CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4331|Reply: 25

KEJAM!Mati Dibunuh & Dirogol Lelaki Menyamar Jadi Wanita – Mayat Budak Lelak

[Copy link]
Post time 9-6-2017 08:25 AM | Show all posts |Read mode
Kanak-kanak sekarang terdedah dengan pelbagai jenis jenayah yang menakutkan. Jadi tak hairanlah kalau kebanyakan ibu bapa mula mendidik anak-anak untuk tidak mengikut orang yang tak dikenali.
Lain pula yang terjadi kepada Azan Majid Janjua, 11 tahun apabila dia ditemui mati dalam keadaan tidak berpakaian. Lebih pilu, apabila mayatnya berada disebelah Al-Quran miliknya sendiri.
Suspek pakai burka untuk tarik perhatian mangsa.
Menurut Daily Mail, suspek yang menyamar sebagai wanita kerana dia tahu takkan ada kanak-kanak yang akan mengikut mana-mana lelaki tak dikenali di Abu Dhabi. Tertuduh berasal dari Pakistan dilaporkan dikenali keluarga mangsa. Suspek boleh dikenakan hukuman mati jika didapati bersalah merogol dan membunuh.

Dia dituduh merogol sebelum mencekik mangsa hingga mati dengan tali selepas mengambil Azan dari solat terawih di masjid. Azan kemudiannya dilaporkan hilang minggu lalu selepas gagal pulang dari masjid.
Mayat Azan ditemui bersama Al-Qurannya.
Jenazah Azan ditemui oleh juruteknik penghawa dingin di atas bumbung bangunan di mana dia tinggal. Dia dilaporkan terbaring tanpa pakaian dengan Quran di sisinya. Suspek ditahan dalam tempoh 48 jam selepas penemuan mayat itu.
Menurut pihak polis, penahanan dibuat selepas bukti forensik mengaitkannya dengan jenayah itu. Pihak polis enggan mendedahkan apa-apa maklumat lanjut berkaitan suspek atau mangsa.
Tempat mangsa ditemui terbaring. Di bangunan yang sama mangsa tinggal bersama bapanya.
Arwah sangat gembira pada hari tersebut.
Bapa Azan, Dr Majid Janjua, 38, memberitahu pemberita tempatan bahawa anaknya bukan seorang yang suka ikut orang tak dikenali.
Dia tidak pernah pergi ke luar tanpa kebenaran kami. Ini adalah takdir ketentuan Allah. Kita perlu menerimanya.
Ibu kanak-kanak itu difahami tidak tinggal di Abu Dhabi itu tetapi ada datang melawat pada masa kejadian itu, yang berlaku pada minggu pertama bulan Ramadan. Dr Janjua mendedahkan bahawa anaknya bersemangat tentang agama dan sangat bersemangat pada hari yang dia dibunuh.
Dia bangun awal pagi dan bersahur dengan kami. Kami pergi untuk solat Subuh di masjid dan dia berada dalam keadaan sangat gembira.
Jika didapati bersalah, suspek akan dihukum bunuh oleh skuad penembak Abu Dhabi jika disabitkan bersalah membunuh dan rogol di Emiriah Arab Bersatu. Walau bagaimanapun, hukuman mati jarang diturunkan, dan orang-orang yang diturunkan sering diringankan kepada penjara seumur hidup.


Kredit : The Daily Mail/ ohbulan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2017 08:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Allahu...do disturbing
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2017 08:42 AM | Show all posts
Ya Allah..
buat aku terasa nak maki org jerk..
adoiiii..abis pulak posa aku nnti..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2017 08:45 AM | Show all posts
haryatie replied at 9-6-2017 08:42 AM
Ya Allah..
buat aku terasa nak maki org jerk..
adoiiii..abis pulak posa aku nnti..

kita membenci sesuatu perbuatan yang di benci Allah xpa
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2017 09:14 AM | Show all posts
budak ni pompuan ke lelaki..nama mcm lelaki. tapi kalu lelaki istilahnya diliwat kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2017 09:16 AM | Show all posts
matchstick replied at 9-6-2017 09:14 AM
budak ni pompuan ke lelaki..nama mcm lelaki. tapi kalu lelaki istilahnya diliwat kan

gambar lelaki.. salah penulisan kot.. ambil dr ohbulan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-6-2017 09:18 AM | Show all posts
Dia tidak pernah pergi ke luar tanpa kebenaran kami. Ini adalah takdir ketentuan Allah. Kita perlu menerimanya.


baca dek acong ayat ni naik seh lah monyet ateis tu membahan orang beragama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2017 09:21 AM | Show all posts
Edited by jointhecurse at 9-6-2017 09:22 AM
matchstick replied at 9-6-2017 09:18 AM
baca dek acong ayat ni naik seh lah monyet ateis tu membahan orang beragama

dia suka provoke ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2017 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
jointhecurse replied at 9-6-2017 09:21 AM
dia suka provoke ke?

Iyer...sehari 2-3 kali kena banned. Dh capai tahap lava dh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2017 09:26 AM | Show all posts
matchstick replied at 9-6-2017 09:23 AM
Iyer...sehari 2-3 kali kena banned. Dh capai tahap lava dh

xyah di layan oran gtu.. attention seekers tu.. wpn xtahu pn spa dia.... im new jgk kt forum
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2017 10:10 AM | Show all posts
kuatkanlah hati akak utk tidak memaki si perogol

semoga tenang di alam sana Azan
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2017 10:48 AM | Show all posts
Tertekan baca news mcm nie, nak tenangkan hati, fikir budak tu ahli syurga je  
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2017 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah..sedihnya hati mak bapak kalau anak temui ajal cara mcm ni.. Semoga anak2 kita dilindungiNya dr kejahatan2 manusia yg mcm syaitan perangainya..Aamin..
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2017 11:32 AM | Show all posts
jointhecurse replied at 9-6-2017 09:26 AM
xyah di layan oran gtu.. attention seekers tu.. wpn xtahu pn spa dia.... im new jgk kt forum

ORG XDE LIFE MCM TU LA
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2017 12:29 PM | Show all posts
Semoga syurga tempatmu, dik.

I tak boleh nak comment pasal perogol ni, semua carutan bakalan keluar .
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2017 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab itu ada negara yang mengharamkan pemakaian burka/purdah...tapi disalahguna makhluk2 lahanat macam ni:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2017 01:49 PM | Show all posts
Kejamnya perbuatan.  Sebab tu ada sesetengah negara mengharamkan pemakaian burka ni kerana ramai penjenayah berpakaian sebegitu untuk mengaburi mata orang awam
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2017 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian nye budak tu... Lelaki tu sangap Sgt... pg cari pelacur la
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2017 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Adoi.. Bikin murung baca berita begini..
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2017 06:24 PM | Show all posts
Kesiannya kanak-kanak ini.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54094 Replies : 8
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54264 Replies : 2
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 43427 Replies : 450
Tak bayar cukai budaya kito, lebih 200 ribu orang disekat ke luar negara
maklukpenggodaTak bayar cukai budaya kito, lebih 200 r
Views : 38640 Replies : 26
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 50035 Replies : 164
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 145804 Replies : 2469
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39558 Replies : 48
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 276652 Replies : 8079
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38725 Replies : 32
Pulau Pinang jadi pusat perumahan mampu milik terbesar di Malaysia
AbahmungPulau Pinang jadi pusat perumahan mampu
Views : 42900 Replies : 1

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 02:24 PM GMT+8 , Processed in 0.382947 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list