buka di certain places.
din tai fung ok jah walaupun cater untuk pemakan babi jua, siap nak buka dint ai fun versi non babi di KLCC, entah dah buka atau belum.
|
|
|
|
|
|
|
|
who r yuss.. x glemer pun brand2 nih..paris hilton?? almost expired dah ..zaman2 party girl dah berlalu |
|
|
|
|
|
|
|
sheols pun dah sejuk beku
|
|
|
|
|
|
|
|
entahnya
tajuk thread francais terkenal
tapi aku tak rasa terkenal pun
tim ho wan tu orang cina malaysia pun tak lalu nak makan. tak kena tekak. overprice macam bulgogi brothers tu juga
|
|
|
|
|
|
|
|
The Nature Republic pun nk tutup. Ada sale tutup kedai.
Yves Rocher tutup kedai. Shower gel best mcm TBS.
|
|
|
|
|
|
|
|
patut kt OU tgk dah tutup ramai je org mkn kt situ.
igt renovation rupanya tutup
Restoran Tim Ho Wan dari Hong Kong
ni pun dh tutup lama kt OU
dulo igt dorang pindah lot lain dlm OU
|
|
|
|
|
|
|
|
cash la kedai ni. gaji rm1000 kjer 6 hari smggu rules mcm celaka. pastu korg ckp pkeja pmalas |
|
|
|
|
|
|
|
sekiranya eknomi negara bagus, francais francais ini tidak akan mengalami penutupan
rakyat sekarang hidup susah sangat di bawah pemerintahan barisan nasional
semalam kerajaan naikkan lagi harga minyak
di kala rakyat mengalami kesusahan, kerajaan naikkan harga minyak sesuka hati
selepas itu rakyat tidak memiliki wang lagi untuk berbelanja seperti dahulu
sekarang mahu pergi francais ini, akan dikenakan gst lagi
mana rakyat mahu ambil duit lagi
tidak hairan selepas ini kfc, mcdonald juga akan menutup sebahagian branch mereka kerana rakyat sudah tidak lagi mampu berbelanja seperti dahulu
|
|
|
|
|
|
|
|
sekarang trend di resto kpop adalah ayam cicah dengan cheese ke apa babi gitu..
so banyak dah kedai2 kpop yang tukar menu offer ayam cicah cheese ini pulek...
nak survive kena la ikut trend kpop terkini la kot??
|
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik tak gigih gi beratur jugak...
tengok ramai org share kat socmed best in town lah apa lah...
takut nanti jadik macam hokaido cheese cake tu.. nyesal je beli. tak sedap
|
|
|
|
|
|
|
|
Dlm byk tu iol kenal delifrance dgn true fitness je sis...
Delifrance tu pernah mkn 2 kali seumur hidup dan tak sedap...lasagne tu dipanaskn sampai keras kejung....dan roti pun x sesedap mana....iol buat sendiri lg sedap
Seeloknya tutup kalau tak mahu improve quality of the dishes.... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by chazey at 7-7-2017 01:37 PM
Changa replied at 7-7-2017 01:18 PM
franchise2 oriental ini patah tumbuh hilang berganti sangat....
banyak jah franchise2 yang konon ...
Din Tai Fung itu sedap sangat Xiao Long Bao deyol. Mudahan buka la restoren deyol versi halal then ada Xiao Long Pao halal. Dah lama tak mencekik Xiao Long Bao sejak masuk Islam.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
shuk_one replied at 7-7-2017 01:27 PM
nasib baik tak gigih gi beratur jugak...
tengok ramai org share kat socmed best in town lah apa l ...
Tak sedap ye Hokaido cheese kek tu? Padahal pemes nak mampus.
Tapi akak suka Hokaiddo cheese tart. Setakat ni suma flavour sedap (ori, coklet, durian). Brand ni lokal punya kan, takda kaitan dengan Jepon pon.
|
|
|
|
|
|
|
|
din tai fung memang nak buka versi non babi di KLCC pun.
tak pasti dah buka ke belum. bulan puasa hari itu belum buka lagi
|
|
|
|
|
|
|
| |
|