CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2122|Reply: 0

ANDROPOS – PENURUNAN HORMON LELAKI

[Copy link]
Post time 28-12-2015 07:03 PM | Show all posts |Read mode
ANDROPOS – PENURUNAN HORMON LELAKIAndropos atau “menopaus lelaki” adalah merujuk kepada pengurangan tahap testosterone(hormone lelaki) setelah usia meningkat. Kesan yang di rasai adalah pengurangan nafsu seksual, tahap tenaga yang lemah dan perubahan dalam perlakuan atau mood.

Paras testosteron berbeza di kalangan lelaki. Secara umum, lelaki yang lebih berusia cenderung untuk mempunyai tahap testosteron yang rendah berbanding lelaki muda.Tahap testosteron menurun secara beransur-ansur sepanjang alam dewasa - kira-kira 1% setahun selepas umur mencecah 30 tahun. Pada umur 70 tahun, penurunan dalam tahap testosteron lelaki adalah pada paras 50%.

KENALPASTI SIMTOM ANDROPOS
Perubahan yang ketara dapat dilihat dalam fungsi seksual. Ini termasuk lemah tenaga batin, keinginan seksual yang menurun, kurangnya ereksi spontan - seperti semasa tidur - dan ketidaksuburan. Saiz testis juga mungkin menjadi lebih kecil.

Perubahan dalam corak tidur. Kadang-kadang testosteron yang rendah menyebabkan gangguan tidur, seperti insomnia, atau rasa mengantuk teramat pada waktu siang.

Pelbagai perubahan fizikal dapat dilihat seperti peningkatan lemak badan, kekuatan dan daya tahan yang menurun, kepadatan tulang berkurangan dan kehilangan rambut pada kepala serta badan. Jarang sekali, tetapi ada yang mungkin mengalami “hotflashes” atau rasa panas.

Testosteron yang rendah mungkin menyumbang kepada penurunan dalam motivasi atau keyakinan diri. Anda mungkin berasa sedih atau tertekan tanpa alasan, atau mempunyai masalah untuk menumpukan perhatian atau mengingati sesuatu.

MENGURUS ANDROPOS
Isteri cuba perhatikan perubahan pada pasangan anda. Beri motivasi dan dapatkan penerangan lanjut mengenai andropos melalui doktor anda.

Pilih gaya hidup yang sihat. Makan makanan yang sihat dan masukkan aktiviti fizikal dalam rutin harian anda. Pilihan gaya hidup yang sihat akan membantu anda mengekalkan kekuatan anda, tenaga dan jisim otot. Aktiviti fizikal yang kerap juga boleh meningkatkan mood anda dan menggalakkan tidur yang lebih baik.

Jika rasa tertekan atau murung, segera dapatkan bantuan. Anda mungkin mempunyai kemurungan jika anda berasa cepat marah, rasa seperti terasing dan tidak mahu bersosial. Tanda-tanda kemurungan biasa di kalangan lelaki termasuk bekerja secara berlebihan, minum terlalu banyak alkohol, menggunakan dadah atau mencari keseronokan daripada aktiviti berisiko seperti memandu pada kelajuan tinggi.

Amalkan pengambilan AK LASAK, MINYAK AK & AK HABBA untuk mengurangkan rasa tidak selesa andropos.

Gangguan tidur serta rasa murung dapat di atasi dengan melebihkan pengambilan vitamin A, B3, B5, B6, B9, B Kompleks, vitamin C, E, mineral Kalsium, Magnesium, Besi, Zink & Potassium yang ada dalam ketumbar & buah pala dalam sebotol AK LASAK dan bunga ros dalam ramuan AK HABBA.

Rasa tertekan dapat dilegakan dengan menyapu Minyak AK pada badan dan leher. Ini kerana kandungan minyak zaitun yang tinggi vitamin B Kompleks, vitamin E,mineral Potassium& Besi dapat mengurangkan tekanan yang dirasai pada otot-otot badan & leher. Sapukan pada bila-bila masa rasa sesuai terutama di waktu pagi, tengahari & malam.

Ramuan kulit kayu manis & cengkeh pada AK Lasak yang tinggi vitamin B6, vitamin B9, vitamin C, vitamin E, mineral Besi, Selenium & Zink dapat membetulkan kitaran hormon testosteron dengan memperlahankan kesan penurunan-nya agar tidak terlalu mendadak.

Selain daripada itu, AK Habba & AK Lasak dapat membantu penghadaman, mengelakkan pengumpulan lemak berlebihan menambahkan jisim tulang agar lebih kuat dan memberi tenaga agar kelihatan cergas sepanjang hari.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:30 PM GMT+8 , Processed in 0.052286 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list