CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1806|Reply: 6

A bit About Percetakan dan Pantauan Kualiti Al Quran

[Copy link]
Post time 19-3-2016 05:35 AM | Show all posts |Read mode
Al-Quran digital sukar dipantauBukan alasan untuk mengabaikan kesucian kalam Allah
MOHD . SHAH CHE AHMAD  |  17 Mac 2016 4:00 PM


109 0 Google +0


























BUKAN hanya sekali, tetapi hampir ratusan kali semakan dilakukan oleh pakar sebelum menerbitkan al-Quran bagi edaran kepada umat Islam seluruh dunia di Kilang Percetakan al-Quran King Fahd Madinah, Arab Saudi.

Daripada sebesar-besar kalimah sehinggalah sekecil-kecil tanda baca, segala elemen termasuk saiz cetakan dan jenis tulisan, malah kotoran yang terdapat pada salinan kertas turut diambil kira dalam proses semakan itu.
Pun begitu, selepas menjalani prosedur standard semakan untuk dibawa masuk dan diterbitkan di negara ini, ia kadang-kadang masih tidak terkecuali ditemukan beberapa kesalahan kecil biarpun dianggap tidak menjejaskan makna dan tafsiran oleh pakar bahasa Arab.



Begitulah penelitian ketat yang dilakukan di peringkat Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran, Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi memastikan tiada sebarang kesalahan dilakukan walaupun pada satu ayat, huruf, nombor, baris atau titik sebelum diluluskan untuk diterbitkan dalam bentuk fizikal.



Langkah itu merupakan usaha untuk menyeragamkan keseluruhan penerbitan al-Quran di negara ini supaya mengikuti garis panduan dan kaedah yang diiktiraf bagi mengelak berlakunya kekeliruan atau penyelewengan.
Jika proses itu telah dianggap rumit, kemunculan al-Quran digital termasuk menerusi Internet dan peranti mudah alih adalah lebih sukar untuk dipantau. Sehinggakan ia diakui melangkaui bidang kuasa unit yang bertanggungjawab mengawal penerbitan al-Quran maya itu daripada tersebar dalam kalangan masyarakat di negara ini.



Tidak menafikan mampu memberi kemudahan, namun Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran KDN, Hasimah Nik Jaafar berkata, kemunculan pelbagai al-Quran versi digital menjadi cabaran bagi pihaknya untuk membuat tapisan al-Quran mengikut kaedah yang disahkan.
“Kebanyakan al-Quran terutamanya yang boleh dimuat turun menerusi Internet diperoleh daripada pautan luar negara. Bagi al-Quran digital berbentuk fizikal seperti al-Quran yang dibawakan bersama pen suara (read pen) masih dapat dikawal, apa yang menjadi cabaran kita adalah kemunculan al-Quran menerusi laman maya kerana semua orang boleh memuat turun daripada seluruh dunia,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.


Beliau berkata, dengan bilangan kakitangan yang terhad, sukar bagi unit di bawah kendaliannya itu untuk memantau kemasukan dan penyebaran al-Quran menerusi Internet daripada pelbagai pautan pada setiap masa.
Justeru, sebagai alternatifnya, tambah Hasimah, orang ramai yang menemukan kesalahan dalam ayat al-Quran sama ada versi digital atau fizikal boleh membuat aduan kepada Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran untuk tindakan lanjut.

“Kerjasama orang ramai amat dialu-alukan supaya kita dapat membuat laporan polis seterusnya meminta pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk menyekat pautan laman al-Quran digital tersebut.
“Manakala bagi pihak yang didapati bersalah menerbitkan al-Quran tanpa kebenaran pula boleh didenda atau dilucutkan hak percetakan yang diberi,” katanya.







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-3-2016 05:38 AM | Show all posts
TUGAS BERGANDA
Beliau berkata, proses semakan al-Quran yang biasanya mengambil masa kurang satu bulan untuk diluluskan, boleh memakan masa lebih lama ketika menjalankan proses semakan al-Quran digital.


“Prosedur dan proses semakannya adalah lebih kurang sama, tetapi menjadi tugasan tambahan bagi ahli semakan al-Quran (Lajnah Tasheh al-Quran) untuk menyemak al-Quran digital kerana lazimnya turut mempunyai audio dan visual pada skrin paparan.


“Jika penerbit menggunakan 10 qari, maka 10 kali juga ahli Lajnah Tasheh al-Quran perlu mendengar bacaan qari yang disediakan tersebut agar tepat dan paparan visual selari dengan bacaan audio.


“Oleh itu, kita lebih mengambil berat dalam proses tapisan al-Quran digital. Jika ada satu kesalahan sahaja pun kita tidak terima dan mengarahkan penerbit untuk membuat pembetulan, berbanding al-Quran biasa yang diberi kelonggaran sebanyak tiga kesalahan besar dan 90 kesalahan kecil sebelum ditolak,” jelasnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2016 05:39 AM | Show all posts
Ambil kesempatan
ORANG ramai perlu meneliti sebelum mendapatkan al-Quran terutamanya versi digital yang tidak mendapat kelulusan Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran bagi mengelak berlakunya penyelewengan ayat al-Quran.

Timbalan Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran, Jaffri Abdullah berkata, ini kerana pihaknya mengesan tindakan segelintir penerbit yang mengambil jalan mudah untuk menerbitkan al-Quran masing-masing selepas tidak mendapat kelulusan.


“Untuk mengelak kerugian atau tidak mahu mengikut prosedur seterusnya yang ditetapkan, lazimnya penerbit akan memilih alternatif versi digital atau dalam talian. Malah ada yang menawarkannya secara percuma untuk dimuat turun ke dalam komputer atau telefon pintar.


“Kita sedang menyiapkan perisian di telefon mudah alih yang akan dilancarkan dalam tempoh terdekat. Ia bagi membolehkan orang ramai membuat semakan sesuatu penerbitan al-Quran sama ada telah mendapat kelulusan KDN atau tidak, termasuk versi cetak atau digital,” ujarnya.


Meskipun dianggap remeh, namun katanya, membaca al-Quran dengan sebutan dan tanda baca yang tidak tepat boleh mengubah makna asal kalam suci Allah SWT itu.


Malah tegasnya, apa yang lebih membimbangkan apabila kesalahan kecil itu boleh menjejaskan akidah pembaca jika mengandungi kalimah bertentangan dengan akidah Islam.

“Bagi pakar bahasa Arab atau tahfiz mungkin tidak membawa masalah besar, kerana mereka tahu jika terdapat perbezaan atau ganjil pada ayat, tetapi bagi orang yang tidak memahami bahasa al-Quran perlu berhati-hati dalam membuat pemilihan mendapatkan salinan al-Quran.

“Ini kerana, ayat al-Quran yang mempunyai kesalahan bukan sahaja pada kalimah, tetapi satu huruf dan baris akan menjejaskan maksud ayat tersebut secara keseluruhan. Sebagai contoh, kalimah ‘niqmat’ adalah berbeza dengan ‘nikmat’ yang masing-masing membawa maksud seksaan dan kesenangan.



“Tidak keterlaluan untuk dikatakan, jika makna kalimah itu bercanggah dengan syariat atau akidah sebagai umat Islam, akan menjejaskan iman pembaca walaupun tanpa disedari,” katanya.- Gambar Saiful Bahari Ashari

- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana ... thash.B2DUbiBA.dpuf
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2016 08:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah.masih ada pihak yang sentiasa melindungi kesucian alQuran.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2016 06:29 PM | Show all posts
Assalamualaikum, Quran dlm gambar tu diluluskan ke tak?
kat mana nk download Quran pdf/mp3 + tafsir/per word yg diluluskan?

saya masuk quran.com, web kemas/ringkas/menarik/x de iklan/mudah digunakan tapi internet slow..

pdf, practical utk disimpan/guna. sbb x yah nak download apps/plugins + iklan + playstore(login), lepas download dah x yah on data lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2016 11:15 PM | Show all posts
mziskandar replied at 19-3-2016 06:29 PM
Assalamualaikum, Quran dlm gambar tu diluluskan ke tak?
kat mana nk download Quran pdf/mp3 + tafsir ...

good valid questions lah


i guess  pihak pihak pegawai yg berkenaan ,  we would suggest something like this  : -

sasaran mesej : any pegawai IT  atau webpage  - JAKIM, pegawai JAKIM, MAJLIS AGAMA , IKIM  atau yg berkenaan yang membaca FORUM ini  untuk



a) proactive untuk mengemaskini laman web mereka dengan meletakkan   pautan ( link) laman laman sesawang/website yg berwibawa dan diakui kesahihannya  dalam mereka menyiarkan ayat - dan terjemahan al quran


b) membuat public engagement  yg berkualiti - ni i tengok majlis agama lacking atau  insitusi islam lacking dalam bab bab  educating public on - how to memilih dan menetukan mushaf quran yg disemak dan disahkan benar dalam pasaran - any risalah, posters di surau , masjid ke etc? ada hampa buat inisiatif lagu ni ka?

c) cuba seragamkan kelas dan aktiviti kelas kelas tambahan akedmik terjemahan dan tafsir di samping qiraati - cer tengok module regent mosque


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-3-2016 11:16 PM | Show all posts
just maklumat tambahan : dalam laman sesawang regent mosque ade pun  Quran printing complex ni diwawarkan sedang mengedarkan naskhah al quran yg disemak etc etc ke organisasi di UK.

ada depa habaq dalam laman webpage.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 12:38 PM GMT+8 , Processed in 0.082719 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list