View: 3473|Reply: 5
|
[Tempatan]
CCTV pantau kegiatan buang sampah di laluan Kuala Lipis - Gua Musang
[Copy link]
|
|
CCTV pantau kegiatan buang sampah di laluan Kuala Lipis - Gua Musang
LIPIS - Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Pahang mengambil inisiatif memasang kamera litar tertutup (CCTV) di beberapa lokasi panas sepanjang laluan Lingkaran Tengah Utama (LTU) Kuala Lipis - Gua Musang sejak awal bulan ini.
Pengarahnya, Sharudin Hamid berkata, ia bagi mengatasi isu pembuangan sampah serta kesalahan lain yang dilakukan oleh pengguna jalan raya terutamanya pada waktu puncak seperti musim perayaan dan cuti persekolahan.
Menurutnya, setiap tindakan pengguna yang tidak bertanggungjawab dengan membuang sampah merata-rata akan diperhatikan melalui CCTV.
"Pihak SWCorp juga telah bekerjasama dengan Majlis Daerah Lipis (MDL) untuk mengenal pasti individu yang melakukan kesalahan terutama membuang sampah merata-rata di laluan tersebut.
"Tindakan penguatkuasaan boleh diambil sekiranya pengguna jalan raya masih berdegil dan tidak mengambil serius perkara ini," katanya.
Antara imej yang berjaya dirakam menerusi CCTV terbabit. Foto SWCorp Pahang
Tambah beliau, tindakan kompaun dan notis amaran boleh dikenakan pada bila-bila masa jika berlaku kesalahan berulang.
Sharudin berkata, pihak Alam Flora Lipis juga telah menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menyediakan tong sampah di lokasi panas untuk kemudahan pengguna jalan raya membuang sampah sempena Aidiladha.
Sementara itu, Yang Dipertua MDL, Datuk Mohd Hafizi Ibrahim berkata, masih terdapat segelintir pengguna yang tidak bertanggungjawab dikesan menerusi CCTV terbabit sejak beberapa hari lalu.
"Ada yang buang sampah, air kencing tepi jalan dan ada juga amalkan sikap bertanggungjawab membuang di tong yang disediakan.
"Kita berharap isu lambakan sampah di tepi jalan sebelum ini tidak lagi berlaku, kesian dengan petugas-petugas yang membersihkan lokasi terlibat," katanya.
https://www.sinarharian.com.my/article/670218/edisi/pahang/cctv-pantau-kegiatan-buang-sampah-di-laluan-kuala-lipis---gua-musang
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
frustlah org kelantan tak dapat buang sampah tepi jalan |
|
|
|
|
|
|
|
Harap orang Lipis gantung banner besar sepanjang pesisir jalan.
'Jangan Buat Kotor Tempat Kami, Isele Mengutamakan Kebersihan' |
|
|
|
|
|
|
|
Raya lepas siap negeri pahang sediakan tong sampah hijau besar tepi jalan. Kalau masih takde rasa malu dan buang sampah merata2 lagi, tak tahu la aku nak bandingkan perangai tu macam binatang apa. |
|
|
|
|
|
|
|
Jalan tepi hutan Uniten hala ke Hosp.Serdang. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|