CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3282|Reply: 2

Jom Kenal Taktik Lelaki Gatal!

[Copy link]
Post time 1-12-2015 08:06 PM | Show all posts |Read mode


Wajah yang kacak dan bergaya tidak menjamin tanpa anda mengenali latar belakang si dia. Anda yakin dengan keperibadiannya ketika bersama anda? Atau anda sudah mula ragu dengan kejujuran si dia?
WOM.my ingin berkongsi ciri-ciri lelaki gatal supaya anda tidak terjerat! Awas! Lelaki gatal ini bukan mahu menjalinkan hubungan yang serius, tetapi hanya sekadar memberi keseronokan kepada mereka. Jadi para wanita diluar sana, anda dinasihatkan supaya berhati-hati dengan lelaki jenis ini.
Ciri-Ciri Lelaki Gatal!
Kebanyakan lelaki gatal ini mempunyai rupa yang kacak dan cukup maskulin pada penampilan. Mereka sangat menjaga penampilan kerana itu cara mereka memikat wanita. Jadi, jika anda terpikat dengan seorang lelaki kacak, selidik dan kenali dahulu mereka dengan lebih dalam sebelum anda meneruskan perhubungan dengan lebih serius.
Lelaki jenis ini tidak akan pernah setia pada teman wanitanya. Mereka sering bertukar ganti teman wanita seperti bertukar pakaian. Biasanya mereka susah untuk menunjukkan komitmen dalam perhubungan. Setelah mendapat sesuatu yang memuaskan, pasti dia akan meninggalkan anda.
  • Sukar Dihubungi
Lelaki jenis ini sukar dihubungi ketika dia keluar bersama wanita lain. Mereka akan ‘silent’ atau matikan telefon mereka agar tidak diganggu teman wanitanya lain.
  • Perahsia
Kebanyakan lelaki gatal ini sangat berahsia. Termasuklah hal-hal peribadi si dia seperti keluarga. Biasanya bila anda bertanya, mereka akan mengelak dengan membiarkan sahaja soalan anda atau menukar topik perbualan anda. JIka anda memaksa, pastinya mereka akan naik angin!
Mereka gemar berbual tentang seks walaupun di awal perkenalan anda. Jika si dia suka berjenaka, pastinya jenaka itu ada berbaur lucah.
  • Berani
Jika perkenalan anda dan si dia masih di peringkat awal tetapi sudah bersikap “daring” seperti memegang tangan dan memeluk pinggang, awas! Lagi lama anda bersama dia, lagi “daring” sikap si dia.
  • Meminta Yang Bukan-Bukan
Biasanya si dia gemar mengajak anda pergi ke tempat yang gelap, mengajak anda menemaninya masuk ke rumah atau menggoda anda dengan memuji kecantikan anda untuk mendapatkan seks. Selepas mereka dapat, pastinya mereka menghilangkan diri daripada anda!

Tidak semua lelaki bersifat demikian tetapi sebagai wanita, anda haruslah menyelidik latar belakang si dia dahulu. Sekurang-kurangnya anda mengenali keperibadian lebih dalam dan dapat mengelakkan anda ditipu oleh mereka.

http://www.wom.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2015 12:26 PM | Show all posts
ouch bahaya
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2015 03:20 PM | Show all posts
tapi ada juga perempuan yang gatal,,ada juga laki yang x gatal melainkan perempuan tu bagi signal boleh menggatal wakaka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 06:28 PM GMT+8 , Processed in 0.104015 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list