CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2003|Reply: 15

generasi muda tidak tahu urus jenazah

[Copy link]
Post time 26-1-2016 01:06 PM | Show all posts |Read mode


Assalamualaikum semua share bersama .... ⭐Nukilan dari seorang pengurus jenazah

⭐
Dah bertahun2 isteri saya mngurus & memandikan jenazah perempuan. Scara purata 8 jenazah d urus mandi pd stiap bulan.

Soalan yg kerap sy tanya kpd isteri saya ialah :
1. Muda @ tua
2. Di mana (taman @ kpg)
3. Sakit apa
4. Bila Mati
5. Mati dimana
6. Anak berapa org
6. Agak2 berapa umur anak yg sulong

Semua ini menjadi penanda aras / bancian kpd saya apa punca mati, bagaimana si mati di urus jaga sebelum/selepas mati & sikap waris kpd si mati.

Berdasarkan umur & bilangan iaitu 8 org yg mati dlm seminggu :
1. Bawah 55an hampir 70 % mati krn barah.
2. Atas 56an hampir 30 % mati krn kencing manis, buah pinggang, jantung, tua dll.

*90 % keadaan jenazah yg mati d KAMPUNG terurus bersih krn ada org2 tua tempatan yg selalu tunggu berada d sisi si sakit hingga di saat mati, ada pengtahuan apa perlu dibuat ke atas jenazah sbaik sahaja mati & kebetulan ada talian saudara.

60% keadaan jenazah yg mati warga taman di TAMAN PERUMAHAN terbiar keseorangan, semua sendi tulang 4 kerat keras mnyebabkn sukar semasa mandi, kurang terurus bersih krn tiada org2 tua sbaliknya majoriti warga taman generasi muda yg siang malam kerja, tdk ingat mati, renggang jiran, renggang surau / masjid, tidak pernah hadapi suasana kematian, tidak tahu nak buat apa ke atas jenazah sebaik berlaku kematian & langsung tiada keperluan barangan asas utk jenazah. Walaupun disuruh & diminta, anak2 takut nak urus mandi jenazah ibu bapa sendiri.

Sekarang ini telah ada waris "TIDAK SUKA" bawa balik, urus, mandi & kapan jenazah di rumah. Mereka lbih suka segalanya dbuat di masjid @ sekiranya mati di hospital mreka lbih suka segalanya dbuat di hospital.
Lebih tragis ada waris melepas cakap "tdk mahu menyusah" rumah. Jadi mereka mahu semua urusan dihospital @ masjid / surau & terus ke kubur.
Bg jenazah yg sakit lama sbelum mati, jenazah ini lebih tdk terurus, berbau menyesak hidung, kulit mengelupas & banyak luka.

Kesimpulannya :
- Keadaan jenazah memberi gambaran siapa warisnya.
- Ingat kembali bagaimana kita jaga urus ibubapa kita semasa mereka sakit & bagaimana kita urus jenazah mreka sebaik sja mereka mati.
- Lebih tragis bagaimana anak2 kita nanti akan jaga urus semasa kita sakit & selepas kita dgelar jenazah.
- Bacaan quran, solat, doa & semuanya boleh diupah krn anak2 kita BERJAYA KAYA tp HANYA DOA DARI ANAK YG SOLEH diterima di sisi Allah swt walaupun anak kita hanya seorang tukang sapu.
Copy paste drp Ust Misnan. Ajk surau Nurul Iman
p/s ..paling penting share seramai mungkin

Ya Allah,ampunilah dosa kedua ibu- bapaku..kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani kami semasa kami masih kecil.Aamiin Ya Rabb





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2016 01:07 PM | Show all posts
motiffff berdoa dalam cari pulerkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2016 01:24 PM | Show all posts
dik ko salah benang ni....mohon assist @spiderman80

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2016 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Insap jap. Google trus
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2016 01:30 PM | Show all posts
kentel replied at 26-1-2016 01:24 PM
dik ko salah benang ni....mohon assist @spiderman80

bod mana yang sesuai puan?
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2016 01:32 PM | Show all posts
hmmmmmmmm..  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-1-2016 01:38 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2016 01:43 PM | Show all posts
kentel replied at 26-1-2016 01:38 PM
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=forumdisplay&fid=39

ini bukan masalah kemusyikilan agama puan. ini isu semasa untuk menyedarkan generasi muda supaya bersedia menguruskan jenazah ibu bapa sendiri sebaik mungkin. ramai yang alpa sekarang ini puan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2016 01:47 PM | Show all posts
zainonhasan replied at 26-1-2016 01:43 PM
ini bukan masalah kemusyikilan agama puan. ini isu semasa untuk menyedarkan generasi muda supaya b ...

PERATURAN  BOD ISU SEMASA

1. Sebarang thread berkenaan politik DILARANG sama sekali dibukadi board ini. Semua thread berkenaan politik sila buka di board POLITIK TEMPATAN.

2. Hanya berita yang berinformasi akan dibenarkan. Contoh-contoh berita seperti isu terbaru kemalangan jalan raya, isu rogol, bunuh, rompak, dadah, tsunami, banjir dan apa juga isu TERKINI. Sila sertakan - sumber berita pada bahagian bawah thread. Sebaiknya sertakan gambar sekali.

3. Tajuk thread sila tulis dalam bahasa baku supaya mudah di fahami. Jika mahu menggunakan bahasa pasar, sila letak pada P/S dibahagian bawah thread atau semasa perbincangan sahaja.

4. Elakkan dari melakukan kesalahan seperti :

Advertisement/ Scam/ Spam
Disrespect/ Insult/ Rude
Hostile/ Vulgar Languages
Multiple Posting/ Same Thread
Name Calling/ Personal Attack
Problematic Avatar/ Signature
Provocation/ Sarcasm/ Racist

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2016 01:51 PM | Show all posts
kentel replied at 26-1-2016 01:47 PM
PERATURAN  BOD ISU SEMASA
1. Sebarang thread berkenaan politik DILARANG sama sekali dibukadi boar ...

masalah generasi muda tidak tahu urus jenazah ibu bapa juga terjadi pada penganut agama lain juga puan, bukan hanya pada umat muslim sahaja puan.jadi bod agama islam saya rasa kurang sesuai puan.

jika begitu, benang fenomena seluar beku juga harap puan minta untuk ditukar ke bod lain. berita dunia mungkin.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2016 01:54 PM | Show all posts
diharap mod bod agama memindahkan semula benang ini ke isu semasa. terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2016 02:01 PM | Show all posts
Edited by ninja boy at 26-1-2016 02:06 PM

di kampung2 rumah tiada pagar dan org tua2 tak bekerja 12 jam maka mmg mudah mengurus jenazah, di taman2 perumahan org muda2 bekerja 12 jam yg tua2 dan kanak2 tak selamat berada luar rumah banyak jenayah atau disyaki menjenayah jika jalan di kejiranan
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2016 02:05 PM | Show all posts
zainonhasan replied at 26-1-2016 01:51 PM
masalah generasi muda tidak tahu urus jenazah ibu bapa juga terjadi pada penganut agama lain juga  ...

tak reti ikut peraturan pun 1 masalah tau
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2016 10:17 PM | Show all posts
Edited by ibnur at 26-1-2016 10:19 PM

sila nyatakan di mana surau nurul iman ini dan sedikit latar belakang ustaz misnan.  kemungkinan masaalah yang dinyatakan adalah masaalah kawasan penduduk sekitar surau berkenaan.  dan post tu bukanlah pengalaman @zainonhasan


pada zaman sekarang ni lebih sukar cari orang untuk mengurus jenazah kalau di kampung.  kalau berlaku kematian di kampung, kemungkinan besar, pihak khairat akan hanya menghantar seorang sahaja untuk mengurus jenazah dari pihak khairat.  ini sebab penduduk di kampung sekarang sangat berkurangan banding zaman dahulu.  berlainan di kawasan perumahan yang ramai penduduk macam di taman perumahan, untuk cari orang yang bertauliah dan berilmu adalah bukan satu masaalah.


Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2016 11:01 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2016 06:37 PM | Show all posts
dah belajar..dari segi teori tak susah nak mandi jenazah ni tapi masih ada rasa takut kalau betul2 kena buat..huhu...tapi itulah sebaiknya ahli keluarga sendiri yang menguruskan jenazah kita..so ayuh anak-anak muda, mari ambil tahu bab pengurusan jenazah ni...

sekarang semua alat2 nak mandi dan urus jenazah ada dijual dalam satu kotak...dah tak perlu cari asing2...dalam kotak tu dari kain kapan ke cotton bud semua lengkap..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 09:20 PM GMT+8 , Processed in 0.604762 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list