CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3094|Reply: 24

JKM Campur Tangan Jika Pertikaian Antara Keluarga Tidak Diselesaikan

[Copy link]
Post time 21-10-2016 11:11 AM | Show all posts |Read mode
Sumber Foto: Melvister.com


Susulan isu berkenaaan hak penjagaan dua beradik yatim piatu yang ibu bapanya maut nahas jalan raya Mei lalu, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan campur tangan sekiranya ia gagal diselesaikan oleh ahli keluarganya.


Menurut kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim kepada Bernama, “Kami memang ada hak mengambil penjagaan anak ini (diletakkan di institusi kebajikan) bagi kepentingan kanak-kanak itu. Namun, ia adalah pilihan terakhir. Apa yang saya utamakan ialah mereka diberi kasih sayang sepenuhnya.”

Difahamkan selepas kemalangan maut tersebut, ahli keluarga dua beradik berkenaan telah menyerahkan hak penjagaan kepada salah seorang daripada mereka, namun sekarang mereka berebut sesama sendiri untuk mendapatkan hak yang sama.


Keadaan ini amat mengecewakan dan pihak JKM sedang mendapatkan maklumat lengkap berkenaan dua beradik tersebut yang dikenali sebagai Amira, 8 dan Aqilah, 5 sebelum tindakan lanjut diambil.


Tambah Rohani, “Ia adalah pertikaian keluarga. Saya harap mereka dapat selesaikannya supaya berada pada keadaan terbaik untuk menjaga dua kanak-kanak itu."


Sekarang dua beradik tersebut di bawah hak penjagaan kakak kepada mangsa yang maut, Yusnidah Hussain.


Kekecohan ini berlaku gara-gara berlaku pertikaian berkaitan wang sumbangan orang ramai antara Yusnidah dengan adik beradiknya menyebabkan masalah itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2016 11:46 AM | Show all posts
ambik je, tapi jgn lupa dakwa kalau betul ada penyelewengan duit derma tu....
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2016 11:57 AM | Show all posts
duit pnya pasal adik beradik berantakan
mmg duit "berhantu"
bila dah jadi kes baru sebok nk amik hak penjagaan
eh nak kaver kesalahan diri sendiri ker ?
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2016 12:03 PM | Show all posts
bio mereput perut yang makan duit harom tu ...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2016 12:14 PM | Show all posts
Apake bongok...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2016 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Ambik je..
Padan muka semua melopong
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-10-2016 12:34 PM | Show all posts
kesian budak2 tu klu duk umah kebajikan gomen....
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2016 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo btui mkn harta ank yatim mmg lh mgundang bala..azab amat lah berat..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2016 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by catalina at 21-10-2016 01:44 PM

Sepatutnya JKM involves dr awal jd Mediator. Tgk kan saper yg setuju bela, klu ada duit derma pastikan masuk dlm fund yayasan n duit tidak diseleweng. Appoint lawyer utk monitor pengeluaran duit tu. Buat lawatan ke rumah utk tgk well being anak2 ni dijaga.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2016 01:47 PM | Show all posts

.. tu laaa ... sepatutnya begitu la ..... ni ..bila dahkecoh2 ..... mulalah mencapub ....
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2016 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana family sblah mak....

Agaknya family sblah bapak nak conqouer semua tu yg family sblah mak tak lh bersuara....


Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2016 02:22 PM | Show all posts
memang adik beradik jenis CELAKA......
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2016 02:27 PM | Show all posts
buat malu je
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2016 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Better amik,tapi maybe blh bagi pendidikan private school mcm parent dia bagi berdasarkan belanja yg budak2 tu ada,lawyer pegang duit,hujung2 nanti umur 18,boleh bagi balik kat mereka.. Sesiapa pun boleh datang melawat tayah nak halang2
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2016 03:11 PM | Show all posts
budak2 tu dah jadi mcm hiasan la pulak.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2016 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa JKM berhak?kan budak2 tu ada keluarga lg?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2016 03:32 PM | Show all posts
Bagi je la kat siti nurhaliza
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2016 03:34 PM | Show all posts
jazaa100 replied at 21-10-2016 01:54 PM
Mana family sblah mak....

Agaknya family sblah bapak nak conqouer semua tu yg family sblah mak ta ...

katanya family sebelah mak pun dah ambik kesempatan.
dah keluarkan insurans arwah tapi duit tak sampai utk bebudak ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2016 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
apikwaeh replied at 21-10-2016 03:34 PM
katanya family sebelah mak pun dah ambik kesempatan.
dah keluarkan insurans arwah tapi duit tak s ...

Adohai......


Sampai mcm tu sekali penangan duit kannn....
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2016 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Bab duit/harta sangat sensitive, boleh hilang imam dibuatnya
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 07:47 PM GMT+8 , Processed in 0.591965 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list