CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5602|Reply: 12

[Jenayah] Kena Panggil Dengan HR, Suruh Tandatangan Surat Terminate Sebab MC, Kena Datang Semula Ambil Gaji Dalam Bentuk Cek!

[Copy link]
Post time 27-6-2024 08:39 PM | Show all posts |Read mode


SIKAP dan tingkah laku generasi Z ketika menyelesaikan masalah mahupun berdepan situasi getir sering menjadi perhatian masyarakat.

Terkini, tular satu hantaran seorang pelayar Facebook dikenali Aiman yang mendapat kecaman hebat gara-gara melontarkan pertanyaan di satu grup platform media sosial tersebut.

Rata-rata netizen menyifatkannya dirinya sebagai kurang cerdik berdasarkan senario yang diceritakan, serta pertanyaan berhubung tuntutan yang boleh dibuat kerana penamatan kerja serta merta.

"Saya baru kerja bermula 4 Jun. 19 dan 20 Jun saya MC (medical leave). 21 Jun saya datang, baru masuk pejabat tiba-tiba kena panggil dengan HR (bahagian sumber manusia).

"Dia tanya kenapa tak maklumkan nak MC, saya jawab sebab tiada nombor sesiapa pun... nombor syarikat, pejabat atau HR tiada untuk maklum.

"Kemudian dia (HR) tanya tak boleh datang pejabat untuk maklumkan? Saya diam. Tiba-tiba dia bagi surat suruh isi dan tandatangan," ujarnya yang mengaku tidak membaca kandungan surat berkenaan.

Menyangkakan surat tersebut berkaitan cuti tanpa gaji, dia terkejut apabila dimaklumkan telah ditamatkan pekerjaan dan diarahkan untuk pulang ke rumah.

Menurut anak muda ini lagi, majikan mengambil tindakan tersebut kerana dia tidak memaklumkan cuti sakit kepada pihak syarikat.

"Dia (HR) cakap terminate sebab tak maklum MC, saya perlu datang semula pada 7 Julai untuk ambil gaji dalam bentuk cek," tambahnya yang masih dalam tempoh percubaan.

    Lawak betul di zaman teknolgi alasan tiada nombor untuk dihubungi. Memang 'generasi bersuap'.
    WARGA MAYA

Susulan daripada itu, dia mengajukan soalan tentang kelayakan untuk mendapatkan Skim Insurans Pekerja (SIP).

"Masa temuduga dia kata caruman KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) dan Perkeso dapat selepas menjadi staf.

"Tapi kalau ikut undang-undang, KWSP dan Perkeso SIP wajib dari hari pertama walaupun masih percubaan?" ajunya.

Meskipun terdapat beberapa individu yang menjawab pertanyaannya, namun kebanyakan pelayar mengkritik dirinya kerana tidak bertanggungjawab dalam pekerjaan meskipun dalam tempoh percubaan.

Tambahan pula dia menyatakan tidak mempunyai nombor telefon syarikat mahupun mana-mana pekerja di situ.

"Mana-mana syarikat pun kalau tiga kali berturut-turut tak maklum tentang ketidakhadiran kerja pada bos atau majikan, memang dibuang kerja.

"Lawak betul di zaman teknolgi alasan tiada nombor untuk dihubungi. Memang 'generasi bersuap'.

"Surat tawaran kerja tak ada ke? Mesti kepala surat ada nombor telefon syarikat, lagi satu dah seminggu dua bekerja, tak akan tak simpan nombor telefon pejabat atau kawan-kawan?

"Dah malas cari nombor telefon, kemudian nak sembang pasal undang-undang semua... undang-undang syarikat siapa nak ikut," ujar beberapa warga maya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-6-2024 10:53 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2024 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Ntahlah tp iols rasa termination dia x adil walaupun mmg salah dia x maklumkan dia mc.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2024 11:03 PM | Show all posts
Dulu2 masa i baru habis SPM pun lebih kurang gini la gak. huhu. I keje part time kat memory lane Mid Valley. Sekali nak raya, tapi i kena keje. Ayah memang tak bagi i tinggal umah sorang2. Bagi dia semata2 keje part time i Kena duduk KL x ikut balik kampung, tak berbaloi bagi dia. I pun inform kat manager yg x bole masuk keje time raya tu. Lepas balik KL, i call tempat keje nak cek jadual. Dorang ckp tak payah datang dah. Ko dah kena terminate. macam tu la. Haha. Tapi ni cite back in 2000. Gaji pun kecik je. Sebulan keje dpt la 300 lebih camtu. Dah la xleh duduk lgsg.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2024 04:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 28-6-2024 04:45 AM

HR ada strategy bagaimana untuk buang pekerja dgn apa cara sekalipun termasuk membuli dan mencari silap pekerja, pernah dulu2 majikan membuli pekerja suruh lap cermin basuh lori pergi kedai angkat barang dll supaya pekerja berhenti sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2024 05:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Keja tak smpai 1 bulan
AWOL 2 hari
Lps tu tya kenapa kena buang?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-6-2024 07:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Astaga. Tak maklumkan bos sendiri ke pasal MC dan surat doktor?
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2024 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Ade gen z yg gune email thru hp pon x reti.. Xpaham akuuu.. Bukan susah pon... Tak taula baru kuar dr hutan banat mane....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2024 07:58 AM | Show all posts
Jgn ckp pasal mc la. Kalau lambat ke opis pun kena infom supervisor inikan pulak x dtg keja for watever reason.

Sebelum g klinik dah kena bgtau spvisor nak amik mc
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2024 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg salah ko pun sbb AWOL... benda ni ada clearly stated dlm labor law
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2024 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Senang sangat kerja hr. Patut orang tak datang ko la call. Ko pun bukan owner company
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2024 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada sesetgh syarikat mmg ketat bab jadual keje, takleh nk MC sesukati lagi laa kalu tak maklum kt person in charge... masalah adik ni patutnya dia boleh call yg dia MC tapi katanya tadak nombor utk dicall jadi sasah adik ni salah kt sini cuma nampak pihak HR cm tak bagi peluang kt adik ni pasal tak inform MC jer...
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2024 10:47 AM | Show all posts
sekali ketik, 10 dtg taw

igt tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-10-2024 02:10 PM GMT+8 , Processed in 0.395679 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list