CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25252|Reply: 135

[BEST]Story dari Didi

[Copy link]
Post time 12-6-2017 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by BabeYSHa at 10-7-2017 12:29 PM

Asalamualaikum. Di bulan yang mulia ni teruskan puasa anda dengan jayanya. Jangan nanti ada kucing hitam try buka peti ais atau tudung saji  

Kisah yang aku nak share ni biasa-biasa je tak tahu lah boleh buat korang seram ke tak pape pun baca jelah dulu  

1. Budak Merket

Dulu lepas spm, sempat lah aku kerja dekat sebuah pasar raya ni. Aku rasa happy je keje situ sebab kawan-kawan okay gaji okay kecuali bos aku.

Macam aku cakap tadi bos aku ni memang tak okay. Sebab aku kerja part time je, dia suka push budak-budak part time ni buat kerja lebih. Kalau gaji lebih takpe juga. Tapi dah namanya kerja selalu aku dengan kawan aku si Zati ikutkan je

Satu hari kami kena shift malam. Selalu pukul 11 dah boleh balik. Tapi malam tu bos aku tetiba suruh aku , si zati dan kak wani untuk cek balik stok kat stor. Terdengar lah keluhan-keluhan dari kami tapi aku tarik jugak diorang sebab lagi awal start lagi awal kita balik.

So aku pun syok lah kira.... Tanda. Kira.... Tanda macam yang lain juga. Tiba-tiba hidung aku menangkap bau yang harum.
Bau ni bukanlah bau minyak wangi dari si zati atau kak wani. Bau diorang dah tengik . Tapi macam bau bunga pun ada tapi wangi lah alah korang bayangkanlah sendiri.

Di sebabkan kami bertiga pun rasa tak best so kami buat keputusan untuk chow je dari situ. Lagipun bos dah balik. Yang tinggal kami yg ada dalam bilik stor dan dekat office je tinggal.

Tengah kemas-kemas nak belah, terdengar lah bunyi "Hehehehe" oh mendayu sungguh ketawa tu. Terus kami lari lepas dengan ketawa tak best tu.

Esoknya si zati demam dengan aku. Tapi kak wani steady je tak demam yelah dia dah lama hidup kami ni baru lagi. Seminggu lepas tu aku and zati berhenti kerja. Lagipun tak tahan dengan bos selalu kena buli.

Okay tu je story aku dulu kalau ada yang berminat aku sambung lagi

crdidi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2017 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
didi ada sixth sense ke. mcm bez je.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2017 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
aqua_marine replied at 12-6-2017 02:31 PM
didi ada sixth sense ke. mcm bez je.

Taklah aku takde sixth sense kadang2 je boleh nampak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2017 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
2. Emas Jawi

Aku ni lahir kat KL tapi membesar kat Perak sebab mama aku orang Perak. Mujurlah aku sempatlah jumpa dengan arwah Opah aku ni. Sebab masa umur aku 13 Opah meninggal.

Opah aku ni banyak barang kemas. Baju kebaya pun banyak. Tu belum campur lagi koleksi pinggan mangkuk dia yang banyak tu. Tapi apa aku nak cakap pasal barang kemas Opah aku ni.

Setiap barang kemas Opah aku ni dari gelang ke rantai ke cincin semua ada huruf jadi. Aku pun tak tahu lah macam mana boleh terukir huruf jawi tu.

Masa aku kecik-kecik dulu kalau Opah suruh aku ambilkan barang dia dalam bilik dia dapatlah aku tengok-tengok barang kemas tu. Siap belek-belek lagi sebab Opah simpan dalam laci je dalam kotak kayu.

Tapi sampai sekarang aku pun tak tahu maksud perkataan jawi tu. Sebab aku tengok huruf dia macam jawi tapi bukan jawi. Aku pun boleh baca sikit-sikit je jawi ni.

Tapi yang pasti emas-emas Opah ni telah timbulkan masalah dikemudian hari.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2017 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by didiandkids at 12-6-2017 07:24 PM

Malam sikit lagi aku update lagi
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2017 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Teruskn cerita lg dik.... Da ok da cerita tu..... Sekarang pun mps sgt ketandusan cerita2 yang best
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-6-2017 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Didi kg perak katne. Xsabar nk tggu sambungan brg kemas tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2017 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
seeri_7843 replied at 12-6-2017 08:49 PM
Teruskn cerita lg dik.... Da ok da cerita tu..... Sekarang pun mps sgt ketandusan cerita2 yang best

Terima kasih kak cerita saya pun bukan best mana tapi tu lah rindu cerita dari the flash jc alah macam2 lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-6-2017 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
mr_cool5885 replied at 12-6-2017 10:07 PM
Didi kg perak katne. Xsabar nk tggu sambungan brg kemas tu.

Hahhh mana leh gitau kampung kat mana kantoi lah nanti   
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2017 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
3. Harta

Macam aku ceritakan dalam cerita "Emas Jawi" kewujudan emas wasiat.Diketahui oleh semua orang. Sebelum tu aku nak listkan anak Opah aku ni

Mak Yong
Mak Ngah (Mama aku)
Pak Nyah
Mak Cu
Pak Co

Opah aku ada 5 orang anak. 3 lelaki 2 perempuan.

Sebenarnya Atuk and Opah aku ni macam orang berada lah juga ada tanah ada emas. Diorang duit mana ada simpan dekat bank. Simpan dekat rumah. Diorang berpegang "Cash sikit Emas banyak" .

Pernah juga Anak-anak opah aku ni fikir, apa jadi kalau Opah and Atuk aku meninggal? Sebab diorang rasa Atuk aku tak buat wasiat. (Time ni lah)

Mak Yong aku dengan gelak-gelak cakap "Nanti emas tu Yong cop dulu hahaha"

Di takdirkan Atuk aku meninggal. Masa tu umur aku 12 tahun. Atuk meninggal dekat rumah. Meninggal dalam tidur. Kebetulan keluarga kami balik kampung jenguk diorang. Siang esoknya tengok Atuk dah takde.

Opah aku pun sedih lah. Mengalir je air mata dia. Selalu Opah kecoh bising kat aku sebab bangun lewat tak pun anak dara pemalas tapi buat kali pertamanya Opah dia cuma diam.

Anak -anak semua balik. Malam tu lepas tahlil semua duduk-duduklah dekat ruang tamu. Senyap je yang bising pun budak-budak. Opah aku dah selamat tidur dalam bilik.

Tengah senyap-senyap tu ada suara yang berbunyi

"Arwah takde wasiat apa-apa ke?" tanya Ayah Wek aku aka laki Mak Yong aku

To Be Continue...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2017 07:30 AM | Show all posts

sila sambung cepat ye tt

i perasan kan byk betul pengalaman seram dari org2 perak. i pon half perak dari belah mak, tp x pernah dok sana so xde la pengalaman
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2017 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
TT sila sambung. Ai setia menanti.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2017 11:12 AM | Show all posts
greantea replied at 13-6-2017 07:30 AM
sila sambung cepat ye tt

i perasan kan byk betul pengalaman seram dari org2 perak. i po ...

i jugak org Perak..memang perak ni mistirius, negeri besar, byk hutan,negeri banyak raja2 Melayu yg dulu2 berdaulat..banyak pantang,banyak petua..jin banyak kot..kampung I sendiri kalau 10 org tu..1 org mesti pernah jumpa paranormal ni..(paling busuk..penanggal), tapi seumur hidup x penah pulak I jumpa, tp cerita adikberadik, kawan2..macam2

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2017 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
greantea replied at 13-6-2017 07:30 AM
sila sambung cepat ye tt

i perasan kan byk betul pengalaman seram dari org2 perak. i po ...

I pon sama pernah la duk Ipoh umh sis..walaupon Ipoh yg bandar tu pon ttp scary..dont know why???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2017 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
4. Rebut

"Arwah takde wasiat apa-apa ke?" tanya Ayah Wek aku aka laki Mak Yong aku

Terus muka adik beradik Mama aku berubah.

"Eh Abang ni awal lagi kalau kita nak berbincang pasal ni tanahnya pun merah lagi terasak mak nanti" Pak Nyah memang tak senang dengan pertanyaan Ayah Wek aku.

Ayah Wek cuma senyum dan terus menyalakan rokoknya macam perkara tadi takde berlaku.

3 hari kenduri tahlil dibuat berturut-turut. Malam tu Opah kata dia akan bacakan wasiat yang Arwah Atuk tulis masa dia hidup dulu. Wasiat tu hanya diberitahu oleh Arwah Opah.

Menurut Opah, harta hanya akan dibahagikan selepas Opah pun dah meninggal dunia.

Mak Yong aku muka dia macam tak puas hati tapi dia laki bini tu diam je.

(Aku skipkan cerita ni sebab kisah ni sebenarnya panjang gila. Aku skip terus ke time arwah Opah meninggal)

Dipendekkan cerita, beberapa bulan selepas tu arwah Opah aku meninggal sebab serangan jantung. Meninggal dekat rumah juga.

Lepas arwah Opah meninggal, Mama masuk bilik diorang nak cari surat yang Opah dah pesan.

Malam tu bila semua dah berkumpul Pak Nyah aku baca isi wasiat yang ditulis oleh arwah Atuk aku tu

Isinya
1. Mak Yong aku dapat 1 Tanah dan 5 barang kemas Opah aku
2. Mama aku dapat 1 Tanah dan 5 barang kemas Opah aku
3. Pak Nyah aku dapat geran Rumah Atuk dan Opah, dan 3 barang kemas Opah aku
4. Mak Cu dapat 8 barang kemas Opah
5. Pak Co aku dapat 1 tanah

Manakala barang-barang pusaka lain bahagi sama rata.

Mak Yong aku macam tak puas hati dan dia kata "Kenapa kamu pula yang dapat geran Nyah. Aku ni anak sulung"

"Tapi Yong, aku ni anak lelaki sulung. Mungkin abah ikut faraid"

"Ahh takde faraid faraid memang tak adil betul"

Malam tu tu juga Mak Yong and family belah.

Tak lama lepastu apa yang aku curi-curi dengar dari perbualan Mama and Ayah, Mak Yong aku dah bergaduh dengan Pak Nyah aku. Teruk sampai suami Mak Yong nak tetak Pak Nyah.

Lepas tu konflik ni senyap sampailah

Keluarga Pak Nyah datang rumah minta bantuan...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2017 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by didiandkids at 13-6-2017 04:11 PM

Guys sorry ler lambat update in sha Allah malam ni aku try sambung lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-6-2017 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pun tak tahu kenapa negeri perak ni banyak misterinya dekat sri iskandar pun aku dah penah terkenahaish banyak lagi lah nanti aku citer
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2017 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Huhh..... Harta puSAKA mmg berat... Mmg da byk sgt kes adik beradik berantakan sbb harta pusaka ni....
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2017 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Menarik penceritaannya... i follow.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2017 09:51 AM | Show all posts
wah..cliff hang
tertanya-tanya pulak apa jadi seterusnya
suspen pun ada
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 12:12 PM GMT+8 , Processed in 0.381149 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list