CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8473|Reply: 50

Ayah sendiri suruh menikah gunakan wali hakim. acano ?

[Copy link]
Post time 8-1-2017 06:05 PM | Show all posts |Read mode
Edited by annfarmine at 10-1-2017 02:59 PM

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Saya ingin berkongsikan sedikit permasalahan yang agak berat dan memerlukan pandangan kalian .
Kisah keluarga saya memang rumit. Tapi harap ada yang sudi baca dan bantu.

Ibu dan ayah saya sudah berpisah, sejak saya berusia 5 bulan dalam kandungan ibu. Ayah sudah pun berkahwin lain. Dan memiliki anak dengan isteri yang baru. Walaubagaimanapun, sebagai seorang ayah, dia tetap memberikan wang dan keperluan kepada saya dan ibu daripada A-Z. Nak makan ke, holiday ke, kereta ke semua lengkap. Cuma saya tidak ayah disisi untuk melihat saya membesar depan mata dia. Setahun saya jumpa ayah sekali je untuk 5 minit. Dia jenguk sekejap jumpa saya. Saya ada adik perempuan, beza umur setahun je. Hasil daripada ibu yang berkahwin dengan ayah masa ibu mengandungkan saya. Tapi, apabila dah besar. Umur saya 20an. Ayah terbuka hati untuk panggil saya bekerja dengan dia. Mula mula ayah kekok dengan saya. walaupun anak tapi macam tak anak sangat la kan, dia lagi rapat dengan staff yang lain. Lain lah adik perempuan saya, memang kesayangan ayah. tapi saya redha. sebab memang dia berhak mesra dengan ayah sebab dia besar dengan ayah.

Namun, lama kelamaan ayah mula membuka mata apabila dia lihat saya bekerja. Ntah. Banyak siapkan kerja dia kot? Jadi, ayah semakin rapat dengan saya. Tapi, ini mengundang cemburu adik perempuan saya tadi. Tak lama lepas tu, ayah pula mula menaruh kepercayaan yang tinggi kepada saya. Jadi, 24 jam jugaklah kalau ada apa apa hal masalah kerja, ayah cari saya. Adik jadi makin tak puas hati. Ayah cakap adik masih sambung belajar, takpayah campur tangan dalam urusan pejabat ayah. Nanti bila dah graduasi, bolehlah nak gantikan tempat saya. Tapi, dia masih lagi bagitahu saya, apa apa hal ofis biar dia yang uruskan. Jumpa client  ke apa. Akhirnya malas bertelagah, saya berhenti kerja. Saya tenang buat kerja ditempat baru. Tapi, adalah pula adik ni buat cerita dekat ayah yang bukan bukan pasal saya. Mula-mula ayah tak percaya. Sebab 2 tahun saya kerja dengan ayah. Ayah tahu sifat saya.

Namun, mungkin Allah ingin menduga. Lama-lama apa yang  Ayah mula berubah. Bila saya telefon tanya khabar dia seolah olah taknak bercakap lagi. kalau dulu sangat mesra. sekarang kembali macam orang asing. macam tak suka saya lagi dan marah. tapi taknak cakap kenapa. Takkan adik mencucuk teruk sangat kan.

Tapi yang pasti, sebelum ni saya pernah menyatakan hasrat pada ayah saya nak berkahwin. Sebelum ayah berubah perangai la. Dia sangat gembira dan happy. Malah merestui. Tapi beberapa hari lepas, ayah memaklumkan pada kenalannya yang saya juga kenal. Aku enggan mewalikan anak aku. Suruh dia gunakan wali hakim.  Mereka terkejut kenapa ayah boleh buat statement macam tu tiba tiba. Takda hujan takda ribut. Aku cuba menelefon dan sms ayah. Tapi tiada jawapan. Aku redha jika takdir aku terpaksa gunakan wali hakim. Sebab aku sedia maklum keadaan aku dengan ayah macam mana. Tapi, aku risau ... apakah penerimaan bakal ibu mertua dan keluarganya. macam mana harus saya jelaskan. Sekarang baru bulan Januari. Perkahwinan pada disember. Patutkah saya apply je untuk permohonan wali hakim. atau tunggu dulu ..... ?



Maaf kalau ada tersilap bicara. Saya masih setahun jagung.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2017 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Kawan aku masa kawin kt perak..ayah dia pn xwalikan dia...xtahu kenapa..tp sign borang semua ok jer...sbb aku dgr masa akad nikah..berwalikan hakim padahal ayah dia ada jer..rasanya xsusah kot n mesti ada reasonable excuse
Bagi aku la tt..yg lepas tu lepas..future ko lbh penting.. try pi pejabat agama tanya dgn details..n cuba infm bakal suami secara baik.Insha Allah depa boleh terima
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2017 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya ada adik perempuan, beza umur setahun je. Hasil daripada ibu yang berkahwin dengan ayah masa ibu mengandungkan saya.

Tak faham ayat ni..tt anak x sah taraf ke?
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2017 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 8-1-2017 07:10 PM
Saya ada adik perempuan, beza umur setahun je. Hasil daripada ibu yang berkahwin dengan ayah masa ib ...

Agaknya dia nak kata, mak tiri dia kawen dgn ayah dia waktu mak kandung dia tgh ngndungkan dia...pendek kata, ayah dia kahwin dgn bini muda time bini tua tgh pregnant...mcm king coco crunch dgn zura, bini kapt azrin tu....tu yg TT dgn adik dia cuma setahun..TT dgn adik dia tu berlainan ibu..omg...gigih i explain..correct me if im wrong
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2017 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
TT,mcm forumer atas ckp..gi tny pejabat agama.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2017 07:26 PM | Show all posts
awaynepian replied at 8-1-2017 06:42 PM
Kawan aku masa kawin kt perak..ayah dia pn xwalikan dia...xtahu kenapa..tp sign borang semua ok jer. ...

Thanks. itulah. kalau ayah cakap sesiap apa masalahnya. ok lah. ini just cakap taknak. thats it. siap bgtau suruh ambik wali hakim.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-1-2017 07:27 PM | Show all posts
krustykrab replied at 8-1-2017 07:10 PM
Saya ada adik perempuan, beza umur setahun je. Hasil daripada ibu yang berkahwin dengan ayah masa ib ...

Bukan anak tak sah taraf lah...

ayah mestilah dah kahwin dengan mak saya. tapi.. masa mak pregnantkan saya. dia pergi kahwin lain.

macam kes nora danish ler...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2017 07:27 PM | Show all posts
exclusive_vvip replied at 8-1-2017 07:22 PM
Agaknya dia nak kata, mak tiri dia kawen dgn ayah dia waktu mak kandung dia tgh ngndungkan dia...p ...

yes correct. kes nora danish dgn jejai juga...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-1-2017 07:30 PM | Show all posts
exclusive_vvip replied at 8-1-2017 07:24 PM
TT,mcm forumer atas ckp..gi tny pejabat agama.

Memang pun. next week nak pergi pejabat agama ttg prosedur. cuma saja tanya pendapat umum. perlu ke saya buat dari sekarang (januari) memandangkan perkahwinan pada bulan disember. (sebab saya tak pasti proses berapa lama nak settle. sebab tarikh dah ada)

atau pun tunggu bulan jun macam tu,. dengan hrapan masa tu ayah pun dah berubah fikiran. tp manalah tahu masa tu ayah ttbe masih tak berubah fikiran., dan proses ambil masa 7 bulan. masakkkk~ tu yg tanya pendapat uolls.

lagi satu pendapat macam mana nak cakap dengan keluarga mertua ni pun satu hal jugak. sebab sebelum ni ayah restu. so mmg dah bgtau mertua semua ok, ttbe tak ok. tak tau mcm mana nak cakap.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2017 07:35 PM | Show all posts
exclusive_vvip replied at 8-1-2017 07:24 PM
TT,mcm forumer atas ckp..gi tny pejabat agama.

sebab dah sempat bertunang.


worst case scenario pun. mak mertua suruh putus jela kan. tak sanggup menantu pakai wali hakim ke apa.
kalau baik. dia takdela suruh putus malah terima seadanya. tp tu lah. macam mana nak susun ayat ni... satu hal .
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2017 07:36 PM | Show all posts


pilih patung mana nak akak voodokan dia

kalau ikut hati akak nak tolong voodokan adk tt.  

akak rendam patung voodo dalam jus kocok2 dan serbuk qu puteh

sihir memang realiti masyarakat , jangan terkesima..

jumpa ustaz dan buat solat hajat.. sihir balas sihir  tak de beza

balaslah sihir dengan usaha berubat, solat, doa, sedekah..

sabar ye tt.. ni tanda Allah sayang tt.

Allah sayang aku, jadi Allah nak beri aku hadiah ganjaran lebih elok pada masa tidak lama lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2017 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
annfarmine replied at 8-1-2017 07:30 PM
Memang pun. next week nak pergi pejabat agama ttg prosedur. cuma saja tanya pendapat umum. perlu k ...

kesian kamu...i pun xtau amik masa berapa lama..tapi penah la sedara iols buat gini..bapa balik utk settle psl kebenaran sumer tu..tapi hari nikah, bapanya tak balik...diorg dh settle kan awal2..tp jangkamasa berapa bulan sebelum nikah tu, iols taktau pulak..

Kata lah u n ur father dh settle psl prosedur tu, tup2 ur father brubah hati..last minute dia nak ada sekali time nikah tu, rasanya xde masalah kot..cuba tanyakan sekali kat pihak pejabat agama..
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2017 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
annfarmine replied at 8-1-2017 07:35 PM
sebab dah sempat bertunang.



Tak mungkin sampai kene putuskan pertunangan...jangan risau..explain btol2 kat tunang,nanti dia akan explain kat mak dia....TT bukannya anak x sah taraf...semoga segalanya berakhir dgn baik..
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2017 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 8-1-2017 07:36 PM
pilih patung mana nak akak voodokan dia

kalau ikut hati akak nak tolong voodokan adk tt. ...

ruginya rendam dlm jus kocok n serbuk qu puteh...baik rendam lam air kumbahan
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2017 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
annfarmine replied at 8-1-2017 07:27 PM
Bukan anak tak sah taraf lah...

ayah mestilah dah kahwin dengan mak saya. tapi.. masa mak preg ...

Kalau cukup dokumen spr yg pejabat agama syaratkan, spr kursus kawin dll. Sebulan dua je.(di Negeri Sembilan). Yg penting tanya pejabat agama dan beritau hal sebenar.
Kepada family mertua, berterus terang sahaja.
Orang sekarang banyak dah open minded.
Mungkin ayah anda berubah fikiran kemudian, tidak ada masalah pun. Boleh beritahu pejabat Agama
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2017 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
annfarmine replied at 8-1-2017 07:27 PM
Bukan anak tak sah taraf lah...

ayah mestilah dah kahwin dengan mak saya. tapi.. masa mak preg ...

Ooo...sorry....penng sikit baca tadi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2017 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ayah you suruh wali hakim tapi dia bagi keberanaran no problem.

Maksudnya dia bukan akadkan suami you nanti. Ada je orang yg tak akadkan anak sendiri kawin. Ustaz tu akadkan and bapa bagi keberanan. Macam nikah kat overseas. Kebenaran dari bapa di malaysia. Wali hakim proceed di overseas.

Yg menjadi masalah kalau ur father tak beri kebenaran atau enggan you bernikah. Since dia suruh guna wali hakim means dia agree lah tu.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2017 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa mak mertua u nak suruh putuskan pertunangan pulak??

Lagi satu you nak tahu apa masalah cubalah korek dari uncle or aunty yg rapat. Bukan u tanya direct. Kalau dia bagi tahu direct senanglah kita nak tahu apa salah silap kita. Since dia berdiam. Suruhlah orang korek. At least you tahulah apa sebenarnya berlaku.

Suruh sekali pakcik or makcik bawak lah berubat kalau ye betul sihir. Takut bukan sihir tapi cerita bukan bukan saja pasal you.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2017 07:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Oh how I wish to hear this from mine. Ok bye
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2017 09:00 AM | Show all posts
dik TT, gie pejabat agama jer, nnt diaorg suh isi borang
dlm masa yg sama tu bg taw aje kat pegawai pej agama knp nk guna wali hakim
isteri anak buah akak dulu si bapaknya xnk walikan so kena gie bicara kat mahkamah syariah
but dlm kes dik TT ni x silap isi borang jer dan bg taw reason
harap dipermudahkan yea
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 12:28 PM GMT+8 , Processed in 0.058052 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list