Edited by bianglala at 9-1-2019 09:33 PM
Pokok Bunga Air Mata Pengantin atau dikenali juga dengan nama PokokPengantin yang nama saintifiknya Antigonon leptopus, merupakan pokok menjalaryang berasal dari Mexico. Dikenali juga dengan nama Inggerisnya sebagai MexicanCreeper, Coral Vine, Chain of Love, Queen’s Jewels, Kadena de Amor, Bee Bush(nama dikebanyakan kepulauan Caribbean) atau San Miguelito Vine dan banyak laginama lain adalah spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga Polygonaceae.
Selain Mexico, taburan pokok air mata pengantin boleh didapati di SelatanAmerika Syarikat, Amerika Tengah dan Amerika Utara. Ia juga terdapat di Afrika,Kepulauan Pasifik termasuk American Samoa, Kepulauan Cook, Micronesia, Fiji, Polynesia Perancis, Kepulauan Galapagos, Guam , Hawaii, Papua New Guinea,Samoa, Tonga, Filipina, India, Australia dan England.
Dikategorikan sebagai tumbuhan saka berbunga merah jambu atau putih ('alba'Antigonon leptopus), pokok air mata pengantin telah diperkenalkan ke Indonesiaoleh orang Belanda di zaman kolonial dan seterusnya dikatakan yang menamakannyadengan nama Air Mata Pengantin.
Pokok bunga air mata pengantin menjalar dan memanjat/memegang melalui sulurpaut dan boleh mencapai melebihi 25 meter panjang. Tumbuhan ini dikategorisebagai tanaman berbatang berusuk yang panjangnya diantara 3 – 6 cm diantarasetiap satu rusuk, berbuku halus serta mengembung pada ruasnya. Terdapat sulurpaut atau pembelit di setiap batang yang berfungsi untuk melilitkan dirinyapada tumbuhan lain atau pada pagar dan trilis.
Bagi penternak kelulut atau lebahmadu, pokok air mata pengantin merupakan padang ragut atau punca penghasilanmadu yang berkhasiat kepada ternakan mereka. Tetapi bagi sesetengah pengusahapertanian, pokok air mata pengantin dianggap sebagai rumpai yang perludihapuskan, manakala pencinta landskap, tumbuhan ini dianggap tanaman penghiastaman terutama pada pergola atau gazebo yang sangat indah.
Namun tahukah anda bahawa disebalik kebaikan dan keburukan pokok air matapengantin, tumbuhan ini tidak kurang juga berkhasiat dari segi perubatan. Teh yang dihasilkan dari daun air matapengantin mampu merawat kencing manis dan tekanan darah tinggi. di sesetengahnegara, daun dan bunganya dicelup dalam tepung, goreng dan dihidangkan denganpasta. Bunganya juga dicampurkan ke dalam telur dadar (omelette).
Bagi penduduk kaum orang asli Baja di California, biji dari pokok air matapengantin dibakar yang terhasil seperti bertih (popcorn) yang kemudian dikisar menjadi tepung dan diolah untuk dijadikan lempeng (pancake) sebagai santapan sampingan.
Walau apa pun kegunaannya, pokok bunga air mata pengantin hari ini menjadi sebutan dan buruan ramai. Ianya tidak lagi mengalirkan air mata sedih seorang pengantin tetapi air mata gembira buat si penternak kelulut dan lebah madu.
Sumber Artikel & Gambar : JPN dan Google Image
|