CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5529|Reply: 1

HUKUM SENTUH KEMALUAN

[Copy link]
Post time 21-12-2015 12:36 PM | Show all posts |Read mode
HUKUM SENTUH KEMALUAN



Soalan:

Salam. Ustazah, saya mohon penjelasan tentang hukum menyentuh kemaluan, adakah membatalkan wudhuk atau tidak? Ada yang mengatakan tidak batal wudhuk kalau kita basuh dan gosok kemaluan anak yang kencing atau berak. Betul ke ustazah? Terima kasih.

Jawapan:

Wassalam.

Menyentuh kemaluan tidak membatalkan wudhuk di sisi Mazhab Hanafi. Mereka berpegang kepada hadis yang diriwayatkan daripada Tolq bin Ali r.a. bahawa seseorang bertanya Nabi s.a.w. "Seorang lelaki menyentuh kemaluannya, adakah dia wajib mengambil wudhuk?" Baginda menjawab: "Sesungguhnya ia (kemaluan) adalah sebahagian daripada anggota kamu." Riwayat Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasae, Ibn Majah.
Diriwayatkan juga daripada Umar, Ali, Ibn Masud, Ibn Abbas, Zaid bin Thabit, 'Imran bin Husoin, Huzaifah bin al-Yaman, Abu Darda' dan Abu Hurairah r.'anhum ajma'ein bahawa mereka tidak menjadikan sentuh kemaluan itu sebagai hadas. Ertinya menyentuh kemaluan tidak menjadikan mereka wajib mengambil wudhuk.

Mazhab-mazhab selain Hanafi semuanya berpendapat menyentuh kemaluan membatalkan wudhuk. Namun, terdapat perbezaan dari segi pecahan ditilnya seperti berikut:

1.     Mazhab Maliki – lelaki menyentuh zakarnya batal wudhuk tetapi tidak batal jika dia menyentuh dubur sama ada dengan sengaja atau tidak. Syarat batal adalah sentuh atau pegang dengan tapak tangan bahagian depan termasuk jari-jari. Tidak batal jika sentuh dengan tapak tangan bahagian belakang. Kanak-kanak menyentuh zakarnya tidak batal. Begitu juga tidak batal perempuan yang menyentuh farajnya walaupun dia memasukkan jari ke dalam faraj. Tidak batal juga seseorang (lelaki atau perempuan) yang menyentuh kemaluan orang lain; kanak-kanak atau dewasa.
Dalil mereka ialah hadis yang bermaksud: "Sesiapa yang menyentuh zakarnya, maka janganlah dia solat sehingga dia berwudhuk." Riwayat kebanyakan ahli hadis. Juga hadis yang bermaksud: "Sesiapa yang memegang zakar dengan tangannya tanpa beralas, maka wajib ke atasnya wudhuk." Riwayat Ahmad dan Ibn Hibban
Hadis-hadis di atas menyebut sentuh atau pegang zakar sendiri. Maka mereka menghadkan kepada apa yang disebutkan di dalam hadis itu sahaja.
2.     Mazhab Syafi'ei – batal wudhuk dengan menyentuh kemaluan anak Adam, sama ada qubul atau dubur, kemaluan sendiri atau orang lain, lelaki atau perempuan, orang yang hidup atau mati dengan syarat sentuh dengan tapak tangan bahagian depan termasuk jari-jari.
3.     Mazhab Hanbali – sama seperti Mazhab Syafi'ei. Namun mereka tidak mensyaratkan sentuh dengan tapak tangan bahagian depan, batal wudhuk walaupun sentuh dengan tapak tangan bahagian belakang.
Dalil bagi Mazhab Syafi'ei dan Hanbali adalah kedua-dua Hadis yang disebut di atas, yang diriwayatkan daripada Busrah binti Sofwan dan Ummu Habibah r.'anhuma: "Sesiapa yang menyentuh zakarnya, maka hendaklah dia berwudhuk." Dan ada yang meriwayatkan dengan lafaz "Sesiapa yang menyentuh farajnya, maka hendaklah dia berwudhuk." Dan terdapat hadis yang diriwayatkan daripada 'Amru bin Syu'aib daripada ayahnya dan daripada datuknya: "Mana-mana lelaki yang menyentuh kemaluannya, hendaklah dia berwudhuk. Dan mana-mana perempuan yang menyentuh kemaluan, hendaklah dia berwudhuk." Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi.

Dr. Wahbah az-Zuhaili berkata, pada saya pendapat yang rajih adalah pendapat jumhur kerana hadis Tolq bin Ali adalah dhaif di sisi beberapa orang ahli hadis. Sebahagian mereka berkata hadis itu mansukh.


Petikan daripada kitab, al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, Dr Wahbah az-Zuhaili, j 1, hal 370 - 372

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2015 02:00 AM | Show all posts
thanks info
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 07:55 PM GMT+8 , Processed in 0.162382 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list