CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7119|Reply: 85

[Tempatan] Update #52 Untuk Melayu dan Peribumi, #83, #86 Nama parti = BERSATU

[Copy link]
Post time 4-8-2016 01:30 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 9-8-2016 05:51 AM

Muhyiddin daftar parti baru dengan ROS esok

http://www.malaysiakini.com/news/351041

Hari ini, 10:36 pagi      Hari ini, 12:00 tengahari



Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan beliau akan mendaftarkan sebuah parti politik baru dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS), sekaligus mengakhiri spekulasi mengenai langkah seterusnya selepas dipecat dari Umno.

Dalam tulisan di Facebook, Muhyiddin berkata satu mesyuarat telah diadakan di kediaman bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad malam tadi.

"Saya akan menyerahkan permohonan untuk mendaftarkan parti baru ini keada Pejabat Pendaftaran Pertubuhan dalam masa terdekat.

"Sama-samalah kita berdoa semoga permohonan ini akan diluluskan, Insya-Allah, kita akan lakukan yang terbaik untuk rakyat dan negara," katanya.

Muhyiddin turut berkongsi beberapa keping gambar di mesyuarat itu yang dihadiri oleh Mahathir, anaknya Datuk Seri Mukhriz yang juga bekas menteri besar Kedah dan bekas pemimpin Wanita Umno Langkawi Anina Saadudin.

Turut hadir ialah presiden Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) Kamarul Azman Habibur Rahman dan pemimpin kumpulan belia, Challenger, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Adalah difahamkan dokumen pendaftaran akan dikemukakan esok.

Ketika dihubungi, Syed Saddiq memberitahu Malaysiakini bahawa ketujuh-tujuh mereka akan menjadi kumpulan ahli pertama parti itu yang diketuai oleh Muhyiddin sebagai presiden.

Mahathir, katanya, akan berperanan sebagai pengerusi parti.

"Kita semua tahu bahawa sebelum ini Tun (Dr Mahathir) bercakap tentang pembentukan sebuah parti baru.

"Tetapi pada mesyuarat malam tadi, terdapat peretujuan bahawa kami akan menjadi yang tujuh anggota pertama parti, seperti yang dinyatakan dalam borang ROS," kata Syed Saddiq.

Menurut beliau, perbincangan formal untuk menubuhkan parti itu telah berlangsung selama kira-kira sebulan selepas Muhyiddin dan Mukhriz dipecat dari Umno.

Ini, kata Syed Saddiq, adalah kerana mereka dan ahli-ahli lain yang akhirnya dipecat daripada Umno, mahu menggunakan semua saluran dalaman parti untuk menyuarakan kritikan mereka terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Kita memerlukan platform baru sekarang. Perkara paling penting ialah kita mahu menubuhkan parti baru yang tidak akan mengulangi kesilapan lalu," katanya.

Muhyiddin, Mukhriz, Anina dan Kamarul Azman adalah antara pemimpin Umno yang dipecat kerana kritikan terbuka mereka terhadap Najib dan skandal "sumbangan" RM2.6 bilion.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2016 01:37 PM | Show all posts
"Sama-samalah kita berdoa semoga permohonan ini akan diluluskan, Insya-Allah, kita akan lakukan yang terbaik untuk rakyat dan negara," katanya.


amin
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2016 01:39 PM | Show all posts
Edited by EJALTI at 4-8-2016 05:40 AM

Muhyiddin Akan Kemuka Permohonan Parti Baharu Kepada RoS

http://www.mstar.com.my/berita/b ... -daftar-parti-baru/

Diterbitkan: Khamis, 4 Ogos 2016 11:18 AM

Oleh: THE STAR



PETALING JAYA: Bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengemukakan permohonan kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) mengenai penubuhan parti baharu Tun Dr Mahathir Mohamad.

Muhyiddin berkata, mesyuarat mengenai penubuhan parti baharu itu diadakan di kediaman bekas perdana menteri pada Rabu malam.

"Alhamdulillah. Mesyuarat penubuhan parti baru di kediaman Dr Mahathir malam tadi berlangsung dengan sempurna.

"Saya akan menyerahkan permohonan untuk mendaftar parti baru ini kepada Pejabat Pendaftar Pertubuhan dalam masa terdekat," katanya menerusi posting di akaun Facebooknya pada Khamis.

Menurut Muhyiddin, beliau berharap agar permohonan tersebut diluluskan.

"Sama-samalah kita berdoa semoga permohonan ini akan diluluskan. InsyaAllah, kita akan lakukan yang terbaik untuk rakyat dan negara," katanya.

Posting tersebut turut memuat naik beberapa gambar mesyuarat yang dihadiri Dr Mahathir, bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; aktivis, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; bekas anggota Wanita Umno Langkawi, Ainina Saaduddin; Ketua Umno Cawangan Telok Kemang yang dipecat, Kamarul Azman Habibur Rahman dan Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi, anak lelaki kepada veteran Umno, Tan Sri Sanusi Junid.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2016 01:44 PM | Show all posts
abis laaaa malaya....
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2016 02:28 PM | Show all posts
patut la jiran aku hr tu dh tnya bapak aku. nk masuk parti bru tak parti tun..
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2016 02:58 PM | Show all posts
berapa banyak parti daa...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-8-2016 02:59 PM | Show all posts
kita tidak gentar dengan parti nyamuk ini
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2016 03:02 PM | Show all posts
Sapeek mempedal mana?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2016 03:06 PM | Show all posts
mohon komen dari bang jibby sepatah dua..
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2016 03:10 PM | Show all posts
Dah kalu lagu ni, kerusi mana lah agaknya Amanah nak betanding ye...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2016 03:12 PM | Show all posts
Go TUN!! amik balik Mesia ni ha..
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2016 03:22 PM | Show all posts
chinta89 replied at 4-8-2016 03:06 PM
mohon komen dari bang jibby sepatah dua..

Saya tidak Ada masalah dengan sesiapa sahaja Yang ingin membentuk Parti baru.....ini negara demokratik berpelembagaan.....kalau ikut pandangan peribadi Saya, the more the merrier.....kerana secara stategiknya dgn lebih banyaknya parti2 pembangkang Yang ditubuhkam hanya akan mengecilkan/ split undi pada pihak pembangkang....

Sekian....
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2016 03:28 PM | Show all posts
knp berdaftar ngan ahkak ROS....
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2016 03:31 PM | Show all posts
namirulmukminin replied at 4-8-2016 03:10 PM
Dah kalu lagu ni, kerusi mana lah agaknya Amanah nak betanding ye...

Tunggu Dap sedekah le....
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2016 03:36 PM | Show all posts
Suatu masa Tun M bersama PH untuk menjatuhkan jibby atas alasan selamatkan rakyat & negara.
Suatu masa pula Tun M bersama rakan untuk jatuhkan PH atas alasan selamatkan rakyat & negara.

Manakala macai2 bersorak tak tau apa, hujung2 kena tipu semua, padan muka.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2016 03:43 PM | Show all posts
kompom @dcruins  misti panas bontot lepas nih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2016 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebagaimana ramainya sultan, mentri2 di mesia ni, begitulah jugak banyak parti2 nk ditubuhkan di negara sebesar jantung pisang ni.



Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2016 04:18 PM | Show all posts

kata nya mahu parti baru juga tuk rkyat sabah
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2016 04:20 PM | Show all posts
Diharap semua parti pembangkang dapat bekerjasama..
Kalau x, buat pecah undi je
Kalau macam tu sampai bila-bila la UMNO akan berkuasa.
Sekian terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2016 04:29 PM | Show all posts
rasa macam dejavu pulak. Tiba2 teringat parti semangat 46
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 06:46 AM GMT+8 , Processed in 0.072805 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list