CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4055|Reply: 31

NASIHAT BUAT FORUMER BOD AGAMA

[Copy link]
Post time 23-12-2016 10:33 AM | Show all posts |Read mode
Bismillah
Pertama jangan  buang masa melayan mereka.
“Sesungguhnya orang-orang kafir, sama saja bagi mereka, kamuberi peringatan atau tidak kamu beri peringatan, mereka tidak akan beriman.”Al-Baqarah  ayat 6
Sejak dua 3 menjak ini,pelbagai jenis forumer sama adaAtheis,bukan Islam ,Munafik  dll seringpost thread pelbagai isu dan tajuk termasuklah dalam bod Islam .Ribuan threaddan post menjelajah pelbagai bod .
Tujuan mereka :
1.Menjadikan orang beriman sangsi dengan agama Islam.
2.Melahirkan kebencian sesama Islam .
3.Menjadikan Islam  sebagai subjek penghinaan,cercaan dan kutukan.
4.Mewujudkan perbalahan .
5.Mencari-cari kononnya Islam itu agama sesat.
6.Kononnya menyamar belajar tentang Islam .
7.Membuang masa forumer melayan mereka.
8.Kononnya kajian intelektual dan saintifik .
9.Berjaya menyesatkan mereka kurang ilmu .
10.Menjadi tumpuan .
11.Dan lain-lain TUJUAN .
Contohnya :
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1018220
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1021196
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1026073
Ribuan thread dan post mereka serata bod ……..
Ada forumer berpendapat
“Baguslah mereka post ,sebab mereka mahu belajar tentangIslam”
“Mungkin mereka akan masuk Islam”
‘Mungkin mereka tidak tahu”
“Biarkan mereka”
“Kita perlu dakwah mereka”
dan pelbagai pendapat.
Ramai tidak memahami apakah NIAT TERSELINDUNG MEREKA.Tujuanmereka jelas,sebagaimana telah diberitahu awal coretan ini.
Seseorang yang mahu belajar dengan Islam tidak akan menulistajuk atau post “Jika  wujud,apa buktisaintifik?“dan lain-lain thread dan post berniat memperlekehkan Islam,menghinaQuran dan Nabi,hatta kisah para Nabi yang memang ada dalam Quran dan pelbagaikitab samawi dipertikaikan.
Memang menyedihkan orang Islam yang mengaku beriman sendirimengikut rentak mereka dan sama-sama ketawa  .Lebih menyedihkan jawapan forumer yang kurangberilmu  mengenai soalan dan post merekadijawab dengan cara di mana ia boleh ditertawakan mereka.
Bod  Agama Islam &Muslim adalah bod yang menarik dan aku mendapat sedikit ilmu dari ramai forumeryang rajin post pelbagai thread mengenai agama dan isu semasa dunia Islam.Namunsejak golongan yang suka menghina dan mengadu domba masuk ke bod ini,pelbagaikecelaruan dan permusuhan hinggap dalam bod ini.
Belum lagi dikira dakwah para muslim bertaraf sesat sepertigolongan Munafik,Qadariah ,Murtad,Syiah  dan  sebagainya.Semakinbercelaru dan memberi impak negatif sebuah bod yang dahulunya amat baik.
Orang Islam terdiri dari:
1.Orang jahil mahu belajar agama.
2.Orang jahil yang boleh dipengaruhi dakwah sesat.
3.Orang jahil boleh terkeliru .
4.Orang jahil semakin bertambah jahil.
5.Orang belajar mahu kongsikan ilmu.
6.Orang jahil tidak mahu mendengar nasihat.
7.Orang jahil fanatok dengan teori dan kajian sesat.
8.Orang suka kongsi ilmu positif.
9.Orang yang mahu mendalami agama sedikit demi sedikit.
10.Orang yang mahu tahu apa yang dia tidak tahu.
11.Orang berilmu berkongsi ilmunya.
12.Hanya sekadar copypaste ilmu bermanfaat sebagaiperkongsian ilmu.
13.Sekadar mahu mengadu domba.
14.Mahu melihat pergaduhan sesama sendiri.
15.Mencari jalan menyatukan ummah.
16.Menyiram fahaman politik
17.Pelbagai jenis dan watak manusia .

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-12-2016 10:34 AM | Show all posts
“ISLAM AGAMA KEAMANAN?” itulah sindiran yang selalu ditulisapabila mereka post mengenai perselisihan umat Islam terutama sekali apa yangberlaku dalam dunia arab.
Tujuan mereka jelas,mahu buktikan Islam itu agama sukapeperangan,berbunuhan sesama sendiri dan sebagainya.
Mereka sedar bahawa dalam Quran sendiri menjelaskan pelbagaiwatak orang Islam seperti Munafik,murtad,musyrik dan sebagainya,namun mengambilkesempatan ke atas isu orang Islam untuk memberi pandangan negatif terhadapIslam.
Perkara ini berlaku bukan sekarang,malah telah dipeloporioleh Ketua Munafik di Madinah,Abdullah bin Ubai dan kumpulan mereka.Omaral-Khattab r.a  adalah sahabat yang amatsentitif dengan perlakuan Abdullah bin Ubai pernah mencadangkan kepada Nabi SAWagar dipenggal sahaja kepala Abdullah bin Ubai,namun dilarang Nabi SAW.
“Adakah kamu mahu Mohamad dituduh kejam kerna membunuhorangnya sendiri?”
Abdullah bin Ubai dan rakan mereka adalah golongan Munafikyang mencari jalan menyesatkan orang Islam dengan pelbagai cara dan dakwahsongsang,namun dibiarkan sahaja kerna mereka masih dalam kelompok “Islam” .
Malah Quran menurunkan satu surah khusus mengenai golonganMunafik iaitu surah Al-Munafiqun.
“Barangsiapa mencari agama selain dari agama Islam, makasekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirattermasuk orang-orang yang rugi.”
Ada sekali seorang pensyarah bertanya dalam kelas “Apakahnikmat paling besar dalam kehidupan kita?”
“islam …………………”
“Kemudian apa?”
“Iman ……………..”
Mengapa Islam dan Iman amat penting dalam kehidupan ?
Bacalah Quran,Allah SWT mengulang banyak kali “Wahaiorang-orang yang beriman…………..”
Ini jelas bahawa sekadar Islam hanya pada nama dan tulisandalam Mykad,tanpa IMAN,ianya tidak bererti.Orang Islam perlu mencari IMAN .
Golongan munafik dan sesat bukanlah golonganBERIMAN.Golongan munafik dan sesat inilah sering dijadikan isu dan tajuk untukmenjadikan Islam sebagai subjek penghinaan dan cercaan dalam forum hari demihari,saban tahun dan sehinggalah kiamat kerna musuh Islam akan terus menerusberusaha tanpa jemu .
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yangbila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakanayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka”
Surah Quran paling aku suka baca ialah surah AL-MU’MINUN .
Surah yang memberitahu sifat-sifat orang beriman .Ratusanlagi ayat tentang ciri manusia beriman juga difirmankan dalam surah-surah yanglain.
Memang bukan mudah  menjadi manusia BERIMAN,manakala menjadi orangIslam itu amat MUDAH.Justeru kita perlu berusaha menjadikan diri kita beriman.
“Dia-lah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hatiorang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka(yang telah ada). dan kepunyaan Allah-lah tentera langit dan bumi dan adalahAllah Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana”.
Sebenarnya tiada FAEDAH melayan mereka yang jelas dansenggaja perlekehkan Islam .Telah jelas dalam surah Al-Baqarah mengingatkankita
““Sesungguhnya orang-orang kafir, sama saja bagi mereka,kamu beri peringatan atau tidak kamu beri peringatan, mereka tidak akanberiman.”
Adalah lebih baik bod Islam ini menjadi medan kita mencariKEIMANAN melalui ilmu bermanfaat,tafsiran Quran dan hadis.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2016 10:34 AM | Show all posts
Quran dan hadis  menceritakan golonganmurtad,munafik,musyrik,Islam hanya nama dan sebagainya.Kandungan Quran adalahamat lengkap.Lebih baik kita berusaha mencari keimanan melalui ilmusahih,seterusnya dipraktikkan dengan amalan berbanding membuang masa melayanprovokasi sampah mereka.
Lihat sahaja statsitik orang Islam menagih dadah,berzina,buangbayi,merempit,mencuri dan sebagainya.Mereka dilahirkan Islam namun tiadakeimanan.
Masih ramai orang Islam percaya syirik dan tahyul.Masihramai tidak membaca Quran dengan tajwid yang betul.Masih ramai orang Islamterlibat denga keganasan.Masih ramai berpegang dengan akidah yang salah.
Kita bukan hidup zaman para sahabat saw yang berpegang  “Kami dengar dan kami taat” ,namun kita hiduppada zaman ramai orang Islam menjadikan forum , FB ,internet  sebagai tempat belajar agama,bukan  sbg  tempatmenambahkan sedikit ilmu agama kerna tempat belajar agama sahih ialah masjiddan surau dari ulama’ yang sahih dan diakui oleh Jabatan Agama.Majlis ilmu dimasjid dimulakan oleh Nabi SAW sendiri dari permulaan Islam dan ianyabersambung dari satu generasi hinggalah kiamat.
Forum,FB,internet adalah wahana moden tambahan untukmendapatkan ILMU,bukan sebagai medan sebenar .Namun kecanggihan internet banyakmemudahkan manusia seperti live kuliah Maghrib ,kulaih Subuh dari FB,Youtubedll memberi peluang mereka yang tidak dapat ke masjid,surau seperti wanitahaid,wanita mempunyai anak kecil  dansebagainya mendapat ilmu .
Masjid adalah gedung ILMU dan PAHALA,namun sikap orang Islamsendiri malas ke masjid,surau untuk menimba ilmu benar memang menyedihkan.Imantanpa amalan  sahih, ilmu  tanpa guru sahih adalah berbahaya.
Namun itulah yang berlaku zaman moden.Masjid hanya dijadikantempat solat jemaah,solat Jumaat,solat Aidilfitri sahaja,bukan medan mencariilmu sebenar .Apa yang menyedihkan lagi ada ulama’ palsu  dan munafik menjadikan masjid ,surau sebagai medan politik,mencari pengaruh politik.
Walaupun aku lulusan agama dan mempunyai tauliah dariJabatan Agama,hanya berkongsi sedikit ilmu di dalam forum,FB,blog dihentam kiridan kanan,diperlekeh dan diaibkan,dihina oleh orang Islam dan bukan Islamsepanjang masa,namun  ianya bukanpenghalang untuk meneruskan dakwah dengan cara aku .
Berseluar jean dan Tshirt  Pagoda RM5 menjadi isu,bermain gitar menjadi kritikan,malah menonton Gegar Vaganza danDrama Korea pun dijadikan bahan melahar ,aku lali .Manusia ada lidah dan jemarimenulis,biarlah mereka.
Aku tidak pernah mahu dijadikan role-model kerna role modelyang sebenar adalah Nabi SAW,manusia yang confrim Syurga.Aku hanyalah insanbiasa yang memiliki sedikit ilmu dan berkongsi di masjid,surau,blog,forum,internetdan sebagainya.
Aku lebih suka mengajar bidang Fekah,tajwid dan bahasa arabdi masjid surau berbanding fokus politiking .Aku berikan sedikit ilmu kerna akusedih melihat masih ramai ibu bapa,remaja tidak memahami asas Fekah,tajwid danbahasa arab.
Aku mengajar Fekah supaya ibadat dilakukan adalah benarmengikut Quran dan hadis,ulama’ muktabar .Aku mengajar tajwid agar  orang islam membaca Quran dengan tajwid yangbetul,aku mengajar bahasa arab agar orang islam memahami Quran dan hadissedikit demi sikit.Bahasa arab juga boleh dijadikan bahasa komunikasi,bahasapelancongan dan sebagainya.
Hampir 500 juta bangsa arab,namun amat sedikit mengunjungiMalaysia,sebuah negara Islam sedangkan jika bertambah pelancong arab keMalaysia,ia menaikkan jumlah pelancong dan ekonomi  rakyat dan negara.Sektor pelancongan adalahsektor yang banyak membantu pelbagai lapisan masyarakat sama ada pemanduteksi,pengusaha restoran,pemilik hotel,pemandu pelancong dan sebagainya.
Syukur Alhamdulillah ,radio Islam pertama,Ikim.FM berjayabertapak di Malaysia.Saluran Ikim banyak memberi ilmu termasuk belajar jawi danbahasa arab.
Namun ramai tidak memanfaatkan radio Ikim yang memberisedikit ilmu kepada orang islam.
Banyak kali aku cadangkan kepada Astro agar radio Ikimdisiarkan dalam Astro kerna jutaan orang mempunyai decoder Astro namun cadangantidak diambil peduli pihak Astro.
Masjid dan surau perlu dijadikan pusat ilmu dan dakwahsebenar tanpa campur politiking kerna politiking membawa banyak perpecahansehingga berlaku kes solat dua imam,jemaah tidak mahu datang kuliah Maghrib hanyaberbeza politik dan sebagainya.
Politiking memecahkan umat sejak berlaku krisis fitnah darizaman kewafatan Nabi SAW hinggalah kiamat.
"Wahai orang-orang beriman! Jagalah diri kamu dan ahlikeluarga kamu dari neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu"[Surah al-Tahrim, ayat 6].

Aku selalu berdoa “Wahai Tuhan Maha Mengetahui,aku adalahinsan yang bodoh dan jahil,tambahkan ilmu bermanfaat”
“Wahai Tuhan Maha Pengasih,jadikan aku dan keluargakugolongan beriman”

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2016 10:35 AM | Show all posts
Benar,dakwah itu tanggungjawab semua,bukan para ulama’ dancendekiawan sahaja.
Amatlah beruntung mereka yang mendapat  hidayah IMAN.Bergelar alim,ulama’ belum confirm Syurga.
Justeru aku selalu menasihati diri sendiri dan keluargaberbanding menasihati orang lain.Sebab Quran telah menasihati “Jagalah dirikamu dan keluarga”.
Bod Islam ini akan menjadi lebih menarik tanpa isu  dan thread menghina Islam,melahar sesama sendiri,isu politiking,dakwah sesat ,hinaulama’ dan sebagainya.Menulis thread  seperti copypaste Jawapan Mufti pun sudah dikirabaik sebab bukan semua orang Islam membaca FB Mufti.Sekurang-kurangnya iamenyebarkan ilmu bermanfaat.
Aku berharap bod Islam yang dibaca jutaan manusia akanmenambahkan ilmu orang Islam dan bukan Islam seantero dunia dengan pelbagai isumenarik dan bernas seperti  suatu masadahulu.Bersihkan semua thread sampah dengan memindahkannya ke Arkib.
Aku insan jahil dan naif lali dengan apa jua kecaman,nasihat,kritikan,fitnah,sindiran dansebagainya.
Aku mahu mati meninggalkan thread bermanfaat buat semua.Bukangelaran dan pujian aku kejar kerna diri ini tidak layak mendapat pujian dangelaran.
Nasihatilah aku dengan baik sebab aku pun insan biasa yangsentiasa buat salah dan silap.Namun janganlah hina aku dan keluarga yang miskinini.Aku tahu aku bukan jutawan ,justeru sentiasa dilahar  dan dihina oleh forumer bertaraf jutawan dalam bod usahawan .
Insan la yakhlu minal khota’ (Setiap insan itu tidak akansunyi dari kesalahan) adalah moto kehidupan.
Aku hanya penyampai sedikit ilmu .Ilmu dan nyawa hanyapinjaman.Selain kuliah Maghrib dan Subuh,blogging dan ceramah berkala,akuberikan sedikit ilmu dalam forum.Aku lebih suka membaca dalam bod Islam sejakdahulu dan bila ada masa,sekali sekala post thread  tajuk bersesuaian jika ianya belum ada.Jikaada masa,aku cuba menjawab soalan porumer yang ingin tahu atau musykil berkaitan sesuatu hukum atau masalah agama.
Internet hanyalah satu wahana umpama pisau.Gunakan pisausebaik mungkin.Pisau boleh membawa kita ke tali gantung atau mendapatpahala.Mudah sahaja.
Carilah ilmu asas agama sebaiknya.Jika membaca Quran tajwidsalah,carilah guru tajwid yang betul.Carilah ilmu asas yang penting .Janganterlalu sibuk mahu berdebat dengan Atheis hingga membuang masa sehingga dirisendiri tidak tahu bezakan makhraj ‘Ain dan Alif.Masih banyak kekurangan ilmuagama yang perlu diperbaiki.Muhasabah diri dan bertanya diri sendiri
“Apa kekurangan aku?”
Banyak lagi ilmu Fekah,Akidah,Tajwid,Hadis,Tafsir danlain-lain yang perlu ditambahbaik.Forum bukanlah satu-satunya tempat mencariilmu.
Kita masih ada mufti setiap negeri dan lajnah fatwaantarabangsa yang boleh dijadikan rujukan.
Kita masih ada  kuliahMaghrib dan Subuh berhampiran kita.
Akan datang satu masa,manusia semakin jahil dan lalai,tiadalagi orang mampu menjadi  pemimpin  dan satu demi satu ulama’ dimatikan.
Kita sedang menghampirinya di mana hari ini umat Islamseramai 1.8 bilion ,namun amat sedikit yang beriman.
Satu demi satu tanda kiamat yang telah diberitahu oleh NabiSAW  berlaku dan berlaku.Bangunanpencakar langit,persengketaan sesama orang Islam,orang yang bukan ahli menjadipemimpin dan sebagainya.
إنَّ اللهَ لا يقبِضُ العِلمَ انتزاعًاينتزِعُه من النَّاسِ . ولكن يقبِضُ العِلمَ بقبضِ العلماءِ . حتَّى إذا لم يَترُكْعالمًا ، اتَّخذ النَّاسُ رؤوسًا جُهَّالًا ، فسُئِلوا فأفتَوْا بغيرِ علمٍ . فضلُّواوأضلُّوا
"Bahwasanya Allah Subhanahu wa Ta’ala tidak akanmencabut (menghilangkan) ilmu dengan sekaligus dari (dada) manusia. TetapiAllah Subhanahu wa Ta’ala menghilangkan ilmu agama dengan mematikan para ulama.Apabila sudah ditiadakan para ulama, orang banyak akan memilih orang-orangjahil sebagai pemimpinnya. Apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akanberfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain."
Itulah HADIS SAHIH yang memberi peringatan kepada kita semua.Ianya telah berlaku  sedikit demisedikit pada masa kini .
Tanda-tanda kiamat  kecil  dan sederhana telah banyak berlaku dan kita hanya menunggu tanda-tanda  kiamat besar seperti Dajal ,turun Nbi Isaa.s  dan sebagainya.
Hard Choices buku  yang ditulis Hillary Clinton,mengakui bahawaAmerika yang mengasaskan pengganas  IS(Islamic Sate )  pada tahun 2013 untukmemecah-belahkan umat Islam dan menjadikan umat Islam berperang sesama sendirisebagaimana yang berlaku di negara-negara arab pada masakini.
Musuh-musuh Islam akan mencipta sesuatu menggunakan namaIslam untuk mencapai matlamat politik dan ekonomi mereka.
7 trilion dolar dibelanjakan Amerika dan tentera bersekutudemi menawan Iraq  walaupun KetuaPemeriksa Nuklear telah mengesahkan Iraq tiada bahan nuklear ,namun perangditeruskan demi mencari selonggok  minyakdi bumi Iraq.
Ketika masjid dan surau masih ada majlis ilmu,hadirlah.Rezeki kesihatan yang baik dan mempunyai kenderaan seperti motor dankereta  perlu dimanfaatkan.Bersyukurlahnikmat keamanan masih ada,di mana banyak negara dunia sedang bergolak danberperang.
Ilmu itu cahaya,carilah ILMU .
Usah membuang masa melayan musuh-musuh Islam  yang menjadikan forum sebagai medan menyebarkandakyah songsang mereka.Masa kita lebih berharga dengan mendalami agamasebaiknya.Kita hargailah nikmat keamanan,kestabilan dan masih ada rezeki.Janganberfikir melayan bod Islam sejam dua sehari akan  bertambah iman.Kembalilah dengan asaspengajian Islam iaitu masjid dan surau.Itulah asas penyebaran ilmu dan dakwah.
Alangkah ruginya membuang masa melayan provokasi sampahmereka.Usaha terakhir aku ialah membuat dua repot polis setelah Islam diserangbertubi-tubi tanpa henti.Biarlah pihak PDRM dan SKMM menyiasatnya.Hanya itumampu aku lakukan setelah ribuan nasihat dari pelbagai porumer tidakdiendahkan.Ada yang menyokong,ada yang memerli,ada yang menghina dan pelbagaikutukan porumer yang entah dari manakah mereka.Tugas aku telah berakhir dengan repotpolis.Biarlah mereka yang berkuasa menjalankan tanggungjawab mereka.
Bayangkan 10,000 porumer hadir ke kuliah masjid,surau danberkongsi ilmu  bermanfaat  di sini,ilmu tersebut disebarkansebaiknya,perkongsian ilmu dapat diperoleh melalui perkongsian ilmu dalam bodIslam.
Hentikan penyebaran hadis palsu,ilmu tidak bermanfaat dansebagainya.Fahami perbezaan pendapat ulama’-ulama’ ,jangan terlalu taksubdengan ulama’ palsu .
Carilah ilmu dengan orang lain yang lebih pakar sepertiMufti dan sebagainya.Aku insan biasa yang sentiasa menginsafkan diri ini amatsedikit ilmunya dan tiada apa-apa jawatan  penting mahupun siak masjid.
Dalam forum dan FB,jutawan dan berkereta BMW akan dianggapmulia dan bijak,manakala orang miskin hanya mempunyai sedikit ilmu akan terusdiserang dan dihina habis-habisan.Seorang alim yang suka melawak dan dibayarRM15ribu sejam dalam ceramah sentiasa diangap ulama’ muktabar walaupunceramahnya hanya memberikan ketawa berdekah-dekah.
Dan dalam ayat 60 surah an-Najm yang bermaksud: “Makamengapa kamu ketawa dan tidak menangis?”
Aku ingin berterima kasih kepada semua forumer yang rajinmenasihati aku dalam post dan PM,forumer yang rajin menulis ilmu.Ada jugaporumer mendoakan aku.Aku suka membaca dan muhasabah.Memperbaiki kekurangan dankelemahan.
Aku berusaha mengejar iman dan kalian banyak memberi nasihatiman kepadaku.
Jangka hayat aku semakin pendek,dan kita sama-sama berdoaagar kita semua mendapat hidayah IMAN.Kita tidak berpeluang berkenal-kenalan dialam nyata,semoga kita mendapat peluang berkenal-kenalan di Syurga nanti ,InsyaAllah.
Segala kelebihan dan kesempurnaan hanyalah milik Allah SWTMaha Sempurna dan Maha Kekal,manakala  kelemahan dan kesilapan  hanyalah milikku ,seorang  insan jahil lagi naif .
TERIMA KASIH SEMUA…
GAM
10.35 PAGI,Jumaat .23 Disember 2016.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2016 10:36 AM | Show all posts
KEDUA : MENCARI ILMU BERMANFAAT



Insya -Allah bersambung ............................
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2016 12:19 PM | Show all posts
SESUNGGUHNYA KAMU DIJADIKAN SEBAIK-BAIK UMAT
YANG MENGANJURKAN AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR

mana dia AMAR MAKRUF ni?????

SEKIRANYA KAMU BERKERAS NESCAYA MEREKA MENINGGALKAN KAMU..........

lagi tarak sebagai umat terbaik

TIAP-TIAP GOLONGAN BERMEGAH DENGAN APA YANG ADA PADA MEREKA

dok perasan lagi ke???????


MAKA BERILAH PERINGATAN
SESUNGGUHNYA PERINGATAN ITU BERMANFAAT
MEREKA YANG TAKUT AKAN MENDAPAT PELAJARAN
MEREKA YANG CELAKA AKAN MENJAUHKAN DIRINYA


ingatkan aje, nak jadi yg takut atau yg celaka, pilhlah sendiri



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-12-2016 03:39 PM | Show all posts
Tidak salah sekadar memerhati.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2016 07:30 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 23-12-2016 07:32 PM

pada saya terpulang pada individu

kalau dia nak buat amal jariah menyampaikan sesuatu , mengubah  kemungkaran penipuan fakta dan mebersihkan imej rasullah saw, dan Allahs wt  lakukan saja

dan jgn terperangkap dengan dakyah yg ' mediocre' ' yg hanya berkata jgn pura baik , hipokrit , sebab apa?

a) anda tak fikir pun and abaik
b) anda sudah mencapai tahap tolerant di man ada benda yg kita kena tegur kalau sampai satu penyelweangan yg diulang canang melampau , dan
c)  sumber tidada , tiada bukti

dan d) tidak sahih

so , selalunya di board tertentu  jawapan balas bukan untuk
menjawab pertayaan si munafik, si athesit dan yg tak ikhlas dengan islam - tetapi perlu difikir lebih jauh lagi kot

yg a) ini tujuan untuk bagi penerangan kepaad audience sana yg terdiri dari pelbagai peringkat umur , latar belakang dan tahap penguasaan  pendidikan islam - dari level basics ..ke ...

b) sekurang kurangnya telah berjaya  melihatkan gaya pemikiran golongan ini dan kita akui semua salah faham tu berasaskan sumber carian ilmu yg tak berguru, tak sahih dan knowledge based yg sangat longgaq


so  kalau terasa nak ubah dengan tangan ubahlah ...ubah  dengan hati ...

your main aimbukan untuk menang tapi kebenaran

berapa nyak cercaan didapati takkisah difitnah diburukkan sebab ?
yg utama maklumat  yg salah itu dibetulkan

yg memuliakan atau menjatuhkan hanya Allah swt - bukan terletak pada tangan manusia

dan bahagiakan mereka dalam erti kata sebenar    yg  berbuat dan sengaja memilih untuk berbuat fasad dengan Allah ...?



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-12-2016 09:44 PM | Show all posts
mbhcsf replied at 23-12-2016 07:30 PM
pada saya terpulang pada individu

kalau dia nak buat amal jariah menyampaikan sesuatu , mengubah ...



Matlamat hidup insan,masing2 punya matlamat.

Justeru semua perbuatan bergantung kepada NIAT .Aku tidak pernah terkesan dgn ejekan porumer "Attention seeker" dll.

Cuma sbg org Islam yg sayangkan agama,agak terkesan membaca pelbagai tohmahan,cercaan,hinaan kpd Islam.

Lebih2 lagi orang Islam Munafik sama2 ketawa berdekah-dekah melihat ,membaca,membalas komen si penghina.

Bak kata pepatah,belakang parang jika diasah pun lama-lama tajam.Begitulah nilai keimanan umat akhir zaman termasuklah aku.

Muslim yang lemah ilmu dan lemah pendiriannya boleh dipengaruhi dengan pelbagai thread provokasi dan ejekan terutama sekali mereka yang menggelar diri muslim liberal.

Sepanjang menjadi kaunselor pelbagai masalah agama :

a) Ramai orang Islam menjadi murtad tanpa menyedarinya.

b ) Ramai orang terusan menjadi musyrik dan terus berpegang dengan amalam syirik.

c ) Tidak menyedari kesilapan dalam amalan ibadat mudah kerna tidak pernah ke masjid atau surau menambahkan ilmu .

d) Menjadikan trend iaitu "bila sudah berusia tua  ,baru mencari masjid"

e ) Sentiasa berpuashati dengan ilmu yang sedikit dan walaupun ia salah .

f ) Suka share benda yang tidak pasti ,contohnya hadis palsu dan fatwa songsang.

g ) Sifat "malu belajar" wlupn kejahilan menebal dalam diri .

Kita semua dlm bod ni (kecuali ...........) sayangkan agama.Tiada paksaan untuk seseorang melakukan apa yg aku lakukan spt repot polis dan aduan kpd SKMM,PDRM .Hinalah,kejilah,sindirlah .Itu pandangan manusia bak kata Falsampah  mulut manusia tiada insurans.

Cuma aku mahu lihat bod ini memberi ilmu bermanfaat kepada semua dan kita semua akan bertanggungjawab.

Sbg porumer biasa yg tiada apa-apa,aku hanya mampu berikan nasihat .

Bila aku dah masuk kubur,aku dah tunaikan tanggungjwb sbg muslim yg sayangkan agama dgn cara aku .Lain manusia,lain caranya.

Jutaan lagi blog,FB dll perlu dibanteras habisan kerna sengaja menghina dan perlekekan Islam.Malah kadangkala menggunakan nama Islam dalam URL untuk menyesatkan pembaca.

Membaca kisah para Nabi pertahankan agama,kisah para sahabat spt Bilal Rabbah r.a sanggup didera dan dizalimi demi sayangkan agama,memikirkan diri ini yg amat lemah imannya .........

"Ahad.....................Ahad......................."

Hamba berkulit hitam yg pertahankan agama,akhirnya akan bertemu Nabi kesayangan di Syurga Firdaus nanti .

Kita,usahkan bermimpi Syurga Firdaus,syurga terbawah pun belum pasti ..............

Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2016 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya tak tau saya masuk golongan mana....

Personally sy avoid membaca topic provocative oleh tt yg provocative. Buang masa & sy plg takut dia affect pemikiran sy walau sesaat. Some times I wish, for the sake of those yg masih mencari ilmu mcm sy, dpt dibuat label mcm movie rating tu...

Pada masa yg sama sy juga share sentiment GAM. Selalunya org yg mencari ilmu di alam maya ni depa masih takut nk mendekati org2 agama di surau masjid. Ada mcm2 manusia di forum2 mcm ni yg wpun ada masalah ttp org yg dahagakan ilmu ni tak dapat bezakan. Coz kat forum ni siapa ada authority utk mensahihkan mana yg sahih maklumatnya, mana yg salah. Kadang2 bahan yg dibawa totally against aqidah dan tak sepatutnya topik tersebut diadakan (diapprovekan?) in the first place.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2016 10:46 PM | Show all posts
baulu replied at 23-12-2016 10:33 PM
Saya tak tau saya masuk golongan mana....

Personally sy avoid membaca topic provocative oleh tt y ...

Aku hny tulis sedikit ilmu yg ada,tiada niat nak mempengaruhi sesiapa .

Jk salah,sila betulkan .

Maaf ckp,cara dan kehidupan aku tidak disenangi ramai illmuwan dan ulama' warak .

Mrk lulusan Madinah,Al-Azhar,UKM,UM dan sebagainya .

Bg mrk,lelaki bodoh dan miskin berseluar jean dan tshirt Pagoda  dan suka bermain gitar adalah BODOH .

Lelaki berseluar 3 1/2 suka ,masuk panggung wayang menonton filem adalah MUNAFIK.

Bagi mrk juga,lelaki yg suka mengarang cerpen puitis adalah BANGANG dan pelbagai gelaran yg aku sudah muak dan jemu.

[size=14.6667px]Ibnu al-Nafis ( 607 Hijrah ) adalah seorang cendekiawan yang suka bermain gambus dan menulis hampir  ratusan buku muzik.Muzik era moden adalah kesinambungan dari karya Ibnu Nafis rahimahullah.
[size=14.6667px]

Aku cuma mahu menjadikan Islam itu mudah BUKAN DIPERMUDAH-MUDAHKAN .Aku mahu orang islam menerima perbezaan mazhab dan pandangan.


Selagi aku yakin dengan pegangan aku,aku teruskan.


Hatta Nabi SAW pun digelar gila dan dibaling batu,apa lagi manusia daif sebodoh aku ni ............


Terima kasih atas komen .
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2016 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
GuaAnakMelaka replied at 23-12-2016 10:46 PM
Aku hny tulis sedikit ilmu yg ada,tiada niat nak mempengaruhi sesiapa .

Jk salah,sila betulkan  ...

Eh, sy bkn maksud tt topic ni, just mana2 tt secara general yg bwk topik2 sengal.

Sorry ek......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2016 12:18 AM | Show all posts
baulu replied at 24-12-2016 12:05 AM
Eh, sy bkn maksud tt topic ni, just mana2 tt secara general yg bwk topik2 sengal.

Sorry ek..... ...

I replied as general ................TQ
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2016 08:23 AM | Show all posts
GuaAnakMelaka replied at 23-12-2016 10:46 PM
Aku hny tulis sedikit ilmu yg ada,tiada niat nak mempengaruhi sesiapa .

Jk salah,sila betulkan  ...

Selagi aku yakin dengan pegangan aku,aku teruskan.


nompang lalu sekali lagi
cuba perhatikan ayat tu
gamaknya ada tak seperti MENYEKUTUKAN DIA!!!!


maklumlah kita ni hanya sekadar insan je
masih lagi tak tau apa2, lom ada janji kebenaran apa yg kita pegang
lom tau kat mana kita akan ditempatkan
hanya sekadar memperbaiki diri
sentiasa MENDENGAR, BERFIKIR DAN CARI YANG LEBIH BAIK


baru jadi hamba
bukannya TUHAN!!!




utk di renung2 kan aje
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2016 01:03 AM | Show all posts
GuaAnakMelaka replied at 23-12-2016 10:36 AM
KEDUA : MENCARI ILMU BERMANFAAT

bolehkah doa kamu menentang hukum graviti?   
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2016 05:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Gua, kalau anda bawa update perkembangan siasatan report polis tu once in a while ok jugak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2016 05:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Atheist.1. replied at 26-12-2016 01:03 AM
bolehkah doa kamu menentang hukum graviti?

Hukum gravity or any other hukum dlm semesta telah tercipta sebekumpenemuannya..orang islam sebut sunnatullah...

Apanak hairan tentang kisah para rasul? Nabi ibrahim pun tak terbakar walaupun api ada, why? Sains tak leh menjawab why prophet ibrahim tak terbakar dek api tapi islam boleh sebab tupentingnya element TAUHID DLMILMU AQLI ATAU REVEALED KNOWLWDGE!!!

Api tu makhluk Allah , so...walaupun ada bhn bakar as in kayu , haba dan oksigen..in science ni dah lengkaokan nak hasulkan pembakaran, kan? Tapi agama menerangkan yg semua tu makhluk as dasar makhluk mereka mentaati...so nabi ibrahim tak terbakar



As to jonah or nabi yunus ...so dlm perut ikan? So ? Nabi uhammad juga ke langit tujuh in isra naik burraq ? So apa nak hairan? Ikan nun tu makhluk Allah so as makhluk depa ikut perintah...


Awak jgn hairan yg perang badar tu tenter musyrikun berapa banyak? Bagaimana  in badr tentera rasulyllah saw menang?


Perang genocide umat islam yakni perang khandak ? Berapa kwkuatan ketumbukan tentera mysyrikin dari puak ghaftaan , bani quraizah nadir qainyqaa and mecca versus tentera islam madinah? Why menang?

So , being a muslim melatih you menilai dan sintesis , sibtesis ni lwvwl pemikuran dah no 5
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2016 06:30 AM | Show all posts
mbhcsf replied at 26-12-2016 05:43 AM
Hukum gravity or any other hukum dlm semesta telah tercipta sebekumpenemuannya..orang islam sebut  ...

can your prayers stop a bullet?  
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2016 12:33 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 27-12-2016 07:49 AM
Atheist.1. replied at 26-12-2016 06:30 AM
can your prayers stop a bullet?


boleh sekiranya Allah mengizinkan , bullet atau peluru yg begerak 2.4 m/s menjadi asbab kepada kematian tapi sekiranya ajal itu bukan tertulis maka yes manusia itu tidak mati dan yes sekiranya Allah itu memakbulkan doa agar peluru itu tidak mengenai sasaran apa  yg takjubnya, saudara ?

yg penting kat sini sesuatu fenomena yg diizinkan Allah atau events yg ditakdirkan berlaku maka berlakulah.

begitu juga pertanyaan anda dalam thread yang lain  tentang  sirah nabi yunus as yg berada dalam  badan ikan nun ( i have no idea ikan nun tu ikan ape ke? whale? or any species? ) - anda bertanya  dengan perkataan ' hidup' ?


saudara hidup atau mati org tu nyawa dan ruh tu benda yg ditentukan ALLAH...sebab tu kita dapati yg george michael tu  yg meninggal dalam tidur ye ...tak berada dalam perut ikan punmeninggal ? apakah anda nak hairan  - yg tak berada dalam perut ikan pun tak meninggal , kan?

apakah saudara terkekang dengan konteks ? sedangkan Islam itu meberi cakupan pemahaman konsep tentang ruh, nyawa, akal , nafsu dan jasad dengan lebih luas - so  yg nyawa sebenarnya  ditentukan oleh Allah . ikan nun , laut, oksigen tu makhluk Allah , jirim yg mematuhi arahan tertentu sunnatullah sahaja. apakah saudara terasa benda tu ta masuk akan sedangkan banyak saja penemuan science microorganism yg terperangkap dalam ketulan ais selama ratus ribu tahun lamanya boleh aje di'hidupkan' semula dan masih viable , inikan saudara nak tanya nabi yunus as dalam perut ikan tu hidup?

of course hidup sebab ikan nun bukan menentukan ap ayg dikatakan ' nyawa' atau 'ruh' Prophet Yunus AS.
April 17, 2012
The world's ice sheets serve as cold-storage for creatures the Earth hasn't seen in eons. Scientists don't expect another Contagion or Andromeda Strain, but the release of unknown life forms does pose new concerns about effects of global warming.
By Cheryl Katz
The Daily Climate
BOZEMAN, Mont. – Locked in frozen vaults on Antarctica and Greenland, a lost world of ancient creatures awaits another chance at life. Like a time-capsule from the distant past, the polar ice sheets offer a glimpse of tiny organisms that may have been trapped there longer than modern humans have walked the planet, biding their time until conditions change and set them free again.
It's a way of recycling genomes. You put something on the surface of the ice and a million years later it comes back out.
- John Priscu, Montana State University


With that ice melting at an alarming rate, those conditions could soon be at hand. Masses of bacteria and other microbes – some of which the world hasn't seen since the Middle Pleistocene, a previous period of major climate change about 750,000 years ago – will make their way back into the environment.
Once thought to be too harsh and inhospitable to support any living thing, the ice sheets are now known to be a gigantic reservoir of microbial life. Altogether, the biomass of microbial cells in and beneath the ice sheet may amount to more than 1,000 times that of all the humans on Earth.
Internment in the ice amounts to an evolutionary strategy for microorganisms: preserving genetic blueprints by storing them in deep–freeze for a future re-entry, said John Priscu, a Montana State University professor and pioneer in the study of Antarctic microbiology.
"It's a way of recycling genomes," he said. "You put something on the surface of the ice and a million years later it comes back out."
'Storehouse for genes'
Priscu has spent the past 28 Austral summers on the southernmost continent, studying what he calls "the bugs in the ice sheet." Antarctica has the oldest ice on Earth; parts of its glacial landscape date back about a million years, and some pockets are believed to be up to 8 million years old. "There's a lot of history in that ice sheet," said Priscu.
Much of that history appears to still be alive. Priscu has found living bacteria in cores of 420,000-year-old ice and gotten them to grow in his laboratory. Other researchers report bringing far older bacteria back to life.
We don't really understand how an organism can sit around for 750,000 years in some sort of suspended animation like when Han Solo was put in carbonite.  
- Brent Christner,
Louisiana State
University


The ice allows microbes to enjoy a sort of immortality, preserving ancient genetic material and allowing creatures that have long disappeared from the planet to someday return. "That's what's interesting about the ice – it can serve as a storehouse for those genes," said Jonathan Klassen, an evolutionary biologist and postdoctoral research fellow at the University of Wisconsin, Madison. "Things that went extinct have the possibility of coming back."
Could this be Jurassic Park on Ice? Not likely, scientists say. The only things able to survive in these cold, dark, crushed quarters with little to eat or drink are microscopic organisms, and most of what has been found appears related to microbes from other cold and icy environments.
Still, with heat-trapping greenhouse gases warming the polar regions much faster than the rest of the planet today, investigators have many questions about the bugs in the ice sheet.
Researchers are trying to determine how these organisms can survive such a brutal habitat, some seeming to sit in what resembles a state of suspended animation for millennia. The findings could point the way for the discovery of life in other extreme climates, such as frozen planets and moons.
















source : http://www.dailyclimate.org/tdc-newsroom/2012/04/ancient-ice-bugs

lagi satu - ap ayg saya perhatikan mana hujah  si bebas nilai galau agama  ni - anda sering mengambil ' novelty' atau element exception to the rule sebagai bhn sanggahan untuk islam ? tapi anda gagal melihat konsep asas yg siapa Pemberi Nyawa itu, saudara pun tak dapat nak teka bila saudara akan meninggal bukan so...buat apa sengaja bertanya sdangkan konsep asas itu saudara tak nak tahu pun.






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2016 04:41 AM | Show all posts
mbhcsf replied at 26-12-2016 05:43 AM
Hukum gravity or any other hukum dlm semesta telah tercipta sebekumpenemuannya..orang islam sebut  ...

As i told u b4,layan Atheis just wasting the time and he laught at us ...

ulang balik peringatan surah Al-Baqarah di atas....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 07:19 AM GMT+8 , Processed in 0.117540 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list