CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 14734|Reply: 61

Dr Harun Din meninggal dunia

[Copy link]
Post time 16-9-2016 05:29 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 11-12-2018 02:15 PM

The latest on kawasan perkuburan Dr Haron Din 2018  dalam FB Tuan Zainul Rijal
nice....

Boleh lihat lihat CANTIk subhanallah ....


https://www.facebook.com/photo.p ... 0126&type=3&theater
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-9-2016 05:30 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 16-9-2016 05:36 PM
KUALA LUMPUR 16 Sept. - Setelah sekian lama menghidapi penyakit jantung, Musyidul Am PAS Datuk Dr. Haron Din menghembuskan nafas terakhirnya hari ini di Hospital Stanford University, San Francisco.
Haron, 76, meninggal dunia pada 10.10 pagi (waktu Malaysia) di sisi anggota keluarganya.
Beliau meninggalkan seorang isteri Datin Khatijah Din serta dua lelaki dan tiga perempuan.

Allahyarham dilahirkan pada 18 Ogos 1940, di Bohor Mali, Kangar, Perlis kepada pasangan guru Al-Quran dan merupakan anak ketiga daripada 10 beradik yang mendalami ajaran Islam.

Selain dikenali sebagai pemimpin PAS, Haron juga terkenal sebagai tokoh pendidik kekeluargaan Islam dan pengamal perubatan Islam.
Allahyarham menyandang jawatan Mursyidul Am PAS pada Mac tahun lepas bagi menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yan meninggal dunia pada Februari akibat kanser prostat.

Haron bergiat aktif dalam PAS sejak 1974 ketika berusia 34 tahun sebelum dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (1975-1983).
Allahyarham pernah dilantik sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahli Majlis Syura Ulama dan Timbalan Mursyidul Am.
Beliau mendapat pendidikan awal di Madrasah al-Islahiah al-Wataniah, Bohor Mali, Madrasah al-'Alawiyah al-Diniah, Al-Kuliah al-Islamiah sebelum menyambung pelajaran di Kolej al-Islamiah Klang, Selangor dan Kolej Islam Malaya.

Allahyarham kemudian melanjutkan pengajian dalam jurusan Pendidikan di Universiti Kaherah sebelum menyambungnya di peringkat doktor falsafah dalam jurusan Syariah di Universiti Darul Ulum, Kaherah.

Selepas kembali ke tanah air, beliau kemudian bertugas sebagai pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia dan meneruskan khidmatnya dalam perubatan Islam.

Allahyarham Haron merupakan pengasas Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa') iaitu sebuah klinik rawatan Islam alternatif yang terkenal dalam kalangan umat Islam.

Darussyifa', yang ditubuhkan pada 17 April 1988 di Bangi, kini memiliki lebih daripada lima cawangan di Lembah Klang dan Negeri Sembilan.
Haron juga pernah dilantik sebagai Anggota Majlis Penasihat Syariah di beberapa institusi perbankan termasuk Bank Negara Malaysia, CIMB dan Muamalah Financial Consulting.

Pada 2010, Allahyarham dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1432 Selangor.
Mempunyai bakat dalam bidang penulisan, Allahyarham telah menulis beberapa buku ilmiah termasuk Manusia dan Islam, Falsafah Pendidikan Islam, Obor Islam, Tasawur Islam dan Hudud dalam Perudangan Islam.-BERNAMA
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.v8xbbVnC.dpuf
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2016 05:37 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 16-9-2016 07:29 PM

semoga Allah luaskan barzahnya , semoga segala ilmu  yang bermanfaat diberikan menjadi peneman berterusan di barzah.

Terima kasih atas sumbangan.....

bagus hidup yg memanfaatkan orang ....Allah sayang
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2016 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 16-9-2016 05:37 PM
semoga Allah luaskan barzahnya , semoga segala ilmu  yang bermanfaat diberikan menjadi penaman berte ...

Amin~ . Al~Fatihah .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2016 07:27 PM | Show all posts


KUALA LUMPUR 16 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah menguruskan sebuah jet untuk membawa jenazah Allahyarham Datuk Dr. Haron Din pulang ke tanah air.

Perkara itu disahkan oleh Ahmad Zahid melalui Twitter beliau hari ini dan telah dibincangkan bersama isteri Allahyarham, Datin Khadijah Salleh.
“Saya sekeluarga turut berdukacita atas kembalinya Datuk Dr. Haron Din. Saya bercakap dengan isteri beliau.
“Perdana Menteri dan saya sudah urus jet bawa jenazah pulang,” katanya. - UTUSAN ONLINE

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.9mvzu4l5.dpuf
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2016 07:28 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 17-9-2016 12:19 AM
اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَاَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرْدِ وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ اْلاَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ وَاَبْدِلْهُ دَارًاخَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَاَهْلاً خَيْرًا مِنْ اَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ وَاَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَاَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَفِتْنَتِهِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ. اَللهُمَّ اغْفِرْ لِحَيِّنَا وَمَيِّتِنَا وَشَاهِدِنَا وَغَائِبِنَا وَصَغِيْرَنَا وَكَبِيْرَنَا وَذَكَرِنَا وَاُنْثَانَا. اَللهُمَّ مَنْ اَحْيَيْتَهُ مِنَّا فَاَحْيِهِ عَلَى اْلاِسْلاَمِ وَمَنْ تَوَفَّيْتَهُ مِنَّا فَتَوَفَّهُ عَلَى اْلاِيْمَانِ. اَللهُمَّ لاَتَحْرِمْنَا اَجْرَهُ وَلاَتُضِلَّنَا بَعْدَهُ بِرَحْمَتِكَ يَآاَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ. وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

ALLAAHUMMAGHFIRLAHU WARHAMHU WA'AAFIHII WA'FU ANHU WA AKRIM NUZU LAHU WA WASSI' MADKHOLAHU WAGHSILHU BILMAAI WATS-TSALJI WALBARODI WANAQQIHI MINAL KHOTHOOYAA KAMAA YUNAQQOTS TSAUBUL ABYADHU MINADDANASI WA ABDILHU DAARON KHOIRON MIN DAARIHI WA AHLAN KHOIRON MIN AHLIHI WAZAUJAN KHOIRON MIN ZAOJIHI WA ADKHILHULJANNATA WA 'AIDZHU MIN 'ADZAABILQOBRI WAFITNATIHI WAMIN 'ADZAABINNAARI. ALLOOHUMMAGHFIR LIHAYYINAA WAMAYYITINAA WASYAAHIDINAA WAGHOOIBINAA WASHOGHIIRONAA WAKABIIRONAA WADZAKARINAA WAUNTSAANA. ALLOOHUMMA MAN AHYAITAHU MINNAA FA AHYIHI 'ALAL ISLAAMI WAMAN TAWAFFAITAHU MINNAA FATAWAFFAHU 'ALAL IIMAANI. ALLOOHUMMA LAA TAHRIMNAA AJROHU WALAA TUDHILLANAA BA'DAHU BIROHMATIKA YAA ARHAMAR ROOHIMIINA. WALHAMDU LILLAAHI ROBBIL 'AALAMIINA.

Artinya :
Wahai Allah, ampunilahrahmatailah, bebaskanlah dan lepaskanlah dia. Dan muliakanlah tempat tinggalnya, luaskanlah dia. Dan muliakanlah tempat tinggalnya, luaskanlah jalan masuknya cucilah dia dengan air yang jernih lagi sejuk, dan bersihkanlah dia dari segala kesalahan bagaikan baju putih yang bersih dari kotoran, dan gantilan rumahnya dengan rumah yang lebih baik daripada yang ditinggalkannya, dan keluarga yang lebih baik, dari yang ditinggalkan, serta suami (istri) yang lebih baik dari yang ditinggalkannya pula. Masukkanlah dia kedalam surga, dan lindungilah dari siksanya kubur serta fitnahnya, dan dari siksa api neraka. Wahai Allah berikanlah ampun, kami yang masih hidup dan kami yang telah meninggal dunia, kami yang hadir, kami yang ghoib, kami yang kecil-kecil kami yang dewasa, kami yang pria maupun wanita. Wahai Allah, siapapun yang Engkau hidupkan dari kami, maka hidupkanlah dalam keadaan iman. Wahai Allah janganlah Engkau menghalangi kami, akan pahala beramal kepadanya dan janganlah Engkau menyesatkan kami sepeninggal dia dengan mendapat rahmat-Mu wahai Tuhan lebih belas kasihan. Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

Itulah Lafadz Doa Khusus untuk Mayit. Jangan lupa untuk selalu mendoakan orang-orang yang telah mendahului kita, karena suatu saat nanti kita pasti akan menyusulnya. Dan dengan selalu mengirim doa kepada orang-orang yang sudah meninggal, terutama kedua orang tua dan/atau keluarga, semoga nanti ketika kita meninggal juga selalu dikirimi doa oleh orang-orang yang masih hidup. Amien.
http://www.blogkhususdoa.com/201 ... in-dan-artinya.html


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-9-2016 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Al-Fatihah
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2016 07:43 PM | Show all posts
Al-Fatihah...
gugurnya seorang lg permata yang dikagumi orang Islam..sangat2 rasa kehilangan Arwah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2016 08:08 PM | Show all posts
Innalillahi wainn ilaihi rajiun..
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2016 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
al fatihah.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2016 10:22 PM | Show all posts
Keluarga mahu kebumi jenazah Haron Din di San Francisco
16 September 2016 5:09 PM
  223  4 Google +0

Haron Din
KUALA LUMPUR 16 Sept. - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, jenazah Mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Dr. Haron Din akan dikebumikan di San Francisco, Amerika Syarikat.

Beliau dimaklumkan mengenai perkara itu selepas berhubung dengan keluarga Haron.
"Baharu bercakap dengan keluarga TG Dt Dr Harun Din (Tuan Guru Datuk Dr Haron Din). Keluarga sepakat pengkebumian di San Francisco.
"Solat jenazah di Masjid AnNur di sana," katanya dalam catatan terbaharunya di laman Twitter rasmi beliau hari ini.

Sebelum ini, Ahmad Zahid memaklumkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan beliau sudah menguruskan penghantaran jet ke Amerika Syarikat bagi membawa pulang jenazah tokoh agama itu.


Haron, 76, meninggal dunia pada 10.10 pagi (waktu Malaysia) di Hospital Stanford University, San Francisco, Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung.
Allahyarham dimasukkan ke hospital berkenaan bagi mendapatkan rawatan lanjut berhubung masalah jantung yang dihidapinya.
Allahyarham meninggalkan isteri Datin Khatijah Salleh serta dua anak lelaki dan tiga anak perempuan.-BERNAMA
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/keluarga-mahu-kebumi-jenazah-haron-din-di-san-francisco-1.383479#sthash.UpAue156.dpuf



Para ulamak yg memahami Islam adalah mereka yg bermanfaat dan bukan saha membawa kebaikan ketika hidupnya malah apabial meminggal pun lihatlah betapa mudahnya wasiat  Dr  Harun Din, kebumikan di sana

u see? org yg faham islam mudah saja dan memudahkan semua


bless him

semoga diluaskan barzah untuknya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2016 12:17 AM | Show all posts
Siapa Dr Haron Din yang kita kenali
Nizam Bakeri, Astro Awani |  Diterbitkan pada September 16, 2016 13:43 MYT

Facebook  Twitter  Email  Google  whatsapp icon
Siapa Dr Haron Din yang kita kenali
Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan lima orang cahaya mata - Foto fail
Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din telah meninggal dunia di San Francisco pada jam 10.05 waktu Malaysia pagi ini.

Pemergian beliau merupakan kehilangan besar dan pelbagai pihak telah menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham termasuklah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selain dikenali sebagai figura politik penting negara, Allahyarham juga sentiasa dikenang sebagai pendidik, pendakwah, dan pengasas Darussyifa, pusat perubatan Islam terkenal negara.

Berikut merupakan 9 fakta mengenai Allahyarham:  

1. Dilahirkan pada 18 Ogos 1940 di Kangar, Allahyarham merupakan anak ketiga daripada 10 orang adik-beradik.

2. Allahyarham mendirikan rumah bersama Datin Khadijah binti Haji Salleh dan dikurniakan lima orang cahaya mata: Huda, Hamdi, Salwa, Najmi dan Hana.

3. Ketika belajar agama di Madrasah al-‘Alawiyah al-Diniah, Allahyarham mengayuh basikal sejauh 20 kilometer setiap hari ke sekolah.

4. Allahyarham dipanggil temuduga untuk menyambung pelajaran ke Kolej Islam Malaya selepas beliau mengirim surat permohonan bertulisan tangan sepenuhnya dalam bahasa Arab. Selepas ditemuduga, Allahyarham diterima sebagai pelajar pada hari yang sama.

5. Allahyarham memiliki kelulusan Sarjana Syariah dari Universiti Al-Azhar dan Doktor Falsafah Syariah dari Universiti Darul Ulum.

6. Selain aktif dalam bidang akademik di Universiti Kebangsaan Malaysia, Allahyarham juga giat menulis dan telah menerbitkan lebih 50 buah buku dalam bidang agama, politik, dan perubatan Islam.

7. Penglibatan Allahyarham dalam Parti Islam se-Malaysia (PAS) mula aktif pada tahun 1975 apabila beliau menjadi Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. Beliau pernah menjadi Ketua Penerangan PAS Pusat dan Timbalan Mursyidul Am. Beliau menggantikan Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Mursyidul Am pada 9 Mac 2015.
8. Allahyarham bertanding di kerusi Parlimen Arau dalam tiga pilihan raya umum (2004, 2008, 2013) dan dalam kesemua percubaan tewas kepada calon UMNO.

9. Allahyarham juga turut aktif menjadi ahli majlis penasihat syariah dalam sektor kewangan dan perbankan. Bank Negara, RHB, Public Bank, CIMB, dan Suruhanjaya Sekuriti merupakan antara institusi yang mendapatkan kepakaran beliau.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2016 12:22 AM | Show all posts
Jenazah Haron Din dikebumi selepas solat Jumaat di San Francisco
Astro Awani |  Diterbitkan pada September 16, 2016 22:53 MYT





Jenazah Allahyarham akan dimandi dan disolatkan di Masjid An Noor Santa Clara, San Francisco, pada pukul 10 pagi Jumaat waktu tempatan.


Jenazah Haron Din dikebumi selepas solat Jumaat di San Francisco


Jenazah Allahyarham akan dimandi dan disolatkan di Masjid An Noor Santa Clara, San Francisco, pada pukul 10 pagi Jumaat waktu tempatan.
KUALA LUMPUR: Jenazah Mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Haron Din akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Five Pillars, 1761 Laughlin Rd, Livermore, California, Amerika Syarikat (AS) selepas solat Jumaat waktu tempatan (4 pagi waktu Malaysia).

Keputusan untuk kebumikan di San Francisco dibuat kerana ia amanat Allahyarham sendiri kepada ahli keluarga serta sahabat jika ditakdirkan meninggal dunia di negara itu.

Jenazah Allahyarham akan dimandi dan disolatkan di Masjid An Noor Santa Clara, San Francisco, pada pukul 10 pagi Jumaat waktu tempatan (1.00 pagi Sabtu waktu Malaysia).

Beberapa masjid di seluruh negara akan mengadakan solat jenazah ghaib antaranya di Kompleks PAS Perlis di Jalan Stadium Utama, Kangar malam ini dan di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada pukul 9 pagi Sabtu.

Haron, 76, meninggal dunia pada 10.10 pagi (waktu Malaysia) di Hospital Stanford University, San Francisco, Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung.

Allahyarham dimasukkan ke hospital itu bagi mendapatkan rawatan lanjut berhubung masalah jantung yang dihidapinya.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri Datin Khatijah Salleh serta dua anak lelaki dan tiga anak perempuan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2016 01:02 AM | Show all posts



Tadi selepas Solat Jumaat, kami di sini sempat menunaikan Solat Janazah Ghaib untuk Allahyarham Tuan Guru.


Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2016 01:15 AM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 16-9-2016 05:30 PM
Edited by mbhcsf at 16-9-2016 05:36 PM
KUALA LUMPUR 16 Sept. - Setelah sekian lama menghidapi peny ...

Sis aku harap kau dapat edit tajuk kepada Belasungkawa Dato Dr Haron Din . Sebab banyak info info terdahulu yang ramai pihak tak tahu . Sekadar ikhtisar aku je .

Assalam .
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2016 01:55 AM | Show all posts
Edited by burungantu at 17-9-2016 02:05 AM
RamboMandul replied at 17-9-2016 01:15 AM
Sis aku harap kau dapat edit tajuk kepada Belasungkawa Dato Dr Haron Din . Sebab banyak info info  ...

Waalakumussalam warahmatullah

Nampaknya Tuan Rambo ni minat "bahasa"..

Tapi..kata "belasungkawa" asal drp bahasa jawa bermaksud "Takziah" atau "turut berdukacita"..

Bagi Uncle...Tajut TT dah O.K..sebagai doa.."Ke rahmatullah"



Tuan Rambo pun guna kata " Ikhtisar" ..(maksud : ringkasan cerita, sinopsis )
macam tak kena dgn ayat Tuan..
Sekadar ikhtisar aku je .

rasanya..kata "saranan" lebih sesuai..



Maaf Tuan Rambo..Uncle tertarik dgn minat Rambo pada bahasa..teruskan minat Tuan ya..harap tak terasa..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-9-2016 02:54 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2016 02:57 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 17-9-2016 03:32 AM

Haron Din meninggal dunia
Jenazah dikebumikan di San Francisco, Amerika Syarikat
HUSSAINI AMRAN  |  17 September 2016 12:21 AM



KUALA LUMPUR 16 Sept. - Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din yang meninggal dunia di Hos-pi-tal Universiti Stanford, San Francisco, Amerika Syarikat (AS) a-kan dikebumikan di negara ber-kenaan kira-kira pukul 6 pagi esok (waktu Malaysia).


Haron, 76, meninggal dunia pada pukul 10.10 pagi hari ini (waktu Malaysia) di hospital itu akibat komplikasi jantung.

Allahyarham yang ditemani beberapa ahli keluarganya bertolak ke San Francisco pada 10 September lalu sebelum dima-sukkan ke hospital berkenaan bagi mendapatkan rawatan lanjut berhubung masalah jantung yang dihidapinya.

Beliau meninggalkan seorang isteri, Datin Khadijah Salleh, 70, serta dua anak lelaki dan tiga anak perempuan.

Pemergian Allahyarham disifatkan sebagai satu kehilangan besar kepada negara.
Salah seorang anak Allahyarham berkata, jenazah Haron akan dimandi dan dikafankan pagi esok (waktu California) manakala solat jenazah akan diadakan selepas solat Jumaat di Masjid An-Nur, Santa Clara, California pada hari sama.


Menurut beliau, mereka sekeluarga mengambil keputusan itu setelah mempertimbangkan beberapa pilihan termasuk membawa pulang jenazah Allahyarham ke Malaysia.

“Semua pilihan ada baik dan buruknya. Kami berbincang dan mempertimbangkan semua-nya. Bukan mudah untuk kami membuat keputusan, hati amat berat.

“Kami memilih untuk menguruskan jenazah baba dengan sempurna dan cepat. Baba berpesan beberapa kali kepada kami bahawa di mana dia menghembus nafas terakhir, di situ dia bersemadi,” katanya dalam catatan melalui laman Facebook bapanya hari ini.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi melalui Twi-tter beliau memberitahu, keluarga Allahyarham bersepakat untuk mengebumikan jenazah di San Francisco.

“Baru bercakap dengan ke-luarga Datuk Dr. Haron Din. Ke-lua-r-ga sepakat pengebumian di San Francisco. Solat jenazah di Masjid An-Nur di sana,” katanya.

Terdahulu, Ahmad Zahid mela-lui Twi-t-ter beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan beliau telah me-nguruskan sebuah jet untuk membawa jenazah Haron pulang ke negara ini.

Dalam pada itu, Ketua Pene-rangan Pas, Nasrudin Hassan ketika dihubungi menjelaskan, keluarga Allahyarham akur dan reda dengan keputusan tersebut memandangkan proses untuk membawa pulang jenazah adalah amat rumit.
“Jenazah terpaksa menempuh perjalanan yang panjang sebelum tiba di Malaysia,” katanya.

Menurutnya, solat jenazah ghaib akan diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam pada pukul 9 pagi esok yang akan diimamkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.





- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.vllcQ1kU.dpuf











- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.0RUjDqIy.dpuf

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2016 02:58 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2016 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
burungantu replied at 17-9-2016 01:55 AM
Waalakumussalam warahmatullah

Nampaknya Tuan Rambo ni minat "bahasa"..

Ikhtisar - pendapat yang ringkas mengenai sesuatu .
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 05:41 PM GMT+8 , Processed in 0.216976 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list