CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2870|Reply: 3

Leonardo DiCaprio Kongsi Kisah Nyaris Maut

[Copy link]
Post time 16-12-2015 10:24 AM | Show all posts |Read mode
PELAKON yang terkenal dengan watak bahaya Leonardo DiCaprio mendedahkan dia pernah tiga kali berhadapan dengan kejadian cemas yang boleh meragut nyawanya.

Leonardo, 41, berkata, peristiwa pertama ketika dia terselamat daripada serangan jerung putih di Afrika Selatan.

"Jerung itu tidak sengaja termasuk dalam kurungan yang melindungi saya. Ketika itu saya sedang melepaskan ikan tuna.

"Ikan itu hanya beberapa meter sahaja dari kepala saya dan orang-orang yang turut berada di kurungan itu juga cemas kerana ia adalah pertama kali berlaku," ujarnya.


Kejadian kedua pula terjadi apabila dia dalam penerbangan menuju ke Rusia. Kapal terbang tersebut secara tiba-tiba terbakar di bahagian sayap.

Dia bernasib baik apabila juruterbang berjaya membuat pendaratan cemas di New York.

"Saya sedang duduk di dalam pesawat dan melihat ke arah sayap dan tiba-tiba api keluar dengan marak. Ketika itu penumpang yang berada di kapal terbang tidak bersuara kerana terlalu takut," ujarnya.



Sementara itu, kejadian ketiga ketika saya dan seorang rakan sedang menjalankan aktiviti terjun dari tempat tinggi.

Malangnya, payung terjun pertama mereka tidak keluar akibat tersangkut sehinggalah ia berfungsi pada ketika mereka sudah hampir ke daratan.

Ketika itu saya hanya fikir mati dan ajal sudah sampai. Kami ada dua payung terjun tetapi kedua-duanya tidak keluar kerana tersangkut.

"Namun bila benar-benar sudah hampir, payung tersebut terbuka dan menyelamatkan nyawa kami," ujarnya.

-mstar

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2015 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni pon x kawen2 lagi ker tua benor dah yer..
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2015 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok la bertaubat malaikat maut dah menjeling
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
mesti tahap bergetar pundi kencing bila payung tak nak terbukak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-10-2024 01:41 PM GMT+8 , Processed in 0.272037 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list