Seperti yang diketahui, Panda merupakan di antara spesis haiwan dengan populariti yang semakin menurun dan diancam kepupusan. Bagi mencegah masalah ini dari terus berlanjutan, Chengdu Research Base of Giant Panda Breeding ditubuhkan di daerah Chengdu, China.
Pusat ini sebenarnya dikhususkan untuk menjadi pusat pembiakan serta menjaga dan memulih kembali spesis panda yang semakin berkurangan ini.
Mengikut kajian daripada pusat penyelidikan ini, seekor panda betina hanya mampu melahirkan seekor anak panda sahaja dalam tempoh 2 atau 3 tahun. Oleh itu nilai seekor panda sangat penting untuk masa hadapan.
kredit - bukhari malek.
|