View: 4477|Reply: 6
|
Wanita Hamil, Amalkan Buah Ini
[Copy link]
|
|
Oleh Adib ZA
Antara makanan yang sangat baik untuk ibu hamil ialah buah nona. Ya, jarang kan kita mendengar kebaikan buah nona.
Rasanya yang manis, mengandungi sangat banyak khasiat buat para bakal ibu. Jom lihat antara kelebihan buah nona ini untuk ibu hamil:
1. Sumber vitamin A dan C
Dua vitamin ini sangat penting buat ibu hamil kerana ia membantu perkembangan janin. Ia membantu mengembangkan saraf janin dan juga pertumbuhan bayi anda.
2. Kaya dengan kalori
Wanita mengandungi memerlukan ekstra kalori untuk memastikan badan sentiasa berternaga. Buah ini mengandungi kalori yang tinggi. Juga bagus buat anda yang ingin menambah berat badan.
3. Melawan sembelit
Antara masalah ibu hamil ialah sembelit. Namun jangan risau, buah nona tinggi kandungan serat. Ia sekaligus memberi tenaga, melancarkan penghadaman dan juga meningkatkan peredaran darah.
(Sumber foto: Carian google)
4. Menyingkirkan racun
Buah nona tinggi dengan antioksidan. Ia dapat melawan radikal bebas dan menyingkirkan toksin juga racun dalam badan. Buah nona juga membuatkan anda selesa dan terhindar daripada morning sickness.
5. Atasi masalah gigi
Ibu hamil sering mengalami radang gigi dan gusi. Namun buah nona dapat mengurangkan masalah ini. Ini kerana ia kaya vitamin dan nutrisi. - CARI Infonet |
|
|
|
|
|
|
|
kat supermarket, even yg menjual buah2an local cam Mydin pun susah nak jumpa skarang nie. kena tengok kat pasar tani atau gerai2 jual buah...
|
|
|
|
|
|
|
|
Mmg sdp buah nona ni..tp susah nk jumpa klu bkn musim |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat dulu masa kecik2, mmg arwah mak ada tanam pokok ni kat tepi umah. Bila berbuah dapat la merasa mkn buah dia. Manis sangat isi dia dgn biji2 hitam dalam tu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|