CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25594|Reply: 98

Isteri izin Raisuddin berpoligami

[Copy link]
Post time 4-9-2009 08:11 AM | Show all posts |Read mode
SHAH ALAM 3 Sept. - Isteri pertama penyanyi era 80-an, Raisuddin Hamzah hari ini menyatakan persetujuan terhadap perkahwinan poligami suaminya dengan isteri kedua, Siti Fatimah Suberi di Mahkamah Tinggi Syariah di sini.

Noor A'ini Mohamad, 52, menyatakan keizinan terhadap pernikahan kedua suaminya itu apabila disoal oleh Hakim Syarie, Abu Bakar Mohd. Daud semasa sebutan kes pengesahan dan pendaftaran poligami Raisuddin hari ini.

Noor A'ini yang dilihat agak uzur serta dipimpin oleh Siti Fatimah ke tempat duduk responden memberitahu perkara tersebut telah dinyatakan dalam afidavit jawapan yang difailkan pada 27 Ogos lalu.

Afidavit jawapan itu merupakan maklum balas kepada notis permohonan pengesahan nikah dan poligami suaminya yang diterima pada 22 Jun lalu.

Peguam syarie, Norazmi Mohd. Arif yang mewakili bapa kepada penyanyi popular, Siti Sarah serta isteri keduanya itu mengesahkan fakta-fakta yang diberitahu oleh Noor A'ini.

Abu Bakar kemudiannya menetapkan 10 Februari tahun depan untuk perbicaraan bagi permohonan tersebut.

Raisuddin yang hadir bersama Noor A'ini, Siti Fatimah dan seorang anak lelakinya sempat menegur jurugambar media sebelum meninggalkan mahkamah.

Pernikahan Raisuddin, 53, dan Siti Fatimah, 22, di Songkhla, Thailand pada 2 Januari 2007 menimbulkan kontroversi apabila bapa Siti Fatimah, Suberi Abdullah memfailkan permohonan untuk membubarkan perkahwinan itu secara faraq.

Serentak dengan itu, Raisuddin dan isteri keduanya itu memfailkan permohonan untuk mengesahkan pernikahan mereka di mahkamah yang sama.

Kes tersebut dibawa ke mahkamah yang lebih tinggi ekoran keputusan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 5 Februari lalu menolak permohonan Raisuddin untuk mengesahkan pernikahannya dengan Siti Fatimah.

Mahkamah Rendah Syariah tersebut turut menolak permohonan Suberi untuk membubarkan perkahwinan anaknya dengan penyanyi itu secara faraq kerana tiada bidang kuasa untuk memutuskannya.

Suberi selaku plaintif kemudiannya memfailkan permohonan pada 17 Mac 2007 untuk mendapatkan perintah injunksi sementara bagi menghalang pasangan itu daripada tinggal bersama dan menjalankan kehidupan sebagai suami isteri sehingga rayuan pengesahan pernikahan mereka diputuskan.

Kes faraq nikah tersebut akan disebut semula di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada 8 September ini untuk membolehkan Suberi memfailkan hujah bertulis berhubung permohonannya.

p/s: huhu...sah la ye perkahwinan bini die yang muda tu..? mod boleh delete kalau thread ni dah ade..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2010 12:17 PM | Show all posts
Reply 92# threelicious


    haah tu...skang kan cash je allah bg...
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2010 08:41 AM | Show all posts
okla tu.. dia mampu biarkan la.. dr dia buat maksiat.. lebih baik dia kawin...
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2010 07:38 AM | Show all posts
ok la mak si sarah tu nanti dapat payung emas di sana....hangpa semua pon boleh dapat kalau mahu....
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2010 07:36 AM | Show all posts
Reply 95# cmf_almondpecan

tuler...

sbnrnye mksd pompuan lagik rmi dr laki tu
dr segi sukses dlm hidup...
kan rmi laki masuk jel sbb merempat..
pastu kt uni, selalu mahasiswi jah...

dh tu
kenapa masih ade yg kata pompuan lagik rmi dr laki
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2010 11:20 PM | Show all posts
lagipun skang ramai pompuan dr lelaki.
BAJU85 Post at 21-10-2009 22:49



    Sebenarnya menurut rekod dan statistik, jumlah lelaki di setiap negara dalam dunia adalah lebih ramai dari perempuan kecuali di Grenada di mana nisbah lelaki:perempuan ialah 1:1.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-11-2010 09:29 PM | Show all posts
dah jodoh dia dgn raisudin tu kan..terima je la...
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2010 09:27 PM | Show all posts
kalau btl2 elok nak anak dara org tu,wat la cara elok..yg nak p nikah smp ke siam tu np pokcik oii..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2010 08:39 PM | Show all posts
kadang2 kita xtau siapa jodoh kita, apa keturunan kita nanti..
mungkin ianya ada hikmah...
allah y ...
BAJU85 Post at 18-11-2010 17:02



btl tu...hari ni kita kata xnk laki tua @ bmadu......esk lusa sape tau...
yg xsuka tu la..yg biasa dpt....
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2010 08:22 PM | Show all posts
betul tu dah jodoh
jangan terlalu mengata...allah maha berkuasa
apa2 boleh terjadi pada kita, dlm sekelip mata semua boleh berubah
mungkin now kita berkwin dgn org bujang muda trang tang tang
tup2 tiba2 kita berkwin dgn bukan takat laki org tp tua plak lagi tu
semua tak mustahil sbb segalanya kuasa allah
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2010 07:22 PM | Show all posts
dah jodoh.................................................................................................................
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2010 05:02 PM | Show all posts
kadang2 kita xtau siapa jodoh kita, apa keturunan kita nanti..
mungkin ianya ada hikmah...
allah yg tentukan siapa jodoh kita dan perjalanan hidup kita..
walaupun kite berusaha untuk mengatasinya...walau pelbagai tomahan yg diterima..
walau mata dan hati sakit...kite kene terima...
so, berbaliklah kepada allah...

jgn la hina sgt org2 yg berpoligami ni...

tq
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2009 11:54 AM | Show all posts
orang tua yang tak mampu dan semakin gatal...
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2009 11:03 AM | Show all posts
apa le ayat si Sudin ni bg smpkan tergila2 bdk hingusan ni kat dia
adoii..x dpt nak bayang bila si sudin ni baru bangun tido pakai kain pelikat
badan kene seterika dulu baru leh tgk..
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2009 10:57 AM | Show all posts
siti patimah ni kawan baik siti sarah kan? pastu bapak si sarah mengayat, terus setuju nak kawin... apa2 pun semoga siti patimah bersabar lah yer, hidup bermadu lah katakan...

yang penting... kari kambing kedai bapak siti patimah kat keramat memang sedapppppp!!!
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2009 10:48 AM | Show all posts
dah tua bangka sok antar anak g skolah
org pun konpius antar anak ke cucu atuk ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2009 10:23 AM | Show all posts
tapi rasanya sarah tak izinkan hehehehe ...
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2009 10:21 AM | Show all posts
aku tak nampak masalah pompuan muda kawin org tua kat sini
yg aku rasa tak patut ialah pompuan tu sanggup tinggalkan mak bapak dia dan pgi nikah di siam.
awal2 kawin lagi dah tak dpt restu ibu bapa  ...
esofagus Post at 22-10-2009 10:01

tul tu..aku setuju

ko nk kawin ngan laki da berumur ke..nk bermadu ke...itu ko punyer pasal la kan...

tp yg paling penting biar la betul caranya..ni pi nikah kt Thailand..yg malu mak pak juger...dosa besar tu..

keamanan rumah tangga adalah doa dr org tua..jgn lupa tu..klu mak pak makan hati..hari2 nangis..tu dh menjurus ke arah kehancuran...
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2009 10:13 AM | Show all posts
mana tak sakit bini tua tu kalu laki buat camtu..... baik baik sihat pun boleh jadi sakit.... yg bini no 2 nih pun, macam dah tak de jantan lain dalam dunia ni......
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2009 10:01 AM | Show all posts
aku tak nampak masalah pompuan muda kawin org tua kat sini
yg aku rasa tak patut ialah pompuan tu sanggup tinggalkan mak bapak dia dan pgi nikah di siam.
awal2 kawin lagi dah tak dpt restu ibu bapa camna rumahtangga nak aman bahagia?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 01:45 PM GMT+8 , Processed in 0.244730 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list