View: 11827|Reply: 66
|
Pecah Tembelang, Wanita 'Kencing' Estranged Lari Ke London
[Copy link]
|
|
Anda masih ingat isu Estranged 'dikencing' seorang wanita untuk menganjurkan sebuah persembahan di London beberapa hari lalu?
Malang bagi kumpulan itu apabila usaha mereka menjejaki wanita berkenaan gagal selepas dia berjaya melarikan diri.
Sumber foto: mStar Online
Gitaris Estranged, Solihuddin Hormat atau Din, 32, memberitahu wanita itu dikenali sebagai Eziana Abdul Azizi, menghilangkan diri selepas sedar penipuannya terbongkar dan dipercayai dia kini berada di London.
"Bagaimanapun selepas dia tahu tembelangnya sudah terbongkar, dia terus sekat semua ahli Estranged dan orang-orang berkaitan dengan kami di Facebook selain nombor telefonnya sudah dimatikan.
"Dia masih aktif di Facebook namun menggunakan nama lain dan pihak peguam kami masih berusaha untuk menyerahkan writ saman kepada dia," katanya kepada mStar Online.
Menurut Din, dia bersama ahli kumpulan Estranged sudah dua kali bertemu Eziana dan mereka berasa yakin dengan wanita itu kerana semua dokumentasi untuk persembahan berkenaan berjaya dibentangkan dengan baik.
"Bagaimanapun kami mula berasa sangsi apabila dia meminta nombor akaun dan butiran syarikat kami kononnya untuk urusan memindahkan sejumlah wang.
"Dari situ kami mula menyiasat dan tembelangnya terbongkar apabila pihak Apple di United Kingdom sendiri mengesahkan tidak pernah mengeluarkan sebarang surat jemputan kepada kami dan memberitahu wanita berkenaan seorang penipu," jelasnya.
Hasil semakan lanjut juga mendapati butiran tiket penerbangan dan beberapa dokumen lain juga adalah palsu.
Terdahulu, Estranged memfailkan saman terhadap individu berkenaan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 23 Disember lalu dengan menuntut ganti rugi sebanyak RM100,000 berserta beberapa ganti rugi lain yang akan ditafsirkan mahkamah.
Sumber foto: Berita Harian
"Tujuan kami memfailkan saman ini bukan kerana wang tetapi ingin mendapat keadilan terhadap penipuan yang telah dia lakukan terhadap kami," katanya.
Semoga wanita itu segera ditemui dan perkara ini dapat Estranged selesaikan dengan baik. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
kiranya takde la duit lebur... ni kira saman tauladan je la ni... |
|
|
|
|
|
|
|
takde yg nak CSI ke sape Eziana ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
dahsyat pompuan zaman sekarang
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by blinkazwa at 5-1-2017 02:36 PM
kalau baca paper semalam, ada sis..
Harian Metro sebelum ini melaporkan Estranged kerugian sebanyak RM100,000 membabitkan persiapan selama dua bulan seperti latihan, bayaran kru serta cenderahati seperti jaket, sepanduk, bendera Malaysia, dan kemeja-T kumpulan itu.
Sumber: Harian Metro
Bleh than gak pompuan ni punya menipu..
Menceritakan lebih lanjut mengenai insiden itu, Din berkata, “Estranged telah ditipu untuk mengadakan konsert jelajah di UK. Konsert ini berlangsung dari 23 Disember hingga 2 Januari.”
“Kami blok empat bulan pasal kami nak buat rehearsal kerana difahamkan di London kami akan main di empat lokasi dan dalam masa empat bulan ini juga kami kena keluarkan lagu English, jadi kami terpaksa fokus untuk persiapan festival itu. Berdasarkan show Estranged dalam empat bulan tu, kerugian itu adalah lebih (dari yang dituntut),” kata Din ketika ditemui Mynewshub pada majlis sidang media yang diadakan di sini hari ini.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
peergghh...memang dasat la pompuan ni...berani betul dia bikin camni..lagi berani dari BBNU yg panjat sign board IPOH tu... |
|
|
|
|
|
|
|
yg gmbar pes kemain rambut rapi, seken tu, rambut kusut dh..
nmpk nau pk masalah..
semoga semua nya berakhir ngan baik..
ot : pe kbo velvet??
lama dah x nmpk, mkn kek red velvet teringat velvet msa afm gebu mcm kek,, |
|
|
|
|
|
|
|
kalo camni la, patutnya diorang mintak lebih dari rm100k... sebab banyak tu dah lebur rupanya... apa la niat minah ni sebenarnya... haduhai... dah macam minah yang tipu retis nasyid mana ntah... kata anak orang kaya brunei ke mana ntah pastu siap nak buatkan concert la, nak beli cd nak sedekah la...
last2 kantoi memang kaki tipu n pada masa dia tengah cuba tipu retis nasyid tu, dia tengah tipu sepasang orang tua ni... anak orang tua tu tag team ngan retis tu buat report polis and hantar minah tu ke sana...
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa motif pompuan tu wat mcm tu? Die dpt untung apa2 ke dgn wat gitu? Kalo dpt duit okla jua. Ni mcm x dpt apa je. Kesian org lain plak rugi. |
|
|
|
|
|
|
|
makanya bila dh terjadi hal sebegini artis2 haruslah lebih alert bila ada offer yg mcm eerrmmm too good to be true...sebab ramai je org yg suka ambil kesempatan...kena screening dulu organizer/promoter atau apa saja lah..tgk betul2 genuine or fake |
|
|
|
|
|
|
|
Kire brani ah minah ni pi tipu retis.. dh sah2 kalu kantoi bakalan viral.. mmg mdapat glemer free2 je la sna sni msuk media jd brite.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ape la yg ko fikirkan sampai berani ko nipu gini minah oi |
|
|
|
|
|
|
|
tayang jelah muka tu
untung2 org Melayu kat London boleh tolong terjah minah ni |
|
|
|
|
|
|
|
takde nya dia lebur 100k sister.
itu hanya amount yang lawyer letak. takde nya lawyer nak buat saman minta ganti rugi exactly berapa kerugian nya
kerugian emosi pun ada nilai nya bila laksana saman ini dek.
|
|
|
|
|
|
|
|
boleh pula mreka percaya acik tudung kepam ini boleh handle/dapat job show gah di UK, bukan nya buat gig bodoh2 kat club, siap konon nya share satu stage dengsan radiohead, metalicca bagai
selayak lah kena tipu dek.
|
|
|
|
|
|
|
|
miemiecha replied at 5-1-2017 02:39 PM
yg gmbar pes kemain rambut rapi, seken tu, rambut kusut dh..
nmpk nau pk masalah..
Hahahaa terus I scroll atas balik nk tgk |
|
|
|
|
|
|
|
APA Nama minah bertudung ni? gigih bertudung pun menipu.. adakah ada member estranged duk bercinta dengan minah ni sampai leh kena tipu? lama betul sampai 4 bulan buat persiapan baru tahu kena tipu.. memang kesian.... nape tak cek awal2... |
|
|
|
|
|
|
|
MUKA PON IRAS HAKAK ZIANA NOOO |
|
|
|
|
|
|
| |
|