"Saya buat kerana tuntutan kerja, lagipun idola saya Christian Bale pun boleh kenapa tidak saya.
"Jadi saya pun nak cuba juga, saya nak berikan yang terbaik untuk watak itu nanti," katanya.
Anak jati Kuching, Sarawak ini memberitahu proses menurunkan berat badan tidak sesukar dibayangkan memandangkan dia mempunyai pengalaman melakukan perkara sama sebelum ini.
Kata Hun, berat badannya sebelum ini mencecah 102 kilogram dan pernah melalui cabaran lebih perit untuk mendapat berat badan ideal.
"Untuk watak ini kali pertama saya turunkan berat badan, tapi kalau dalam kehidupan ini merupakan kali kedua sebab sebelum ini saya pernah 102kg.
"Badan saya pun tak terkejut sangat untuk kali kedua ini dan saya pun takkan buat kesilapan yang sama seperti sebelum ini. Tapi saya seronok lalui perjalanan ini," katanya lagi.
W: The Worlds adalah sebuah drama fantasi percintaan yang pernah menjadi fenomena pada 2016 dan akan ditayangkan meneerusi platform penstriman Viu.
Hun bakal bergandingan dengan aktres Daiyan Trisha menerusi projek tersebut.
Sumber: mStar