Edited by Zaien at 15-9-2016 10:37 AM
Assalammualaikum para readers..
selama ni aku dok baca & reply dalam bod seram nih..
ni aku nak kongsi kisah-kisah yang pernah aku, famili dan rakan2 alami...
sebelum ni aku pernah post kisah kt page seram kt FB..
ni aku nak post sini..
KISAH 1
kisah ini berlaku di kampung mak aku Riau, Indonesia. (masih tinggal nenek,saudara-mara disana)
Ini pengalaman pak Usu aku zaman remajanya.
Pak Usu aku ni suka menyakat adik beradik tambahan pula nenek aku ada ambil anak angkat cina aket( kt sana klau sebut aket tu orang asli) yang dijadikan bongsu dalam keluarga yang dipanggil busu As.
Busu As merupakan anak yang cengeng, mungkin sebab anak bongsu. jika nasi tidak dipenuhkan satu pinggan dia akan merajuk dan menangis lalu bertinggung atas tangga kayu rumah. mak aku pun kadang naik angin bengang dengan perangai mengada-ngada adik bongsu diorang ni dan pernah lempar sambal cili kat busu As ni (orang dulu-dulu gurau kasar) . disebabkan oleh itu, pak Usu suka la menyakat adiknya itu.
pada suatu hari waktu malam, busu As merajuk lagi lalu berlari ke tangga. Pak Usu dapat idea plan nak kenakan busu As ni, lalu pak Usu menyarung telekung putih nenek lalu menyusur perlahan-lahan dicelahan semak lalang depan rumah untuk menakutkan busu As. busu As pun nampak kain putih terlompat-lompat terus lari masuk dalam rumah. hal ni berlanjutan berminggu-minggu untuk menakutkan busu As.
sehinggalah terjadinya pada ketika itu, pak Usu melihat sendiri kejadian seperti dia pernah lakukan. Apa yang dilihat adalah satu lembaga putih terlompat-lompat di celah semak-semak waktu senja malam sama seperti dia pernah lakukan untuk menakutkan busu As.
Nenek aku cakap jangan main sergah/takut2 kan orang macam tu lagi, sebab setan/hantu suka mengikut apa kita buat camtu. Sejak kejadian tersebut, pak Usu serik nak menyakat pakai telekung nenek. Busu As pun tak cengeng lagi.
|