CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5752|Reply: 35

Kerana lovebite, remaja 17 tahun arwah lepas kena hisap dileher oleh aweknya

[Copy link]
Post time 16-2-2017 04:42 PM | Show all posts |Read mode



Saat yang paling indah di dalam hidup ini adalah apabila disayangi dan menyayangi. Perasaan cinta dari dalam dada hanya untuknya yang sentiasa dicintai dan menyintai.

Sukarnya untuk diungkap betapa rasa cinta itu ikhlas seikhlasnya kepada dia yang disayangi. Alangkah indahnya hidup ini jika kebahagiaan itu berpanjangan sehingga ke akhir nafas cinta.

Namun, sayang seribu kali sayang apabila kebahagiaan itu tercipta hanya sekejap cuma apabila cinta itu kini tiada lagi dan pergi secara tiba-tiba tanpa tanda-tanda yang diberi.

Begitulah akhirnya kisah cinta satu pasangan yang saling mencintai daripada Mexico ini. Apabila gigitan cinta diberi, seorang remaja lelaki telah maut akibat mengalami kekejangan apabila selesainya majlis makan malam bersama teman wanitanya,

Doktor dan petugas paramedik telah mengesahkan bagaimana gigitan cinta yang dilakukan oleh teman wanita Julio Marcias Gonzales, 17, telah menyebabkan saluran pembuluh darah Gonzales mengalami pembekuan sehinggakan aliran darah untuk pergi ke bahagian otak tidak lagi berfungsi.

Akhirnya Gonzales gagal diselamatkan apabila dia juga diserang strok sebelum dia disahkan telah meninggal dunia.

Ekoran kejadian ini, kekasihnya tidak dapat dikesan dan dipercayai telah menghilangkan diri kerana kecewa yang amat sangat apabila ibu bapa Gonzales menuduhnya yang menyebabkan kematian anak mereka.

New Zealand Medical Journal juga telah melaporkan bahawa kes kematian akibat ‘love bite’ atau gigitan cinta ini bukanlah kes pertama yang terjadi. Doktor Teddy Whu mengatakan dia pernah juga merawat kes sebegini akibat daripada gigitan cinta dan mengalami strok seketika sebelum meninggal dunia.

Berita ini mungkin sukar dipercayai oleh sesiapa sahaja tetapi jangan memandang remeh perkara seperti ini yang boleh mengakibatkan kematian.

Kepada mereka yang sedang cuba-cuba untuk melakukan gigitan cinta, anda disarankan harus berhati-hati kerana malang tidak berbau.



Sumber: Remaja.my


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2017 04:52 PM | Show all posts
aweknya ponti anak
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
bercinta dengan vampire ke
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 05:01 PM | Show all posts
kalau dah bodoh takde skill nk buat lovebite tp gigih gak nk buat ...dpt plak bf penakut..dah sakit pun masih rela digigit awek gila....biarla mati dr kena tengking dgn awek
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 05:07 PM | Show all posts
love bite ni memang gigit bebetul ke?
maaflah even dah kahwin tapi aku tak reti pasal ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2017 05:31 PM | Show all posts
sabar_sabariah replied at 16-2-2017 05:07 PM
love bite ni memang gigit bebetul ke?
maaflah even dah kahwin tapi aku tak reti pasal ni



gigit sikit je tapi sedut kuat2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-2-2017 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Ahh menakutkan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
chacon replied at 16-2-2017 05:31 PM
gigit sikit je tapi sedut kuat2

Amboi..berpengalaman nampak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2017 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian jugak diburu mak apak kekasih. Niat dihati asal nak sayang menyayang jer..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
aduiii sakitnyaa nengokkkk
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 12:25 AM | Show all posts
Sia-sia hidup dek! Macam takda sebab lain pula mati.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Nk meyedut sgt, sedutlah kt tmpat lain..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 08:18 AM | Show all posts
chacon replied at 16-2-2017 05:31 PM
gigit sikit je tapi sedut kuat2

tak gigit pun tak apa just sedut je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2017 10:00 AM | Show all posts
ninnakarinna replied at 16-2-2017 05:43 PM
Amboi..berpengalaman nampak..



xpernah buat pun. baca trid kat bod pendidikan seks je
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 10:01 AM | Show all posts
singlemum_4 replied at 17-2-2017 08:18 AM
tak gigit pun tak apa just sedut je

kepit dgn bibir pastu sedut
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2017 10:02 AM | Show all posts
singlemum_4 replied at 17-2-2017 08:18 AM
tak gigit pun tak apa just sedut je



kalau x gigit warna lovebite jadi x pekat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2017 10:04 AM | Show all posts
Tak sangka benda yang dianggap remeh macam 'love bite' boleh menyebabkan kematian
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Wahh2...bnyk plak tips nk create love bite yerrr..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 11:50 AM | Show all posts
Nasib le dapat GF vampire KO terus
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 11:58 AM | Show all posts
byk kali juga yea kes mcm ni terjadi
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 11:53 PM GMT+8 , Processed in 0.067588 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list