CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8830|Reply: 25

Cara Mengubah Sikap Suami

[Copy link]
Post time 12-12-2016 01:07 AM | Show all posts |Read mode
Suami Anda Dah Lain? Dah Tak Macam Dulu-Dulu? Selalu Makan Hati Dengan Karenah Suami Anda Yang "Macam-Macam"?
Mari Saya Tunjukkan Anda Cara Mem"projek"kan Suami Anda! Agar Dia Berubah! Dari Tunggul Menjadi Unggul!
Dari meja :
DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj,
Sebagai seorang motivator yang telah berada di dalam masyarakat lebih 16 tahun lamanya, hampir setiap hari saya dihujani dengan soalan dan keluhan dari golongan isteri yang kurang berpuas hati dengan sikap serta tabiat suami mereka.
Masalah-masalah seperti suami malas, suami tidak sedar diuntung, suami miang, suami berjawatan lebih rendah, suami melebihkan kawan-kawan berbanding keluarga sendiri, suami lemah di rajang, suami bermain kayu tiga, suami panas baran, suami tidak solat, suami suka menipu, suami tak cukup bagi nafkah dan bermacam-macam lagi masalah telah diajukan kepada saya.
Hinggakan, jika saya membaca sesuatu pertanyaan itu di bahagian atas sahaja, saya sudah boleh mengagak apakah di penghujungnya.
Cerita kebanyakan mereka adalah hampir sama, cuma apa yang berbeza hanyalah pada watak dan suasana tempat ia berlaku.
Mengapa Suami Berubah?
Dulu-dulu masa zaman bercinta, rasa memang seronok sangat, si abang adalah orang yang sangat penyayang, romantik dan sangat mengambil berat. Tapi.. lepas beberapa bulan atau tahun berkahwin, nampaknya, si suami macam lain sangat.
Sebenarnya ada banyak faktor yang boleh menyebabkan si suami itu berubah....
1. Orang Sekeliling
Satu perkara yang perlu kita fahami, manusia mudah berubah apabila orang di sekelilingnya berubah. Orang sekeliling ini adalah terdiri dari kawan-kawan, jiran tetangga dan termasuk juga diri pasangan. Seringkali terjadi, si suami berubah adalah disebabkan oleh diri pasangannya yang sebenarnya juga sudah berubah. Disebabkan itu, si isteri perlu check dan semak semula, apakah yang bermain di fikiran suami dan apakah pandangan si suami terhadap dirinya dari semasa ke semasa? Kebanyakan isteri tidak sedar tentang perkara ini.
2. Kerjaya
Perubahan pada kerjaya juga boleh menyebabkan perubahan yang besar pada sikap seseorang. Perubahan kerjaya ini bukanlah bermaksud bertukar kerja semata-mata, tetapi, perubahan pangkat serta tugas juga boleh menyebabkan si suami berubah. Jika dulu waktu kerjanya pendek, kini waktunya mungkin lebih panjang, lebih banyak tanggungjawab yang perlu digalas menjadikan lebih banyak tekanan serta bebanan yang perlu ditanggung. Secara tidak sedar, kadang-kala, masalah yang berlaku di tempat kerja, terbawa-bawa oleh suami hingga ke rumah.
3. Ekonomi & Sosial
Faktor ekonomi sememangnya mampu memberikan kesan yang besar kepada sesiapa sahaja. Masakan tidak, pihak JAKIM sendiri pernah melaporkan, kadar penceraian rumahtangga di Malaysia, telah meningkat sewaktu krisis ekonomi melanda negara.
4. Fitrah
Kadang-kala, si suami itu sebenarnya memang tidak pernah berubah pun. Sewaktu bercinta, dia nampak romantik dan penyanyang sangat.. tapi lepas berkahwin, lain pula jadinya. Sebenarnya, sikap suami sewaktu sedang bercinta dulu, adalah bukan sikap yang sebenar. Hanya selepas berkahwin, barulah si lelaki, memaparkan sikapnya yang sebenar. Sememangnya begitulah fitrah sikap beliau.
Masihkah Ada Harapan?
Berita Baiknya! Manusia itu memang boleh berubah!
Jika si suami boleh berubah kepada yang 'tidak baik!' (tunggul) . Maka, itu bermakna, si suami juga boleh berubah kepada yang 'baik' (unggul).
Apa yang penting, sebagai isteri! Anda perlulah bijak memberi rangsangan dan sekaligus menjadi agen pemangkin kepada perubahan tersebut.
Mengapa Isteri Yang Perlu Buat Itu Ini... Begitu Begini?
Ada juga sesetengah golongan isteri yang mempersoalkan.... "Yang bermasalah suami saya! Kenapa pula saya yang kena usaha dan buat macam-macam?"
Ini adalah satu hakikat yang pihak isteri perlu terima. Apabila si suami mula bermasalah, sememangnya pihak isterilah yang perlu berbuat sesuatu. Jika pihak isteri juga hanya berdiam diri dan mengharapkan si suami berubah dengan sendirinya.... Ia mungkin tidak akan berlaku dan berkemungkinan, ia akan menjadi lebih teruk dan lebih buruk lagi.
Masakan si suami boleh berubah jika baca buku pun dia malas, apatah lagi mahu pergi kursus, menonton rancangan kekeluargaan atau mendengar radio ceramah pun dia tidak mahu. Maklumlah, ego lelaki kan tinggi? Tidak mahunya dia nak buat perkara-perkara begitu..
Jadi, mahu atau tidak, memang andalah, pihak isteri.. yang perlu mengatur strategi dan berbuat sesuatu.
Ianya mungkin mengambil masa untuk kesedaran bertapak di hati suami, tapi secara perlahan-lahan, akan datang kemahuan untuk berubah dalam dirinya, yang mana, seterusnya akan menjadi tabiat dan berakhir sebagai seorang suami yang unggul.
Bagaimana Untuk Melakukannya?
Jika anda sudah bersedia untuk mengambil cabaran dan tanggungjawab di dalam menjadi agen perubahan bagi suami anda yang tercinta!
Saya sudah sediakan sebuah panduan bagaimana untuk melakukannya.
Ianya adalah sebuah panduan di dalam bentuk ebook (buku elektronik), yang bertajuk..... SUAMI UNGGUL!
Di dalam panduan ini, saya telah senaraikan cara untuk menangani 42 karenah suami. Antara karenah suami yang terdapat di dalam ebook ini adalah seperti berikut..
Suami Tidak Bekerja
Suami Pengurus Rumahtangga
Suami Lemah Mental
Suami Tak Rasional
Suami Paksa Tinggal Dengan Mertua
Suami Lemah Tenaga Batin
Suami Berjawatan Besar
Suami Berniaga
Suami Miang Keladi
Suami Bodo-Bodo
Suami Jawatan Rendah
Suami Hensem
Suami Kememer
Suami ‘Bisu’
Suami Kaki Melaram
Suami Simpan Perempuan
Suami Kaki Kelentong
Suami Kaki Disco/Kelab Malam
Suami Toleh
Suami Kaki Betina
Suami Terlalu Taat Ibu Bapa
Suami Workaholic
Suami Tidak Penyayang
Suami Homoseksual
Suami Panas Baran
Suami Ramai Peminat
Suami Terlalu Tua
Suami Fanatik Pada Ajaran Tertentu
Suami Jiwang Karat
Suami Pucuk Muda
Suami Aktif Bermasyarakat
Suami Kejam
Suami Terlalu ‘Kuat’
Suami Abai Mertua
Suami Lemah Pengamalan Agama
Suami Ada Anak Tiri
Suami Beristeri Lebih
Suami Kuasa Veto
Suami Berpenyakit Sukar Sembuh
Suami Aktivis Politik
Suami Putar Alam
Suami Satu Sen Tak Guna
Semua jalan penyelesaian bagi setiap masalah di atas telah tersedia di dalam ebook ini. Apa yang perlu anda lakukan, hanya baca ebook ini dengan sabar serta ikuti saranan-saranan yang diberikan di dalamnya.
Usah Menambah Statistik Penceraian!
Tahukah anda, sebanyak 92,678 pasangan di seluruh negara mendaftarkan penceraian masing-masing dalam tempoh 2012 hingga 2014 dengan ada antara mereka hanya berkahwin kurang daripada lima tahun?
Mengapa terjadi begitu?
Sebabnya, apabila terlihat sebarang kekurangan atau kebejatan suami, si isteri merasakan itu bukan tanggungjawabnya hendak merubah. Itu masalah suami, dialah yang kena berubah sendiri, atau ini masalah motivator, merekalah yang perlu mengubah lelaki tunggul menjadi unggul, atau ini masalah pemimpin negara, mereka yang kena menyelesaikannya.
Memang betul itu masalah mereka semua, tetapi yang pertama untuk bertindak adalah anda, isterinya. Motivator tidak boleh masuk ke dalam rumah anda untuk melihat betapa bejatnya sang suami, pemimpin negara juga tiada berupaya berbuat demikian. Jadi, ambillah inisiatif untuk membantu dan menjadi agen perubahan kepada suami, ianya lebih baik dari anda mempertikai dan menyalahkan orang lain.
Dapatkan Ilmu Serta Jalan Menjadikan Suami Anda Seorang Suami Yang Unggul & Hebat!

Dengan hanya RM29, ebook ini akan menjadi milik anda dan insyaALLAH, ianya akan dapat membantu anda mencari ikhtiar dan membuka jalan, bagaimana anda boleh mengubah suami anda, menjadi suami unggul yang anda idam-idamkan.
Usah lagi biarkan hati anda diremuk-remuk melihat karenah suami yang "macam-macam". Hentikannya sekarang dan dapatkan ebook ini segara dengan cara klik butang di bawah!
Makluman : Ini adalah merupakan sebuah eBOOK (electronic book), ianya adalah di dalam bentuk softcopy dan di dalam format PDF. Apabila anda membeli eBOOK ini, ia akan dihantar ke email anda dan anda perlu download ia ke komputer atau smartphone anda. TIADA buku fizikal yang akan dihantar atau di POS ke alamat rumah anda.
Apa Yang Terkandung Di Dalam Ebook Ini?
Baiklah, disini saya senaraikan apakah antara isi kandungan yang terdapat di dalam ebook ini!
Ebook ini adalah setebal 83 mukasurat dan mengandungi 8 bab di dalamnya.
BAB 1 : SUAMIKU, SUAMIKU JUA
Di dalam bab ini anda akan didedahkan dengan perkara paling asas di dalam menjaga hati suami dan sekaligus membentuk rumahtangga yang harmoni. Ianya bermula dengan pemilihan kata ganti diri bagi memanggil si suami. Secara tidak sedar, ia sebenarnya memberikan impak yang besar kepada si suami agar diri mereka rasa sentiasa dihormati oleh si isteri. Ketahui bagaimana panggilan kata ganti diri ini mampu mengubah dan meruntun jiwa si suami.
BAB 2 : APA ADA DALAM KEPALA SUAMI?
Suami seringkali berubah apabila si isteri juga berubah. Namun, seringkali perubahan ini tidak disedari oleh diri si isteri sendiri. Jadi, di dalam bab ini, kita akan cuba melihat, apakah sebenarnya persepsi suami terhadap isterinya?
Ada 11 jenis persepsi suami terhadap isteri yang dibongkarkan di dalam bab ini!
BAB 3 : APA YANG PATUT ISTERI LAKUKAN?
Ini adalah bab utama bagi ebook ini dan merupakan bab yang paling panjang. Di dalam bab ini, disenaraikan 72 situasi karenah suami, serta, bagaimanakah cara untuk mengatasinya. Pastikan anda baca bab ini dengan perlahan dan hadam ia betul-betul sebelum bertindak.
Lakukan apa yang disarankan, insyaALLAH, ianya akan dapat membantu menyelamatkan keharmonian rumahtangga anda!
BAB 4 : SUAMI TAKUT BINI
Dalam bab ini, didedahkan sebab mengapa si suami mula mengabaikan tanggungjawabnya serta bagaimana anda boleh cepat-cepat mengingatkan si suami dan sekaligus menjadikan suami takut pada anda.
Takut disini bukanlah bererti si suami menjadi penakut seperti tikus yang takutkan harimau. Tetapi, takut di sini adalah bermaksud menimbulkan rasa hormat dan sayang si suami terhadap isteri yang telah banyak membantu dan berkorban untuknya.
BAB 5 : _____________ UNTUK MENGUASAI SUAMI
Ini teknik ajaib! Lakukan teknik ini untuk menguasai seluruh diri suami. Lelaki ini bagai kucing peliharaan juga, kalau pandai membelai dan berkomunikasi dengannya, ia akan menjadi sangat jinak dan mengikut kata, sebaliknya jika gagal bertindak demikian, dia akan mencabar juga.
BAB 6 : ISTERI __________ UNTUK SUAMI ____________
Masa untuk menyemak semula diri.
BAB 7 : FORMULA PENYELESAIAN TOTAL
Formula utama yang saya sendiri gunakan untuk merealisasikan impian saya dan dalam masa yang sama memacu orang lain untuk turut sama berjaya!
BAB 8 : DOA MENGUASAI SUAMI
Doa khusus yang perlu diamalkan oleh si isteri untuk si suami.
Dapatkannya Sekarang!
Klik segera gambar butang di bawah untuk mendapatkan ebook ini! Dengan hanya RM29, ianya mungkin akan mengubah hidup anda untuk selama-lamanya.
Makluman : Ini adalah merupakan sebuah eBOOK (electronic book), ianya adalah di dalam bentuk softcopy dan di dalam format PDF. Apabila anda membeli eBOOK ini, ia akan dihantar ke email anda dan anda perlu download ia ke komputer atau smartphone anda. TIADA buku fizikal yang akan dihantar atau di POS ke alamat rumah anda.
P/s :- Benar!, Jodoh pertemuan dan perpisahan itu adalah ketentuan ALLAH, tapi kita sebagai manusia perlu berusaha bersungguh-sungguh dalam setiap apa yang kita lakukan. Tidak terkecuali di dalam soal mencari dan mengekalkan kebahagiaan rumahtangga. InsyaALLAH, ebook ini akan bakal membuka minda dan persepsi anda tentang peranan si isteri di dalam membentuk peribadi suami yang unggul dan hebat.
Yang benar,
DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Penulis & Pakar Motivasi
www.pikatlelaki.com
www.suamiunggul.com

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2016 01:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak yah nak boli buku ekau ni. Laki ekau banyak cakap, ambik yo tudung saji hompuk kek muko dia. Ok lah balik lako ko nanti
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2016 01:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Pakar motivasi ninmmg suami yg unggul ke...bkn dia pn ada kes ke dulu2.....i.igt2 lupa....
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2016 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
cahaya_almas replied at 12-12-2016 01:51 AM
Pakar motivasi ninmmg suami yg unggul ke...bkn dia pn ada kes ke dulu2.....i.igt2 lupa....

Yeke? Cer citer cer citer..
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2016 10:32 AM | Show all posts
Iklan buku ke ni?
Tak payah la buku2 ni..
Akal ada gunakan.
Hidup manusia bukan semua sama.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2016 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
X pyh la anak2 dara yg tgh hangat bercinta sampai langit ke7 tu nk berangan dgn mengatakan iaitu keluarkan ayat penyedap hati sendiri : ala nanti LPS KAWEN BERUBAH LAH!

Its a nonsense. Bullshit statement u r ever heard. Reality is NAN ADOOOOO!

(Tp aku x menidakkan Hidayah Tuhan dtg dgn pelbagai cara. Hakikatnya yg berlaku NAN ADO!!!)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-12-2016 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
eerm laki bipolar boleh sembuh ke baca buku ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2016 10:29 AM | Show all posts
buang masa je beli buku2 gini..
nak sgt laki ko berubah...bagi je dia minum racun tikus..
kalo dia mati, nasib la..ko kawin lain cari yg berkualiti sikit..
kalo dia tak mati, mungkin dia akan berubah sbb takut ko racun dia lagi..

so kesimpulannya...jgn bazir duit beli buku merepek mcm gini!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2016 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
onexox97 replied at 13-12-2016 08:31 AM
eerm laki bipolar boleh sembuh ke baca buku ni

Laki uols ke yang bipolar tu kak?
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2016 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Jap buku ni dia suruh kita ni sebagai isteri baca ke? Boleh ke rebus buku ni then bagi suami minum? Berubah tak?
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2016 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
MyNameIsIris replied at 15-12-2016 03:25 PM
Laki uols ke yang bipolar tu kak?

ya dik

bipolar itu suamiku

:  :  :  :  :
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2016 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
onexox97 replied at 15-12-2016 03:45 PM
ya dik

bipolar itu suamiku

Aktif lagi ke thread tu?
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2016 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
MyNameIsIris replied at 15-12-2016 03:54 PM
Aktif lagi ke thread tu?

hahaha xaktif dah

tak da update macam tu je dia
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2016 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebelum kahwin pilih siap2 dah peramgai mcm mn yg kita nak..lepas kahwin dah susah dah nk berubah...
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2016 05:22 AM | Show all posts
afja replied at 12-12-2016 10:46 PM
X pyh la anak2 dara yg tgh hangat bercinta sampai langit ke7 tu nk berangan dgn mengatakan iaitu kel ...

You must be that one living example tang spesis berangan  tuh Kan,Kan,Kan???

Itu ler...siapa suruh Kawen laki orang???? Bila dah kawen hang ingat  boleh buat Dia magnet lebih kat hang...Tapi Dia tetap lebih kat 'sebelah sana' Kan,Kan,Kan???

Padan muka hang......




Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2016 05:24 AM | Show all posts
mommymonster82 replied at 15-12-2016 09:37 PM
Sebelum kahwin pilih siap2 dah peramgai mcm mn yg kita nak..lepas kahwin dah susah dah nk berubah... ...

Susah apanya???? Mentera kemenyan yang hang amalkan untuk tundukkan laki hang...jadi tongong jerk tuh......kongsi ler dgn warga FD....naper lokek ilmu????




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2016 05:26 AM | Show all posts
Nenasketum replied at 12-12-2016 01:48 AM
Tak yah nak boli buku ekau ni. Laki ekau banyak cakap, ambik yo tudung saji hompuk kek muko dia. Ok  ...

Laki makan hasil bini kah...yang dapat ditundukkan dgn tudung saji???


Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2016 05:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Nauzubillah percaya syirik n kurafat..

Semua dosa Allah akan ampunkn kecuali syirik padaNya  ....nk syirik salah satunya percaya ada ilmu atau perantara  yg boleh  mengatasi kuasa Allah ... menuduh org lain cuba berbuat syirik menunjukkan penuduh itu percaya dgn benda syirik...

Bawak bertaubat...
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2016 05:40 AM | Show all posts
Dan bulan pun retakkkkkkkkkkkk

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2016 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Suami akan berubah bila mereka ditimpa musibah contoh sakit teruk. .kemalangan. .kematian orang  yg tersayang
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 11:40 AM GMT+8 , Processed in 0.059130 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list