CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2261|Reply: 2

hutang

[Copy link]
Post time 28-3-2016 02:21 PM | Show all posts |Read mode


copy paste dari blog

Tadi Dell berpeluang menonton 'Tanyalah Ustaz' di TV9 yang membicarakan tentang topik 'Sahabat' yang dikupas oleh Ustaz Mohd. Hanafiah Abdul Malek. Banyaklah juga persoalan yang ditanya oleh penonton merupakan masalah yang sering dihadapi oleh seseorang dalam persahabatan. Dell tertarik dengan persoalan HUTANG yang diutarakan oleh penonton yang berbunyi, "Ustaz, apa yang perlu kita lakukan terhadap mereka yang tidak mahu membayar hutang mereka kepada kita?"

JAWAPANNYA ialah JANGAN HALALKAN HUTANG WALAUPUN SATU SEN PUN KERANA DI AKHIRAT KELAK ORANG YANG BERHUTANG DENGAN KITA AKAN BERJUMPA DENGAN KITA. MEREKA INI AKAN MENANGGUNG DOSA-DOSA KITA. MEREKA INI ADALAH SAHAM KITA DI AKHIRAT.

Hal ini khusus kepada mereka yang memang sengaja tidak mahu membayar hutang kita. Sekiranya, kita memang pasti pahala kita banyak dan akan masuk syurga terpulang kepada kita hendak menghalalkan hutang-hutang tersebut. Jika tidak, mereka yang berhutang dengan kitalah merupakan saham kita di akhirat. Hendak maafkan kesilapan mereka, tidak mengapa tetapi jangan sekali-kali halalkan hutang.

NOTA :
"Kerana hutang berkaitan dengan hak manusia, maka ia tidak boleh ditebus dengan meminta maaf, taubat atau pun istighfar. Ia juga tidak boleh ditebus dengan solat ataupun haji. Hutang hanya boleh dibayar sama nilai dengan hutangnya. Selagi belum dibayar, maka hutang itu akan terus mengikat seseorang bahkan selepas dia mati."
- Tidak Masuk Syurga Kerana Hutang, Ustaz Umar M. Noor hlmn 111-112, Solusi Isu No. 46-

*** Ianya terpulang kepada individu masing-masing. Kerana skop hutang ini sangat luas. Ada yang sehingga menyebabkan pemberi hutang sengsara dek kerana keengganan penghutang membayar balik hutang tersebut. Antaranya yang menjadi penjamin, pelaburan yang menipu, hutang dalam perniagaan dan lain-lain yang melibatkan ribuan, ratusan ribu dan jutaan ringgit malaysia.

Kenyataan ustaz ini supaya penghutang (yang sengaja tidak mahu membayar hutang) sedar bahawa walaupun perbuatan mereka dimaafkan tetapi hutang itu jika tidak diredhai dan dihalalkan oleh si pemberi hutang, mereka tetap akan sengsara di akhirat nanti.

Jadi, mereka tidak boleh ambil mudah setelah berhutang.


****
Petikan FB Khairy Tajudin:
Maulana Hamzah Bayan, beliau kata, "Jika kita sedekah, maka kita akan dapat pahala sekali sedekah. Tapi, kalau kita bagi hutang, selagi mana orang yang berhutang tu tak bayar hutang kita, maka setiap hari kita dapat pahala sedekah."

DALIL:
Sayyidina 'Imran bin Husain berkata Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang ada apa-apa hak ke atas seseorang yang lain (seumpama hutang dan sebagainya) dan dia memberi penangguhan pembayaran kepada saudaranya itu , maka dia mendapat pahala sedekah bagi setiap hari yang dia tangguhkan."
(Musnad Ahmad)



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2016 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by monyet_2015 at 28-3-2016 12:26 PM

JAWAPANNYA ialah JANGAN HALALKAN HUTANG WALAUPUN SATU SEN PUN KERANA DI AKHIRAT KELAK ORANG YANG BERHUTANG DENGAN KITA AKAN BERJUMPA DENGAN KITA. MEREKA INI AKAN MENANGGUNG DOSA-DOSA KITA. MEREKA INI ADALAH SAHAM KITA DI AKHIRAT.


ini adalah perangkap diri sendiri..dosa kita tidak boleh di tanggung oleh orang lain, hutang di kira lain, bukan dikira menanggung dosa pemberi hutang.. kenapalah ramai ustraz akhir zaman selalu memberi ajaran salah?..senang lah mcm tu..bagi hutang byk byk kpd yg tak mampu bayar pastu buat kejahatan byk byk..buat jahat tak apa dosa di tanggung oleh yg tak bayar hutang..inilah sebab aku nak maki golongan yg mendakwa dirinya ustaz dan ulama nih..golongan makhlyk yg paling jahat di alam semesta di akhir zaman..
ustaz faham tak bagaimana itu dosa dan pahala di kira?..kalau ustaz solat bukan bermaksud ustaz membuat kwbaikan dan nak claim syurga..,.klu ustaz beri hutang dengan niat supaya si penghutang menamggung dosa ustaz ustaz lah sebenarnya yg akan di hukum bukan yg tak bayar hutang itu.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2016 12:59 AM | Show all posts
monyet_2015 replied at 28-3-2016 03:06 PM
JAWAPANNYA ialah JANGAN HALALKAN HUTANG WALAUPUN SATU SEN PUN KERANA DI AKHIRAT KELAK ORANG YANG BER ...

salam...yang ni memang cun la ko nyet....ramai ah long masuk syurga nyet....sebab rasa aku ramai yang minjam dah tak mampu nak bayar....ramai pulak yang dah lari masuk hutan.....hari-hari nanggung dosa ah long.....ko cakap je ngan ustaz tu jadi ah long lagi baik ....boleh masuk syurga...tak pun suruh jadi spesis ko ....monyet ke,nak masuk spesis aku kena interview dulu....takut pulak tak pas nanti....ye tak Ngau...eh!Bangau ni...tersengih-sengih pulak....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 12:52 PM GMT+8 , Processed in 0.037355 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list