View: 1792|Reply: 1
|
Hakikat Maulid Nabi SAW?
[Copy link]
|
|
1:50
Maulid Rasul bererti hari kelahiran Nabi SAW.Perbahasan dalam kitab mazhab As Syafie, I'anatul Tholibin menyebut mengenai keutamaan di antara malam Lailatul Qadar dengan malam Maulid Rasul.
2:39
Ibnu Kathir, ulama besar mazhab Syafie mengatakan bahawa malam Maulid adalah satu kelebihan yang besar kepada umat. Sebab malam itu dilahirkan Rasul, jika tidak, maka kita masih dalam alam jahiliah.Ibnu Kathir bermaksud malam maulid ialah hanya malam bila Nabi dilahirkan dan bukannya malam ulangtahun kelahiran itu.
5:00
Adakah ada kelebihan pada malam ulangtahun maulid ?Nabi suruh mencari malam lailatul qadar, maka kelebihan itu akan berulang setiap tahun. Tidak ada kelebihan dan ritual yang khusus bagi ulangtahun maulid Nabi. Sebab Nabi tidak suruh sambut hari ulangtahun kelahirannya. Ulama sirah berbeza pendapat tarikh bila Nabi dilahirkan. Mereka sepakat Nabi dilahirkan selepas peristiwa Al-Fil (Abrahah serang Kaabah).
Pendapat tahun dilahirkan:
1. Nabi lahir pada tahun selepas peristiwa Al-Fil.
2. Nabi lahir bukan pada tahun gajah tetapi 10 tahun atau 20 tahun selepas tahun gajah.
3. Khalifah Ibnu Khayat, ulama sejarah, berkata pandangan bahawa Nabi lahir 10-20 tahun selepas tahun gajah ialah pendapat yang ganjil.
Pendapat tarikh dilahirkan:
1. Ibn Ishak, ahli sejarah, kata Nabi lahir pada 12 Rabiulawal. Ibn Ishak tidak menyatakan sanad dan hanya sebut pandangannya. Dari sudut penilaian sejarah, sanad dan hujah maka statusnya dhaif.
2. Al Waqidi sebut Nabi lahir pada 10 Rabiulawal. Waqidi lebih lemah dari Ibn Ishak.
3. Imam Malik kata Nabi lahir pada 8 Rabiulawal dan sahih dari sudut sanad.
4. Pendapat ulama moden, kata 9 Rabiulawal.Maka maulid rasul berlaku 8 atau 9 Rabiulawal, hari Isnin.
10:00
Ulama kata tidak ada kelebih khusus hari ulangtahun Nabi sebab mereka sendiri berbeza pendapat tarikh kelahiran Nabi.
10:28
Jika ada kelebihan, maka para Sahabat sudah buat ritual tertentu pada malam maulid. Dan Sahabat juga tentu akan tanya Nabi bila Nabi lahir.
11:14
Maka ulama moden berbeza pendapat mengenai hukum sambut maulid.
11:29
Pendapat sambut maulid:
1. Ulama Saudi kata langsung tidak boleh sambut. Dalam Islam hanya ada 2 Raya dan juga sebab sahabat dan tabiin tidak sambut.
2. Pandangan Syeikh Sharif Hatim Al Auni dan Syeikh Qardhawi, boleh sambut kerana ia tidak ada amalan khusus dan kerana mengambil peluang orang sedang semangat nak ingat Nabi.Pada ulama ini sambutan hanya wasilah dan perlu dilihat pengisian program sambutan iaitu diisi dengan pengajian atau peringatan kepada perjuangan Nabi, maka ia dibolehkan.
3. Golongan ulama yang membolehkan sambutan tanpa syarat sebab adanya dalil. Dalam Sahih Bukhari, Urwah berkata dia bermimpi di mana Abu Jahal diberikan keringanan azab pada hari kelahiran Nabi sebab Abu Jahal bebaskan hamba kerana gembira dengan kelahiran Nabi. Namun, Ibn Hajar kata ia hanya riwayat Urwah yang bukan Sahabat dan tidak pernah jumpa Abu Jahal maka riwayat ini terputus sanad dan dhaif. Ia hanya mimpi dan mimpi tidak boleh menjadi sandaran dalam agama.
18:50
Pada Ust Rozaimi, pandangan ke-2 lebih tepat iaitu dengan menilai pengisian sambutan maulid. Nabi diutus bukan untuk dikenang setahun sekali tapi untuk ditiru cara hidupnya.
20:37
Perkara yang berlaku pada malam Nabi lahirrhasat: keajaiban yang berlaku sebelum Nabi dilantik menjadi Rasul.Mukjizat: keajaiban yang berlaku selepas Nabi dilantik menjadi Rasul.
21:48
Aminah berkata tidak rasa berat atau rasa susah semasa mengandungkan Nabi. Dia juga pakai ta'awidh (tangkal) tetapi tangkal itu terputus dengan sendiri, dia juga bermimpi untuk menamakan bayi itu Muhammad, dia juga diberitahu bahawa bayi yang dikandungnya akan menjadi seorang yang hebat. Riwayat ini tidak sahih kerana dalam riwayat ini ada seorang perawi majhul (tidak dikenali) iaitu Jaham bin Abi Jaham. Maka riwayat ini dhaif.
23:41
Pada malam Nabi lahir bergegar mahligai Kisra, 14 tiangnya roboh, api majusi yang telah menyala selama 1000 tahun tiba-tiba terpadam, tasik besar di Iraq bergelora.Riwayat ini tidak sahih. Dzahabi (ulama kurun ke-8H) dalam kitab Sirah An Nabawiah berkata hadith ini gharib lagi mungkar.
26:08
Nabi lahir dalam keadaan sujud dengan kepalanya angkat ke langit.Riwayat ini dhaif kerana riwayatnya dari Al Waqidi. Jalan Al Waqidi ialah matruk, terlalu dhaif. Ada juga riwayat dari Ibn Ishak tetapi sanadnya terputus. Ada juga riwayat lain yang mursal dan tidak boleh menyokong riwayat Ibn Ishak.
27:23
Kitab sirah: Sirah Ibn Hisyam, Al Bidayah wa Nihayah, Khasa'ish Kubra Ibn Sayuti.Kitab sirah ditulis dalam pelbagai bentuk:- Kitab sirah yang bawa sanad dan menyerahkan kepada pembaca untuk mengkaji sanad itu sendiri. Eg: Al Baihaqi dalam kitab Dala'i-lun-Nubuwwah.- Kitab sirah hanya mengumpulkan kisah tanpa mengkaji sanadnya. - Kitab sirah yang mengumpulkan kisah dan diberikan komentar. Eg: Dzahabi dan Ibn Kathir (Sirah Nabawiyah), Ibn Qayyim (Zaadul Ma'ad).
28:55
Kisah yang ada dalam kitab perlu disemak riwayat dan sanadnya.
29:18
Ada hadith kata Nabi lahir dengan berkhitan dan putus tali pusat.
Riwayat hadith ini dari beberapa jalur:
- Riwayat Abu Hurairah yang disandarkan kepadanya. Riwayat ini dhaif kerana ada perawi Muhammad Ibn Kathir Al Kufi yang dinilai dhaif.
- Riwayat Abbas. Ada perawi Yunus Bin 'Ata yang dinilai terlalu dhaif. Ibn Hibban kata Yunus banyak meriwayatkan perkara ajaib dan tak boleh digunakan riwayatnya. Dia juga meriwayatkan hadith ini secara sendirian melalui jalur Abbas. Maka ia dhaif.
- Riwayat Anas Bin Malik. Ada perawi Sufian Al Missisi yang dinilai oleh Darulqutni dan Ibn Hibban sebagai matruk dan terlalu dhaif. Ibn Jauzi kata tidak ada riwayat yang sahih mengenai Nabi lahir sudah berkhitan. Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq kata tidak ada riwayat yang sahih mengenainya.Ibn Kathir kata tidak sahih.Ada ulama hadith kata hadith ini Hasan. Eg: Diya' Al Maqdisi kata hasan.Tetapi pandangan yang kata dhaif mempunyai bukti kecacatan perawi.
33:40
Ibnu Qayyim (Tuhfatul Maudud bi ahkam maulud) membincangkan hukum mengenai bayi baru lahir. Ibn Qayyim kata bukan hanya sanadnya ada masalah. 35:00Sesuatu hadith datang dari perawi. Jika perawi dhaif maka teks hadith akan jadi dhaif.Dalam ilmu hadith, jika sesuatu tidak boleh dijadikan hujah ertinya ia tidak boleh jadi sandaran dalam aqidah atau fiqh dan tidak boleh buat hukum baru.
37:20
Mengenai Nabi berkhitan, tidak ada hadith sahih maka tidak boleh digunakan sebagai sandaran bagi aqidah dalam agama.
37:56
Adakah mengatakan Nabi lahir tanpa khitan dikira menghina Nabi?
40:30
Ibn Qayyim kata teks (matan) hadith khitan itu bermasalah. Di zaman Nabi lahir, siapa lahir sudah berkhitan maka dia dianggap cacat. Eg: Kaisar Rom lahir berkhitan. Penyair buat syair untuk menghina Kaisar yang sudah berkhitan. Menjadi kebanggaan orang zaman itu mengkhitankan anak mereka sendiri.
42:33
Siapa khitankan Nabi:Jibril mengkhitankan Nabi. Tetapi ia riwayat yang mungkar menurut Dzahabi.Ibn Abdil Bar kata Abdul Mutalib khitankan pada hari ke-7. Riwayat ini dhaif sebab ada perawi Muhammad Abi Sari dan Al Walid Bin Muslim. Al Iraqi menilai sebagai dhaif.Syeikh Akram Al Umari, pakar sejarah moden, (Sirah Nabawiyah Sahihah) kata khitan ini adalah perkara biasa pada waktu itu maka tidak perlu disebut dalam riwayat.
45:12
Aminah nampak cahaya keluar dari kakinya semasa melahirkan Nabi. Cahaya itu menerangi bumi Syam. Riwayat ini Hasan.Masa Nabi lahir, orang Yahudi di Yathrib melihat bintang dan meramalkan bahawa Nabi sudah dilahirkan. Statusnya hasan.
46:40
Unta fasih berbahasa Arab pada malam Nabi lahir. Statusnya tidak sahih dan tidak ada asal.Pada malam Nabi lahir, Asiah, Masyitah datang. Statusnya tidak ada asal.
47:15
Keturunan dan akhlak Nabi sudah cukup membuktikan kemuliaan Nabi.
49:00
Semasa kecil, Nabi bercakap dengan bulan. Statusnya palsu.Ibn Abi Hatim kata perawi riwayat itu Ahmad Ibn Ibrahim Al Halabi ialah pendusta.49:45Pengajaran dari maulid Nabi.Kenapa Nabi lahir dari keturunan yang baik.
54:30
Allah pilih Nabi lahir di tanah padang pasir dan dalam bangsa Arab yang dipandang hina pada masa itu.
55:46Hikmah Nabi membesar dalam keadaan yatim.
59:15
Tanggungjawab kita dalam perkara maulid Nabi.
1:01:40
Tempat doa mustajab di antara waktu selepas tasyahud dengan sebelum salam.
1:04:33
Kita bukan nak amal hadith yang sahih dan hasan sahaja. Tetapi kita perlu jaga nama Nabi dari pemalsuan dan penyelewengan.
1:06:15
Kisah Abu Bakar melindungi Nabi semasa Hijrah.
1:09:48
Yang lebih utama, kritikan mengenai hadith palsu atau kritikan mengenai masalah besar yang lain.Orang yang menyebarkan hadith palsu dan orang awam yang mendengar, mereka rasa itu agama dan sedang menghampirkan diri kepada Allah.
1:11:09Kisah Akasyah yang nak pukul Nabi. Ada perawi cacat bernama Abdul Mun'in Ibn Idris. Dinilai palsu oleh As Suyuti, Ibn Jauzi, Ibn Iraq Al Kinani.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|