Minggu lalu, Wawa, salah seorang anaknya maut dalam kemalangan jalan raya di Chendor, Cherating, Pahang.
Bila ibu bapa arwah Wawa bertanyakan tentang polisi yang diambil untuk arwah pada pihak insuran, mereka dimaklumkan bahawa polisi yang mereka bayar RM48 sebulan selama 10 tahun tidak melindungi kes kematian.
Paling membuatkan mereka terluka hati ialah, mereka hanya akan dibayar RM150 sahaja untuk tamatkan polisi arwah Wawa.
Kegilaan apakah ini? Berapa ramai agaknya rakyat marhaen seperti ibu bapa arwah wawa yang 'terperdaya' dengan polisi insuran Takaful yang ditawarkan oleh CIMB atau bank-bank lain melalui ejen-ejen mereka?
Ini bukan soal legality tetapi soal morality! Pastinya penjualan plan insuran takaful ini melalui telemarketers bank yang telah 'memperdaya' ribuan ibu bapa rakyat marhaen yang tidak faham selok belok insuran. Apatah lagi memahami polisi yang diberi dalam bahasa inggeris.
This is a daylight robbery terhadap rakyat yang tidak berapa cerdik dan menyangka polisi yang mereka bayar setiap bulan bertahun-tahun demi kasih sayang mereka terhadap anak-anak mereka, rupa-rupanya hanya kertas bodoh yang hanya memberikan kekayaan terhadap pihak bank dan syarikat insuran.
Apa tindakan pihak berwajib dalam isu ini?
Apa Komen Korang? Insuran Sekadar Jual Mimpi? Kertas Tidak Berguna? Takaful atau Takafool? Hari ini WAWA...esok mungkin anak anak yang lain...
Mohon Sebarkan Perkongsian Info ini ...
Sumber : Azmi Ibrahim