CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4484|Reply: 36

[Tempatan] Restoran lemang popular di Bentong diarah tutup sementara !

[Copy link]
Post time 21-10-2017 11:26 PM | Show all posts |Read mode
KUANTAN - Sebuah restoran menjual lemang yang popular di Bentong diarahkan tutup selama dua minggu bermula semalam kerana aspek kebersihan yang kurang memuaskan.

Pengarah Kesihatan Pahang Dr Sha'ari Ngadiman berkata, notis penutupan itu yang dilakukan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 adalah bagi memberi peluang kepada pemilik restoran untuk melakukan kerja pembersihan sebelum dibenarkan beroperasi semula.

"Notis penutupan sementara dilakukan selepas mengambil kira semua faktor termasuk tempat penyimpanan bahan basah, pembungkusan, kebersihan perkakas dapur dan lantai.

"Kita mendapati suhu peti sejuk yang digunakan tidak bersesuaian dan dikhuatiri boleh menggalakkan pertumbuhan bakteria jika bahan basah atau makanan disimpan di situ.

"Tahap kebersihan lantai di bahagian dapur juga didapati agak kurang memuaskan, menyebabkan kita mengeluarkan notis penutupan sementara itu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Dr Sha'ari juga menjelaskan walaupun notis penutupan sementara itu adalah bagi tempoh 14 hari, namun pemiliknya boleh memohon untuk membuka semula perniagaannya lebih awal daripada tarikh ditetapkan, selepas selesai melakukan kerja pembersihan.

Katanya pemilik hanya perlu menghubungi jabatan kesihatan untuk membolehkan pemeriksaan semula dilakukan dan jika aspek kebersihan mencapai tahap yang ditetapkan, perniagaan itu boleh beroperasi semula.

Beliau juga menegaskan tindakan menutup sementara restoran itu tidak bermaksud mahu menutup perniagaan peniaga, namun dilakukan atas dasar tanggungjawab kerana aspek kebersihan dan keselamatan makanan tidak boleh dikompromikan.

Hari ini, beberapa keping gambar yang menunjukkan notis penutupan yang ditampal di restoran itu tular di laman sosial dan mendapat reaksi daripada netizen kerana restoran itu sememangnya terkenal di Pahang malah menjadi tumpuan warga kota pada hujung minggu dan cuti sekolah. - Bernama



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... 9.htm#ixzz4w9mNCht5
Hakcipta terpelihara
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2017 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Lemang to'ki ke? Alamakkkk...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2017 11:35 PM | Show all posts
Saya pernah pergi, memang terlalu kotor banyak sangat lalat
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2017 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Selebreti suka nih

Vvip siap dtg beli naik heli
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2017 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Cina jual lemang juga kew? @dizzzek
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2017 12:55 AM From the mobile phone | Show all posts
lemang toki la ni..
tekak aku rasa takde la sedap mana pun..
rendang pun tak berapa sedap..
dah la penuh selirat serai..
ayam bakar dia ok.. sedap la dari lemang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-10-2017 01:12 AM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 21-10-2017 08:55 AM
lemang toki la ni..
tekak aku rasa takde la sedap mana pun..
rendang pun tak berapa sedap..

Ayam bakar perisa lalat?
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2017 01:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg mana satu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2017 01:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru ingat nak pegi minggu depan... saja je nak try
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2017 02:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Fuh fuh Lepas raya posa aritu kemain kawan i sanggup ride dari Keyel dgn kengkawan dia semata nak makan lemang kat situ
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2017 05:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Lemang to'ki batu 1 yg tutup. Yg Kat benus tu buka je. Mmg xsedap.. pelik org beriya beli.jln jem sbb kedai lemang tutup. Adoii... Ptt la kedai abc one owner lemang tu buka sampai malam.kembang tekak sbb teringat Kotor.. choiii
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2017 06:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Geng bikers suka lepak time Sabtu,  Ahad
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2017 07:46 AM From the mobile phone | Show all posts
I yg selalu ke bentong pun xhadap mkn kedai tokki ni..
Pelik betul ramai sangat org makan kedai dia
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2017 07:56 AM | Show all posts
Everytime lalu, selalu rasa macam nak try. Tapi tengok banyak kereta and orang bediri-diri. Kensel.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2017 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
mmg nmpk ramai org kedai lemang tokki ni..tp xpenah teringin nk mkn kat situ...
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2017 10:54 AM | Show all posts



eiiii sape la nk g makan kedai dia lagi ak x paham la!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2017 10:55 AM | Show all posts
Sedap ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2017 11:34 AM | Show all posts
kompem lemang toki...  notis penutupan dah dok berlegak kat whatssap2 geng2 bikers...
tp yg branch baru dia xkene
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2017 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 22-10-2017 01:12 AM
Ayam bakar perisa lalat?

ye la kot.. makan pun tak check.. hahaha..
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2017 01:01 PM | Show all posts
she replied at 21-10-2017 11:37 PM
Selebreti suka nih

Vvip siap dtg beli naik heli

patutlah masa iols singgah ritu kemain lagi owner overnya layan iols.... rimas taw....


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 10:19 PM GMT+8 , Processed in 0.077820 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list