View: 1867|Reply: 3
|
Donnie Yen mengganti Jet li dalam filem xXx terbaru
[Copy link]
|
|
Pelakon aksi berasal dari Hong Kong yang mencipta nama menerusi filem sequel Ip Man, Donnie Yen telah disahkan berlakon dalam filem sequel "xXx : The Return of Xander Cage", kemunculan beliau turut mendapat pengesahan daripada Revolution Studio yang menerbitkan filem tersebut.
Dipercayai Jet Li yang pada asalnya turut berlakon dalam filem sequel xXx tersebut tetapi baru-baru ini dikhabarkan telah meninggalkan projet filem tersebut, namun sebab peninggalannya tidak diketahui.
Penyertaan Donnie Yen dalam filem tersebut telah disahkan oleh Ven Diesel menerusi catitan di laman Facebook rasminya.
" Donnie merupakan pelakon seni mempertahankan diri yang hebat pada masa kini, " kata Diesel. " Saya amat teruja atas penyertaannya dalam filem sequel xXx terbaru ini dan saya tidak sabar bekerjasama dengan dia dalam beberapa babak aksi ngeri yang telah dirancang oleh kami"
Penggambaran filem tersebut dijalankan di Toronto dan beberapa penggambaran tambahan di Dominican Republic.
Filem ini arahan D.J Caruso yang pernah mengarah filem " I Am Number Four".
Donnie Yen bakal berlakon sebagai pahlawan-alpha yang bernama Xiang dalam sequel kali ini.
sumber : http://variety.com/2016/film/new ... -jet-li-1201704919/
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
alaaa knp jetli tak jd berlakon?
takut nampak katik di sisi bang van minyak diesel ke |
|
|
|
|
|
|
|
selalu bila jet Li tak jadi berlakon sebab wife dia nina Li chi Mengandung...
sebab Jet Li sejak berkahwin dengan Nina Li Chi memang berjanji setiap kali kalau Nina Mengandung jet Li akan rehat berlakon sampai Nina li Chi Bersalin..
maybe Jet Li tarik diri sebab isteri dia mengandung |
|
|
|
|
|
|
| |
|